REPEKAN SEMATA MATA

Putih Itu Menarik 26 is here! :)

Thursday, December 10, 2009

Putih Itu Menarik 26


BAB 26


            “Azar!” Riang suara itu menyapa.
            Azar telan air liur. Kesat! Otak dah tak dapat mencerna sebarang alasan munasabah untuk melarikan diri. Tali leher yang menjerut batang lehernya terasa terlalu ketat sehingga menyukarkan untuk dia bernafas dengan normal. Kenapa mesti minah ni menyemak kat sini? Azar menyebak rambutnya ke belakang. Kasar.
            Dingin. “Apa you buat kat sini?” Hampir-hampir sahaja Azar meninggikan suaranya. Anak mata tajam merenung wajah putih bersih Rachel. Rachel menarik senyuman menggoda. Rambutnya yang panjang separas pinggang dikibar-kibarkan ke kiri dan ke kanan.
            “Of courselah nak ambik result.” Manja. Azar mencebikkan bibirnya. Meluat! Get it real. Azar memalingkan wajahnya.
            “I mean, what are you doing here?”
            Gelak. “Oh, looking for you. Do you know how much I miss you? Tak sangka tekaan I tepat.” Senyum. Matanya dikenyitkan.
            Azar jungkit kening. Meremang bulu roma Azar dibuatnya. Terasa saat itu mahu sahaja dia menghadiahkan sedas flying kick. Sudah lama dia tidak mempraktikkan ilmu silat yang dipelajarinya. Agak-agak kalau perempuan di hadapannya itu teringin merasa penangannya, tanpa was-was dia sudi memberi. Azar tarik nafas dalam. Bercakap dengan Rachel Elvinne memang memerlukan kesabaran setinggi langit. Rachel, kau tak tahu ke betapa aku menyampah dengan kau? Macam manalah aku boleh gila layan kau dulu? Azar geleng kepala.
            “I thought I had make it clear, Rachel.
            Rachel menghamburkan tawanya. Sinis. “Tapi I tak rasa I cuba nak fahamkannya. You know what I mean.” Satu-persatu langkah kaki diatur menghampiri Azar. Azar berundur setapak. Rachel senyum.
            “Apa yang you takut sangat dengan I? Takut si ‘ustazah’ tu nampak?” Herdik Rachel dengan mata terbuntang. Azar tersentap. Okay, did she saw everything? Azar dah terasa nak jadi invisible man time tu. Azar, cool! Apa nak takut? Memang betulkan? Kau nak ke tanggapan Jannatul Azwa kat kau berubah 360° darjah? Kau dengan dia pun baru je declare kami-kawan-baru. Takkan kau nak musnahkan terus semua yang baru nak start? Takkan nak terus end macam tu je?
            Tarik nafas. Senyum. “Apa you kisah?”
            “Hello, you tu hak I.”
            “Oh? Tak tahu pulak. Sejak bila eh?” Sinis Azar menyoal.
            Rachel gigit bibir. Wajahnya sudah memerah menahan geram. Tak guna punya lelaki! Rachel menyumpah. Mahu sahaja wajah kacak di hadapannya itu diludah. Tahap kemarahan sudah pun memuncak. Azar senyum mengejek. Rachel menggenggam buku lima.
            “Apa yang hebat sangat dengan perempuan tu?”
            “Well, she got everything.”
            “Damn it, Azar. You jangan nak main-main dengan I.” Hambur Rachel. Geram! Terasa diri dipermainkan. Azar di hadapannya terasa kecil di matanya.
            “I tak pernah anggap you lebih dari kawan, Rachel. Tak pernah terlintas pun. Mama I pun tak pernah suka you. I just want the best for mama.”
            “Untuk apa you layan I selama ni?”
            “As I said before, just as a friend. You yang anggap bukan-bukan.”
            “This is ridiculous, Azar.”
            Jungkit bahu. “Does it matter? Dahlah. I nak gerak. Chow.”
            “You’ll never get away from me Azar. Never!” Jerit Rachel sekuat hatinya. Azar memekakkan telinganya. Whatever lady. Does it matter? Langkah kaki terus diatur tanpa menghiraukan jerit pekik ala-ala histeria Rachel Elvinne. Enough with your dreams, girl!


