PRAKATA :)

Rex dan Tia 11.

Friday, July 29, 2011

Click 2

BAB 2

  
Faizi tarik sweater warna hitam dari dalam almari bajunya. Rambutnya dipacakkan seperti kebiasaannya. Dia memandang sekilas cermin di dinding – melihat fugura dirinya. Teman sebiliknya, Akim dan Zack hanya memandang tanpa suara. Pintu terkuak dari luar dan tubuh Ijam melangkah masuk ke dalam bilik. Ijam pandang Faizi dengan kening terangkat.

“Kau nak ke mana?”

“NR.”

“Makan?”

Angguk. “Study sekali.” Faizi membalas. Ijam angguk kepala. Akim dan Zack hanya memandang Ijam dan Faizi. Ijam pandang Akim dengan Zack dengan muka pelik.

“Yang korang kenapa?”

“Kau tak perasan ke, Jam?”

“Apa?”

“Ijy nampak shining.” Ayat dari Akim. Ijam dah pelik. Hah? Apa kejadah shining? Ijam pandang Faizi balik. Tang mana weh yang shining? Ada spotlight dalam bilik ke sampai si Ijy boleh nampak shining bak kata Akim.

“Ijy...”

“Hmm?”

“Apa yang shining?”

“Entah. Aku kacak?”

Tiga orang teman sebiliknya ketawa meriah. Hahaha. Tu memang lawak versi terbaik dari ladang. Ijy cakap macam tu memang sumpah jadi bahan ketawa. Ijy yang pendiam dan mysterious tu (kononnya) takde siapa pun yang tau dia tu kalau bab masuk bakul angkat sendiri memang johan!

“Kau tak payah nak start la Ijy.”

Faizi sengih kambing. Buku-buku di atas meja dicapai lalu disumbatkan ke dalam beg sekali dengan pencil case dan kalkulator. Sebagai pelajar perakaunan yang berdedikasi dan berwibawa, kalkulator adalah teman seperjuangan yang memang tak boleh ditinggalkan. Sekian, terima kasih. Hahaha.

“Kau makan sorang?”

Geleng. “Dengan Hana?”

“Dia lagi?”

“Kenapa?”

“Kau takde kawan perempuan lain ke?”

Geleng. “Dia je yang faham aku.”

“Pffhhh...statement geli.”

Faizi hanya senyum segaris. Telinganya dah terlalu lali mendengarkan ayat tu dari mulut teman-teman sebiliknya. Tapi, tu hakikat bukannya auta. Dia tak selesa dengan mana-mana perempuan selain Hana. Hana tu macam erm...ada charm yang lain daripada yang lain. Hana tak pernah nampak dia macam mana perempuan lain nampak dia. Hana ada pendirian dia sendiri. Hana tegas walaupun kadang-kadang dia agak clumsy tapi still Hana tetap Hana.

“Nak apa-apa tak?”

“Aku diet.”

Pap! Bantal Akim selamat mendarat ke muka Zack. Zack mendengus.

“Kau apasal?”

“Terlepas.” Selamba jawapan dari Akim dengan muka tak bersalah. Zack campak balik bantal tadi ke Akim. Akim sengih manja.

“Ijam...kau nak apa-apa tak?” Faizi toleh pandang pada Ijam yang tengah duduk bersila atas lantai. Ijam pandang dua saat sebelum matanya kembali pada fokusnya – facebook.

“Kirim salam kat Farah.”

“Hampeh la kau, Jam!”

“Takat kirim salam aku pun bolehlah oi.”

“Aku gentleman. Suka dari jauh.”

Dan dua biji bantal disasarkan tepat ke tubuh Ijam.

“Woi, main kasar!”

Faizi geleng kepala. Memanglah duduk dalam bilik ni aku boleh jadi tak siuman.

“Dah, gerak dulu.”

“Hati-hati sayang.”

“Jangan balik lambat. Nanti I rindu.”

Faizi geleng kepala. “Geli la bangang.” Dan suara-suara teman-teman biliknya sayup-sayup kedengaran di balik pintu bilik mereka. Sengal punya roommates. Handphone di dalam saku jeansnya ditarik keluar. Tangannya laju menaip message dan butang send ditekan.

To : Hana
Aku dah gerak. Aku tunggu kau.


HANA pandang skrin telefon bimbitnya. Lain yang harap, lain yang dapat. Message dari Faizi dibaca sekali lalu. Hilang terus moodnya seharian ni. Dari pagi message dari Afiq tak kunjung tiba. Dan bila dah jadi macam tu, mulalah macam-macam andaian dan spekulasi yang muncul dalam otak ni. Tak suka! Lambat-lambat dia membuka almari, menukar baju dan menyarung tudung. Takpelah. Dia busy KOT!

