BAB 1
“Nanti buang sampah tu.”
Hana pandang sampah yang dibiarkan di atas meja. Yes, bagus! Memang diorang suka bagi kerja kat aku yang memang tengah ‘takde’ kerja ni. Nama je budak universiti tapi buang sampah pun tak reti. Ada jugak aku hantar balik tadika. Sengal.
“Nanti assignments tu hantar kat bilik Madam Aisya.” Mendatar.
“Lepas tu nanti kau tolong bagitahu Nina aku nak jumpa petang ni.” Masih tanpa nada. Dia ni memang cakap macam tu ke?
Mukanya yang sedari tadi tunduk memandang kertas putih di angkat memandang Hana yang sedang mengemas mejanya. Cermin mata ditolak dengan jari telunjuk.
“Kau dengar tak aku cakap apa tadi?” dia menyoal tapi bukan dengan nada tinggi. Masih nada yang sama.
Hana pandang belakang dengan muka jengkel. “Aku tak pekak.” Ringkas jawapan balas dari Hana. Faizi diam – terus-terusan memandang Hana. Hana naik rimas. Dia ni dah kenapa? Sasau?
“Kau nak apa?” Angkat kening. Faizi diam. Tidak menjawab. Hana mendengus.
“Aku taulah kerja aku. Kau tak payah nak ingatkan aku macam aku tak tau. Aku kan assistant class rep kau yang tersayang.”
Faizi kembali menyambung kerjanya yang terbiar. Hana malas nak bertekak. Dia seboleh mungkin nak mengelakkan diri daripada bertikam lidah dengan lelaki yang cukup menjengkelkan tu. Tapi setiap hari ada je ayat-ayat yang keluar dari mulut lelaki tu yang membuatkan darjah kemarahannya membuak-buak. Baru je nak jadi budak penyabar (kononnya).
“Aku balik dulu.”
“Hmm.”
“Ijy...”
“Hmm?”
“Assignment kau mana?”
Faizi angkat muka. “Nanti aku hantar sendiri.”
Hana angkat kening. “Kan senang kalau kau je bagi kat Madam Aisya.”
“Hmm.”
“Aku balik dulu.”
“Hana...”
“Apa?”
“Malam ni teman aku makan.”
Hah? Hana pandang Faizi macam nak kasi tembus. Gila! Aku tak salah dengarkan? Ke aku memang salah dengar?
“Ulang balik?”
“Teman aku makan. Lepas tu bawak sekali soalan-soalan account hari tu. Ajarkan.”
“Err...”
“Boleh?” Faizi pandang Hana. Cepat-cepat Hana mengangguk sebelum dia terus bertanya. Semput kejap.
“Lepas tu...”
Hana menunggu butir bicara seterusnya dari mulut Faizi tapi tiada satu patah perkataan pun yang keluar. Hana angkat bahu. Dan dia terus berlalu meninggalkan Faizi.
HANA menghempaskan tubuhnya di atas katil. Penat! Dari pagi sampai ke tengahari kelas memang penat tak ingat. Dengan terik matahari lagi – menapak ke kelas yang memang tak nak lagi jauh tu, sendiri mahu ingatlah. Hana menarik keluar telefon bimbit dari sisi begnya. Tiada message mahupun missed call yang muncul di skrin telefon bimbit. Hana pandang siling bilik. Bosan!
Sudah hampir 3 semester dia di UiTM Segamat, Johor dan sudah 3 semester juga dia dan Faizi sekelas. Faizi yang memang terkenal dengan sifat pendiamnya tu entah kenapa macam dia je yang faham kepala otak tak boleh diduga dia. Dia mysterious – itu yang orang selalu cakap. Dia tak banyak cakap – itu jugak komen dari orang yang memandang. Dia cool – itu yang dia selalu dengar dari mulut mana-mana junior yang selalu dia terdengar. Entah part mana yang cool pun dia tak tahu. Tapi memang tak dinafikanlah yang dia tu ada rupa. Boleh dikatakan sedap mata memandanglah. Tapi, Faizi Azam tetap begitu. Pendiam. Aneh. Mysterious. Dan kadang-kadang menjengkelkan (ke selalunya?)
Tubuh Diya merangkap roommatenya yang sedang tekun menekan kalkulator dipandang lama. Diya tu memang rajin betul. Mereka dah menjadi teman sebilik sejak dari semester 1 lagi. Untunglah sebilik sampai sekarang. Kalau tak, nak kena berkenalan balik. Malasnya.
“Diya...”
“Hmm?”
“Buat apa?”
“Study la.”
“Test ke?”
“Quiz. Entah apasal tiba-tiba lecturer aku nak buat quiz.” Nada tak rela. Siapa je dalam dunia rela nak jawab quiz dan test?
“Oh.”
“Kau apasal lambat?”
“Ijy.”
“Dia lagi?”
“Hmm.”
Hana pandang skrin telefon bimbit lagi. Ish...dia ni tak nak message ke? Kang aku merajuk taulah. Baru sibuk kelam-kabut nak pujuk. Bengong!
“Korang ada apa-apa ke?”
“Siapa?”
“Kau dengan Ijy la.”
“Kau nak aku campak Afiq kat mana?”
“Campak kat aku.” Diya gelak meriah. Hana mencebik. Tak sedar diri punya roommate. Hana pandang lagi skrin telefon bimbitnya. Tension.
“Tunggu Afiq?”
“Hmm.”
“Dia tak message?”
“Tak.”
“Busylah tu. Dia kan dah final year.”
Hana diam. Tak membalas. Rasanya macam tak perlu pun nak balaskan? Hana tarik bantal peluknya dan dipeluk kemas. Bestnya!
“Hana.”
“Hmm?”
“Ada orang suruh aku kirim salam kat Ijy.”
“Heh? Ijy? Ada jugak yang minat dia.”
“Cold person = cool. Whatever.”
Hana angguk kepala. Apa-apalah. Tak habis-habis dengan ayat ‘Ijy tu cool gila’ atau ‘weh, Ijy tu mysterious. Mesti best dapat tau apa dia fikir’ dan seumpama dengannya. Aku dah jelak nak dengar semua ayat-ayat lame macam tu.
“Okaylah, nak tidur. Pukul 2 kang ada kelas lagi.”
“Okay.”
“Kejut aku time azan.”
“Roger.”
Hana terus melelapkan matanya tanpa ragu-ragu. Kalau tak tidur tengahari memang tak mustahil waktu kelas nanti selamat melayari bahtera mimpi indah. Confirm!
*cerita baru yang tak berapa nak errr...entahlah. nilailah sendiri :)
3 comments:
best!cpt lar smbg,cpt lar smbg plisss...
rsenye hana ngn afiq xlame tu...hee...ijy suke hana ke?hee
ahaaaaaaaa !
Post a Comment