WOO…I’ve never thought you are that famous, Syed Ashraf Nazaruddin.” Sinis Nada suara itu menyapa. Azar menghentikan langkahnya. Melilau anak mata mencari arah datangnya suara itu. Macam kenal suara ni. Azar cuba memerah otak. Ting! Azar sengih. Azar berpaling ke belakang. Seraut wajah dengan senyuman nipis mendaftarkan diri di ruang mata.
            “Kau patut tahu cousin kau ni kacak.” Sela Azar. Bongkak. Terdengar tawa sinis.
            “Yeah. Kacak sangat sampai ramai yang berebut.” Masih dengan nada sinis. Mengejek. Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri Azar yang berdiri terpacak dengan riak bongkaknya.
            “So, what are you doing here Syarifah Daniella?”
            “Saja. Nak tengok kau. Mak ngah suruh.”
            Azar kerut dahi? Eh? Mama suruh? Azar pandang wajah kuning langsat milik Daniella. Daniella menarik senyuman segaris. Anak rambut yang menutupi sebahagian dahinya diselitkan dibalik telinga. Cantik. Gadis berdarah kacukan di hadapannya mengenyitkan mata.
            Kerut dahi. “Bila pulak kau jumpa mama?” Azar memandang Daniella atas bawah. Sepupunya itu tampak santai dengan kemeja berwarna pink lembut dan jeans. Rambutnya pula dibiarkan lepas bebas. Di kepalanya pula terletak elok shade. Azar masih leka menilik. No wonder ramai yang berkenan.
            “Oh, lepas kau pergi.” Senyum. Azar menyengih.
            “Baik pulak kau nak tengok aku kat sini?” Soal Azar. Setahunya sepupunya itu bukan jenis yang peduli dengan segala yang berlaku di sekelilingnya. Dunia aku, dunia aku. Dunia orang, dunia orang. Anak mata memandang depan.
            Mereka berjalan beriringan menuju ke dewan. Daniella menghamburkan tawa kecil. Azar menyebak rambutnya ke belakang. Kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar slacknya.
            “Salah ke aku datang?”
            Geleng. “Nope.” Gelak. “Kinda weird. Kau kan jenis yang I-don’t-care-whatever-goes-around-me.” Azar menyindir. Daniella juih lidah. Azar gelak. Langkah kaki masih diatur seiringan. Dan dia juga perasan beberapa pasang mata begitu asyik menilik sepupunya itu dan juga dirinya. Okay, cut that crap. She’s my cousin!
            “Kinda famous.” Sinis.
            “Huh?”
            “Kau.” Daniella memandang sekilas wajah Azar yang berkerut.
            “I beg your pardon?”
            Sengih. “Dari tadi aku tengok semua pandang kita.” Daniella meliarkan pandangannya ke kiri dan ke kanan.
            Gelak. “Diorang usha kau.” Azar memperbetulkan ayat Daniella. Daniella mencebik. Menyampah barangkali.
            Daniella mendengus. “Nonsense. Bila result kau keluar?”
            “5 minutes from now. By the way, apa kisah kau dengan Syed Fairuz Hisham?” Azar cuba menukar topik perbualan mereka. Entah kenapa tiba-tiba dia teringat pula kepada Syed Fairuz Hisham, bakal tunang sepupunya itu.
            Daniella kalih pandang menghadap Azar. Azar jungkit kening. Segaris senyuman di tarik selebar mungkin. Perlahan-lahan terletus tawa kecil dari celah bibirnya.
            “Kinda stupid. Kitorang break up.”
            Azar blurr. Pulak? Bukan hari tu mama cakap dah nak langsung ke? Beria-ia mama bercerita. Azar memandang wajah sepupunya itu. Tenang. Tiada langsung riak sedih atau hampa mahu pun yang sewaktu dengannya terlakar pada raut wajah manis itu. Is she really okay with it? Azar menjeling wajah Daniella.
            “Kadang-kadang apa yang kita nak tak semestinya kita dapat.” Tanpa nada dia menutur kata itu. Kosong.
            “Tapi, nak dapat kena usahakan?” Azar memprovok.
            “Yup. Tapi, belum tentu kita akan dapat jugak. Macam cinta. Mungkin kita cintakan seseorang tu, tapi untuk memiliki, mungkin dia bukan untuk kita. You got it?” Daniella pandang Azar.
            Angguk. “So, he dumped you?” Azar menebak.