“Hana.”

“Apa?”

“Apasal kau?”

“Afiq tak message aku.”

“Abang Afiq tak message akak ke?” Tegur Aida, junior yang baru masuk semester ni. Hana pandang Aida dan mengangguk. Sedih. Bengong punya boyfriend!

“Dah tu, kau nak ke mana bertudung segala?”

“NR.”

“Makan?”

Geleng. “Ijy ajak study sama.”

Aida senyum nakal. “Akak ada apa-apa ke dengan abang Ijy?”

“Gila? Aida nak akak campak abang Afiq kat mana?”

“Kan aku dah kata campak kat aku.” Diya mencelah. Hana pandang Diya dengan pandangan pasrah.

“Kau ambiklah Afiq tu. Aku ambik Ijy.” Sedih. Aku sedih weh!

“Serius?”

“Kau nak tengok kawan kau terjun lombong tak?”

Diya gelak meriah. Seronok dapat menyakat Hana waktu-waktu dia tengah down macam orang baru lepas kena cerai. Best weh! Lagi best dari tengok drama Melayu petang-petang yang meleret-leret tu.

Chill la, kak. Abang Afiq busy tu.”

“Entah kau ni. Final year kot.”

“Hmm. Aku gerak dulu.”

“Kirim salam kat Ijy.”

“Tak habis-habis dengan kiriman salam kau tu.”

“Aku kan perantara fans Ijy.”

Whatever.”

Segala kertas-kertas, buku-buku, pencil case dan kalkulator disumbat masuk ke dalam beg dan disandang di bahu. Langkah kaki diatur malas menuju ke pintu.

“Weh, doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.”

“Drama!” Serentak Aida dan Diya menyahut. Hana sengih rela tak rela sebelum pintu bilik ditutup rapat.



“NAK makan tak?” Faizi pandang wajah Hana yang dah macam ayam berak kapur. Murung je. Dari tadi sepatah pun tak keluar dari mulut minah ni. Macam ajaib jugaklah minah banyak mulut jadi pendiam macam ni.

“Tak nak.” Dan hanya dua patah tu jelah yang dia jawab dari tadi. Dah macam mesin perakam pulak dok ulang benda sama.

“Kau kenapa?”

Hana geleng kepala. Faizi blur. Geleng tu untuk apa? Dahlah aku lemah betul bab-bab berkomunikasi dengan kaum Hawa ni. Kalau aku mind reader takpelah jugak.

“Kau okay tak?”

Geleng lagi.    

“Afiq?”

Angguk. Faizi senyum. Oh...pasal Afiq ke? Patutlah macam orang separuh nyawa. Nyawa lagi separuh tak menyahut apa?

“Dia tak message?”

Geleng. Muka Hana dah berubah macam nak menangis. Faizi dah kaget. Ah, sudah! Janganlah minah ni menangis kat sini. Aku bab pujuk-memujuk memang tak pernah lulus. Gagal weh, gagal!

“Weh...janganlah nangis. Aku tak reti pujuk.”

Hana angguk. Dia tarik nafas dalam-dalam. Faizi garu kepala. Nak buat apa?

“Nak makan tak?”

“Laksa.”

“Okay, tunggu jap. Jangan bergerak seinci pun dari sini.”

Angguk. Faizi senyum dan dia terus melangkah laju menuju ke kedai menjual segala macam mee. Dia memesan dua mangkuk laksa dan sesekali kepalanya menoleh memandang Hana – memastikan dia tak bergerak seinci pun dari tempat duduknya. Risau jugak kang dia buat benda gila. Hana tu unpredictable.

Selepas membayar harga laksa, dia kembali ke meja dengan dua mangkuk laksa. Wajah Hana dipandang. Hana nampak macam dah okay sikit dari tadi.

“Air?”

Mineral water.”

“Okay.”

Dan Faizi melangkah pula menuju ke kedai yang menjual air minuman. Peti sejuk dibuka dan dua botol air mineral dicapai dan harga air tersebut di bayar sebelum dia kembali semula ke meja – tempat mereka.

Better?”

“Sikit.”

“Kenapa?”

“Afiq tak message since last night.”

Busy la tu.”

“Dia kalau busy pun mesti bagitahu aku tapi...”

“Dia banyak sangat assignments sampai terlupa la tu. Dahlah. Nothing sangat la.” Faizi cuba member jawapan sepositif mungkin. Berharap sangat jawapannya mampu meredakan hati Hana yang gundah tu. Eceh.

“Dahlah, makan.”