            Geleng. “I am.”
            Huh? Takkanlah. “But, I thought you love him.” Azar dah pelik. Wajah tenang Daniella diperhati lama. Tika itu mereka sudah pun berada di kaki lima dewan. Suasana tika itu hingar-bingar dengan suara pelajar-pelajar sekolah tersebut. Azar menyandarkan tubuhnya ke dinding. Diikuti pula oleh Daniella. Mereka sama-sama memandang mural pada dinding blok di hadapan mereka.
            “Could we just drop the subject? It’s kinda bored. Jomlah masuk. Aku nak tahu jugak kepandaian cousin aku ni.” Daniella menyiku lengan Azar. Terus mematikan perbualan mereka tentang Syed Fairuz Hisham. Azar nampak riak kurang senang terpancar pada wajah Daniella. Azar akur.
            “Kau patut tahu cousin kau ni brilliant.” Ujar Azar bongkak.
            Daniella tayang riak menyampah. Azar tergelak. Senang bergurau dengan sepupunya itu. Kalau nak diikutkan hubungan antaranya dengan Syarifah Daniella bukanlah baik mana. Dan kalau nak dibandingkan antara dia dan Que, Que lebih rapat dengan Daniella kerana mereka sebaya. Dan Que pula jenis yang aci terjah je nak melawak, sindir-menyindir, kutuk-mengutuk dengan sesiapa pun. Bukannya dia kisah. Bak kata Naqi, usia bukan penghalang. Daniella pula jenis yang tak lut dengan sebarang sindiran dan lawak even kutukan. Cakaplah apa pun, apa dia peduli. Tak luak pun. Nak tengok Daniella marah, 10 tahun lagi gamaknya.
            Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam dewan yang tersusun dengan meja di kiri dan kanannya. Kemas. Azar mencari-cari bayang guru tingkatannnya. Dan si satu sudut anak matanya terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Azar mengukir senyuman segaris. Langkah kaki diatur menuju ke arah kumpulan yang sedang asyik-masyuk bergelak ketawa macam takde hari esok.
            “Ehem.” Azar berdehem. Serentak, lima pasang mata kalih pandang ke arahnya.
            “Woi, bapak lambat kau.” Bahu kirinya ditepuk kuat. Azar menyeringai. Menahan pedih di bahu. Gila sakit woi! Tak beragak nak tepuk pun.
            “Sorry. Traffic jammed.” Azar gelak.
            “Go and grab your result.” Ujar Rifhan. Azar angguk dan berlalu ke meja yang tersedia di sudut kanan mereka meninggalkan kumpulan tersebut. Jantung berdetup detap menahan debar. Rasa macam nak tercekik pun ada. Azar menelan air liur berkali-kali. Berkali-kali dia berselawat. Cuba untuk meredakan perasaannya tika itu. Wajah Puan Batrisya yang sedang tersenyum manis itu pun belum tentu membuatkan dia tenang.
            “Assalammualaikum, cikgu.”
            “Waalaikumussalam. Abang kamu sihat?”
            Angguk. “Sihat, cikgu.” Balas Azar.
            Puan Batrisya menghulurkan slip keputusan peperiksaan kepada Azar setelah selesai dia menurunkan tandatangannya pada borang kehadiran. Perlahan-lahan dia mencapai slip tersebut. Tanpa melihat keputusannya, dia menggulungnya dan menggenggam kemas. Puan Batrisya mengerutkan dahinya.
            “Tak nak tengok?”
            “Err…takpelah. Kejap lagi saya tengok.”
            “Lah, tengoklah. Bukannya ada apa.”
            “Err…takpelah.”
            “Awak mungkin melompat.”
            Azar sengih. Melompat untuk apa? Sedih? Kecewa? Atau gembira? Azar memandang wajah Puan Batrisya yang masih dengan riak tengoklah-bukannya-ada-apa-pun. Azar menghembus nafas. Mengalah. Kalau diikutkan hati memang dia dah tak sabar nak tahu keputusannya. Namun, dek ketakutan dia mematikan keinginannya itu. Perlahan-lahan slip yang digulungnya tadi dibuka dan…
            Azar terkebil-kebil. Terkelip-kelip matanya memandang slip tersebut. Sesekali anak matanya dilarikan memandang wajah guru tingkatannya itu. Puan Batrisya senyum.
            “Tahniah.” Dan sepatah ayat itu cukup untuk membuatnya bangga. Azar senyum. Lebar. Selepas mengucapkan terima kasih, dia terus berlalu dan mendapatkan Daniella yang berdiri terpacak macam guard berhampiran dengan kumpulan tadi. Daniella menjungkitkan keningnya dan isyarat how-was-it? Azar sengih.
            “Guess what?”
            “What?”
            “I got 12A’s.” Ujarnya riang. Daniella sengih. Dia langsung tak terkejut dengan keputusan itu. Bukannya dia tak tahu kepandaian anak mak ngahnya itu. Kalau Syed Ashraf Naqiuddin boleh score sampai 12A’s takkanlah Syed Ashraf Nazaruddin tak boleh?
            “Perfect score?”
            Geleng. “Aku tak sehebat abang. Otak dia tu otak Einstein. 10A1, 2A2.” Balas Azar merendah diri. Daniella mencebik. Banyaklah kau punya tak hebat. Kira hebatlah tu boleh score 10A1. Kalau nak compare dengan orang lain, memang sampai matilah tak berjaya. Daniella mengomel di dalam hati.
            “At least kau kalahkan aku.”
            “Hello, berapa A je beza kau dengan aku. What did you got? 11A’s kan? Perfect score kan?” Sela Azar. Daniella buat-buat tak dengar.
            “So, wanna celebrate? Your treat.”
            “Excuse me? Why me?”
            “Sebab aku tak berduit. Lainlah kau.” Usik Azar.
            “Banyaklah kau. Dah-dah. Jom balik. Aku hantar.”
            “Tak nak unless kau belanja aku dulu.” Ujar Azar tanpa dengan nada tiada kompromi. Daniella mendengus.
            “Macam budak keciklah kau ni.” Rungut Daniella dengan wajah cemberutnya. Azar ketawa senang hati. Tahu sangat dengan perangai sepupunya itu. Daniella bukannya jenis yang lokek. Kalau mintak belanja, cakap je nak apa, sure dapat. Daniella menyelitkan rambutnya di balik telinga. Wajah mengharap Azar dipandang lama.
            “Fine. Kau nak apa?” Mengalah. Malas nak berdebat panjang-panjang.
            “Apa-apa pun aku tak kisah selagi duit kau.” Azar menyengih. Menampakkan barisan giginya yang tersusn rapi.
            “Sengkeklah aku kalau hari-hari macam ni.”
            “Jangan risau. Paling-paling seminggu kau kena belanja aku 2-3 kali.” Sakat Azar sambil mengenyitkan matanya. Terbelalak biji mata Daniella mendengarkan kata-kata Azar. Amboi, banyak cantik. 2-3 kali seminggu? Ingat aku ni apa? Takat duit elaun yang baba kasik tu, ingat boleh joli sakan ke? Kang ada jugak yang kena sekeh dengan aku. Adik dengan abang sama je perangainya. Suka sangat menyengkekkan orang.
            “Jangan nak mengada. Kira cukup tuahlah aku belanja kau.”
            Gelak. “Gurau je. Tu pun sentap.”
            Daniella menjegil. Azar gelak lagi. Seronok dapat melihat wajah Daniella merona merah. Cantik. Mungkin sebab tu kot Naqi suka sakat minah ni kot. Azar meneroka segenap inci raut Daniella. Dari kening, mata, hidung, mulut. Memang sempurna. Cantik. Sama cantik dengan mak lang. Mungkin Syarifah Atilia pun akan secantik ni kalau dia dah besarkan? Azar cuba membayangkan wajah Syarifah Atilia. Hmm…
            “Woi, berangan!”
            Azar tersentak.
            “Jomlah gerak. Aku lapar.”
            “Dah tak sabar nak belanja aku ke?”
            Daniella mengunjukkan buku lima tepat ke muka Azar. Azar jelir lidah. Ingat aku takut. Takat kau ada tali pinggang hitam dalam taekwando aku hairan? Namun, kata-kata itu hanya bergema di hatinya. Kang tak fasal-fasal dia tak nak belanja kan ke naya? Kempunan aku nak merasa dibelanja. Azar menyengih. Kemudian, mereka sama-sama melangkah meninggalkan dewan tersebut. Tika itu Azar sudah pun terbau-bau segala makanan yang enak-enak. Masa untuk makan!

Saturday, November 28, 2009

hai hai

akan kembali beraksi pada 8 Disember 2009.
sehingga hari tuh diharap bersabar.
ehehehe.
rindu kowunk sume.

Saturday, November 21, 2009

another blog

di jemput memeriahkan blog nie.
hanya blog tempat merepek dan mengadu domba. :D


terima kasih.
wish me all the best.
and of course to all spm candidates.