Garfu dan sudu dicapai dan laksa terus disuap ke dalam mulut. Faizi senyum. Dia turut sama menjamu laksa di depannya. Senyap seketika ruang di antara mereka sehinggalah kedua-duanya selesai makan.

“Kau nak aku ajar apa?” Hana pandang Faizi dengan kening terangkat sebelah. Faizi sengih.

“Saja je nak suruh kau teman aku makan.”

“Bengong la. Baik aku lepak dalam bilik je.”

“Weh, aku dah tolong kau meredakan hati yang lara tau. Dari kau duduk dalam bilik depressed sorang-sorang kan baik jugak kau teman aku ni.”

“Apasal kau tak ajak je roommates kau yang bertiga tu makan?”

“Salah ke aku ajak kau?”

“Salah sebab kau kacau waktu aku nak meratap nasib aku yang malang.” Hana mencebik. Faizi gelak.

“Nasib apa yang kau nak ratapi sangat tu?”

“Afiq tak contact aku.” Nada sayu.

“Weh, macamlah kalau dia tak contact kau bagi effect besar.”

“Weh...kau tak faham perasaan aku. Aku sedih. Semua dok sibuk gayut dengan pakwe malam-malam. Aku? Menunggu pakwe call tapi tak call. Sayu gila.”

“Drama. Kau boleh apply jadi pelakon tambahan lepas ni.” Faizi meneguk air mineral yang sudah dibuka penutupnya. Hana pandang Faizi macam nak telan. Susah cakap dengan orang macam dia ni. Menyakitkan hati.

“Kau tak faham. Aku sedih.”

“Aku boleh je call kau. Message je ‘weh, call aku’.” Faizi sengih-sengih.

“Nak buat apa? Macam takde manusia lain dalam UiTM ni selain kau. Tolonglah.” Hana buat muka bosan. Tolonglah bagi jawapan relevan sikit. Apa punya idea la kan?

“Weh, respons kau kejam.”

Hana jelir lidah. Peduli la kejam tak kejam. Kau memang tak faham perasaan aku. Aku ibarat diduakan oleh Afiq. Kau tau apa? Tapi semua ayat tu hanya mampu dilepaskan di dalam hati. Nak cakap kang buat segan sendiri je.

“Kau nak apa-apa tak buat bekal balik bilik?”

“Belanja ke?”

“Haa la. Perempuan tengah marah-marah suka makan kan?”

“Aku versi lain. Aku suka minum.”
          
“Alien!”

“Diamlah.”
“Nak apa?”

Fresh orange!”

“Tunggu jap.”

Hana angguk kepala. Faizi melangkah menuju ke NR cafe di sudut paling kiri sekali. Dia memesan fresh orange. Hana hanya memandang dari jauh. Faizi yang aneh. Faizi yang mysterious dan Faizi yang pendiam. Tapi entah kenapa bila Faizi dengan dia, Faizi tu jadi Faizi versi lain. Langsung tak sama dengan versi yang orang-orang sekeliling dok cakap. Ke perasaan aku je? Entah. Yang pasti Faizi Azam ni pelik.

“Nah, fresh orange.” Air fresh orange diletakkan di atas meja.

“Ijy.”

“Hmm?”

Nothing. Jom.”

“Nak aku hantar sampai kolej?”

No need.”

“Betul ni? Kang ada kes terjun longkang pulak esok sebab frust.” Faizi menyakat.

Angguk. “Aku tak gila lagi.”

“Okay. Careful.”

Aye.”

Anything text.”

“Ye, Faizi.”

“Kalau nak aku call, text je.”

No need!”

Faizi gelak meriah. Hana mencebik. Siapa entah nak dia call? Tolonglah. Macam takde orang lain aku nak mintak call.

“Dah sampai message.”

“Yelah. Dah-dah. Enough with pesanan tak ringkas tu.”

Faizi senyum dan tangan dilambaikan. Hana membalas. Dan mereka berpisah melangkah ke arah yang berlainan. 

5 comments:

Miss Kira said...

faizi suka hana ya??
meh cik kira tlg gitaw..
hehehe

Bulanhijau said...

Ijy, kalau suka cakap suka !
xD

Anonymous said...

best giler wei!..saaaambung lg yea.

cactaceous opuntia said...

agknye faizi pn xsedar die suke hana eh...sbb bile die sebut afiq kt hana td cm xde perubahan nada dan reaksi je(yg writer tulis la)...heee

MaY_LiN said...

oho..
hana yang kiut di sukai ijy..
betul la sis..
kalkulator pasti bawak kemana2..
teman baik pencil case tu..
walaupun xde subjek akaun..
hihihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers