PRAKATA :)

Rex dan Tia 11.

Thursday, October 13, 2011

Me and You 1


Lisa0803 :  Hai, awak :)

Jejaka05 :  Hi awk

Lisa0803 : busy?

Jejaka05 : sikit. Byk assignment la awk. Buatkan boleh? :P

Lisa0803 : meh, hntar kt saya. Post tau. Haha

Jejaka05 : :P

“Arianna...turun makan!” Suara mama menjerit dari bawah. Arianna mendengus. Ish...mama ni. Kacau la orang tengah bercengkerama ni. Arianna pandang skrin laptop. Lama. Takkan nak log out macam tu je? Baru ada peluang nak chatting dengan dia tau. Semalam punyalah dok menunggu dia takde kat chat room pun. Alaa...

Lelaki yang menggunakan id Jejaka05 yang sentiasa dinantikan. Entah kenapa, ada something pada dia yang membuatkan Arianna jadi attach sungguh dengan dia. Tiap kali dia log in ke chat room itu, id Jejaka05 yang akan dicari dahulu. Kalau id itu tak muncul, sanggup dia menunggu berjam-jam lamanya dengan harapan dia akan log in. Arianna mengetuk permukaan meja. Berkira-kira untuk turun atau terus berlapar. Perutnya dah berbunyi ‘krok krok’ dari tadi. Lapar...

“Syarifah Arianna...” Mama menjerit lagi. Siap nama penuh lagi. Ish...mama ni pun. Tak payahlah jerit buat kali kedua. Papa pun mana? Kalau ada papa mesti mama tak jerit-jerit ajak makan macam ni.

“Yelah...orang turun.” Arianna membalas. Turut menjerit. Yelah, takkan nak cakap macam biasa. Memanglah mama boleh dengarkan kalau cakap macam nak cakap dengan orang sebelah.

Lisa0803 : awk, mama ajak makan. :(

Jejaka05 : eh, mcm mana sy nak makan ni?

Lisa0803 : bukan awk la! Mama suruh saya makan.

Jejaka05 : hahaha. Gurau jelah. Pegi la makan.

Lisa0803 : awk lama ke sekejap je?

Jejaka05 : kenapa?

Sebab saya nak chat dengan awal lagilah! Arianna ketap bibir. Takkan nak taip macam tu? Buat malu sendiri je nanti. Nanti tak memasal je kena cop terhegeh-hegeh. Tak nak! No way.

Lisa0803 : saja je tanya.

Arianna gelak. pergh...terbaik punya ayat cover. Saja tanya? Yelah tu...

Jejaka05 : lama rasanya. Awk makan jelah. Saya tunggu awk :)

Arianna menjerit suka. Yay! Ni yang makin tertawan dan tertambat hati ni. I love you la whoever you are.

Lisa0803 : okay!

Arianna terus log out. Hati dah berbunga riang. Langkah kaki terus dibawa menuruni anak tangga. Makan...makan...


MORNING, Ari.” Farid menyapa dengan senyuman saat Arianna melangkah masuk ke dalam kelas. Arianna tarik senyum paling manis. Tangan diangkat.

Morning Ayid.” Arianna membalas. Buku yang dikendong diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik dan dia terus melabuhkan punggungnya. Melepaskan lelah dek berkejar hendak ke kelas takut lambat.

Semuanya gara-gara semalam. Punya seronok chatting sampai tak sedar jam dah pukul 5 pagi. Nak tidur pun sempat 3 jam je sebab kelas pukul 10 pagi. Tu pun nasib baik mama tolong kejut kalau tak memang terlajak tidurlah jawabnya. Lagipun, nak datang kelas kena gerak dari rumah sejam awal kalau tak memang tak sempatlah nak kejar kelas pukul 10 pagi. Arianna letak kepala atas meja beralaskan buku. Mengantuknya!

Chatting la tu.” Tegur Salwa yang baru sahaja melabuhkan punggungnya bersebelahan Ariana.

“Hmm.” Gumam Arianna. Keinginan hendak tidur makin bertambah. Mengantuk yang amat. Tulah, siapa suruh tidur lambat? Seronok sangat chatting sampai tak ingat dunia. Bagus sangatlah kan?

Tiba-tiba Salwa menyiku lengan Arianna yang baru sahaja hendak melelapkan matanya yang dah separuh tertutup tu. Apa ajelah Awa ni? Dah lama tak makan kasut masak lemak ke? Aku mengantuk ni. Cuba bagi peluang aku tidur barang 5 minit pun. Tapi, bila sebut nama Awa je mesti teringat nama isteri pak ngah. Eh, apa aku ni?

“Apa?”

“Musuh kau. Ray.” Serentak dengan ayat itu Arianna terus terjaga. Hilang terus rasa mengantuk yang membelenggu tadi. Segar! Anak mata terus mencari tubuh ‘musuh’ yang disebut Salwa tadi dan...detected! Jumpa dah.

Rambut spike, jeans lusuh dan t-shirt berkolar warna biru laut. Tag nama tergantung di leher. Senyuman tak pernah lekang dari bibir lagi-lagi kalau ada perempuan-perempuan yang menegur. Huh! Bajet hot sangatlah? Puh-lease. Arianna mencebik. Menyampah sangat okay! Tolonglah jangan nak jual minyak kat sini.

“Aku tak tau la diorang ni buta ke apa. Mamat macam tu pun nak?” Nada jengkel. Salwa sengih. Syarifah Arianna, siapa tak kenal? Kalau dah menyampah tu, menyampah sungguh-sungguh macam takde batas langsung.

“Okay la tu dari Ayid.” Selamba ayat Salwa.

“Hoi, kutuk!” Farid mencelah. Salwa dan Arianna gelak serentak. Memang kalau bab membahan Farid the best sebab Farid bukan jenis melenting. So, bahan je puas-puas. Farid baikkan?

“Meriah gelak.” Sapa satu suara dari arah depan. Automatik Arianna berhenti gelak. Kepala diangkat. Ray! Terasa panas telinganya mendengarkan suara itu. Eh, mamat ni! Kalau sehari tak cari pasal memang tak boleh ke hah?

“Suka hati aku la. Apasal? Tak puas hati?”

“Perempuan tak elok gelak macam tu.” Sinis. Arianna ketap gigi. Pergh...ni memang boleh bikin gaduh brader. Dah teringin nak makan penumbuk ke?

“Aku tak kacau hidup kau kan?”

“Oh, yeah?” Dan dia terus berlalu meninggalkan Arianna yang masih panas hati. Salwa dah pegang tangan Arianna berharap Arianna akan bertenang. Ish...dia ni pun satu! Tak payahlah nak cari pasal pagi-pagi macam ni. Salwa pandang belakang. Amboi, bukan main berani lagi dia duduk belakang Arianna. Elok sangatlah tu. Memang tak aman kelas hari ni. Salwa pandang sebelah. Arianna yang tadinya mengantuk terus tak mengantuk semua sebab lelaki tu.

“Weh, Syarifah Arianna.”

“Kau nak apa hah Rayyan Haziq?”

“Bila kau nak pulangkan pemadam aku?” Ray bertanya dengan senyuman sinis. Arianna rasa nak campak meja. Weh, bengangnya aku!

“Bila masa aku ambil pemadam kau? Kau tu dah tak mampu sangat ke sampai pemadam aku pun nak kata pemadam kau?”

Time test hari tu. Ingat?”

Arianna pandang Ray macam nak telan. Mamat ni kan... Arianna terus menyelongkar pensel casenya. Pemadam dicapai dan terus diletakkan di atas meja Ray.

“Nah, ambik! Aku tak hingin.”

Thanks, Ari.”

Arianna mendengus. Diamlah kau!


ARIANNA menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Waaa...letihnya! Kelas berderet sampai petang. Nak balik rumah pun malas. Lepak kat library dengan Salwa dan Farid tunggu kelas. Perlahan-lahan kelopak matanya dirapatkan. Nak tidur...nak tidur. Tolonglah jangan mama datang menganggu. Please...please...

“Eh, anak dara pergi mandi dulu.” Papa menegur. Arianna buka mata lambat-lambat. Alaaa...Papa dah selamat duduk bersebelahan dengannya. Arianna terus melentokkan kepalanya di atas bahu papanya, Syed Ashraf Naqiuddin. Que geleng kepala dengan telatah anaknya itu.

“Ngantuklah, pa. Bagi Ari tidur kejap then Ari mandi.”

“Mandilah dulu. Nanti mama bising.”

“Ala...please, pa. Ari ngantuk.”

“Mana tak mengantuk kalau chatting sampai pagi tak ingat nak tidur.” Tiba-tiba mama masuk mencelah. Ah, sudah! Datang dah mama ni. Kenalah dengar mama membebel sampai panas telinga. Arianna memejamkan matanya. Takpelah. Dengar jelah mama membebel. Ada betul jugak apa mama cakap tu.

“Dahlah, Syah. Biar dia tidur kejap.”

“Hmm. Abang nak apa-apa tak?”

“Takpe ke bergerak banyak-banyak ni sayang?”

“Takpelah. Bukan ada apa-apa pun. Anak mama pun nak jalan, kan?” Syah mengusap perutnya yang memboyot. Que tarik senyum segaris. Arianna diam di sebelah papanya. Hanya mendengar dialog ibu bapanya. Romantik! Mama dengan papa memang macam ni. Romantik memanjang sampai tak lalu dah nak tengok.

“Nescafe boleh, sayang?”

“Okay.”

Syah terus melangkah menuju ke dapur meninggalkan Arianna dan Que di ruang tamu. Sunyi. Arianna buka mata perlahan-lahan. Wajah papanya dipandang.

“Pa...”

“Hmm?”

“Adik mana?”

“Tuisyen la.”

Sunyi. Kepalanya masih dilentokkan di atas bahu papanya. Bestnya kalau dapat tidur ni. Dapat pulak tidur atas bahu papa ni. Hahahaha...

“Ari, papa nak tanya ni.”

“Apanya?”

“Ari chatting dengan siapa sampai ke pagi?”

Gulp! Arianna terdiam. Oh my, kenapa tiba-tiba papa tanya ni? Mama suruh papa tanya ke? Eh, takkanlah. Mama tu takdelah sampai nak kena ada perantara kalau nak tanya apa-apa. Arianna mencari jawapan. Nak jawab apa?

“Ari?”

“Err...kawan.”

“Sampai pagi?”

“Kawan Ari tu study abroad. Papa taulah, masa kan tak sama.” Arianna mereka alasan. Terbaik! Agak-agak papa termakan tak dengan alasan tu? Arianna pandang wajah papa. Err...macam tak je? Arianna garu kepala. Ala...papa ni pun.

Chatting dengan bakal menantu la tu.” Syah muncul dengan mug di tangan. Mug dihulurkan kepada Que. Que mencapai dengan senyuman di bibir. Syah melabuhkan punggungnya di atas sofa berdepan dengan Que dan Arianna.

“Mama...mana ada!”

“Ari...” Que pandang Arianna. Arianna gelabah.

“Betullah, pa. Mana ada. Ari mana ada boyfriend.”

“Ala...along tipulah tu.” Suara Iqram dari muka pintu menyampuk perbualan mereka bertiga. Serentak tiga kepala memandang ke arah pintu. Iqram tarik senyum segaris sambil mengangkat tangan kanan.

“Eh, adik menyampuk ni kenapa?”


“Ala...adik tau akak buat apa malam-malam.”

“Adik...diam!” Arianna memandang tajam wajah Iqram. Iqram dah gelak meriah. Seronok dapat menyakat kakaknya itu. Kasut sekolah diletakkan di dalam rak kasut. Pintu ditutup dan dia terus menghenyakkan punggungnya di sebelah Syah. Dan dia terus melentokkan kepalanya di atas peha mamanya. Syah senyum.

“Eee...balik je terus baring! Busuk.”

“Cakap orang, along pun sama. Weeeekkkk...”

“Eh, bergaduh pulak.”

Arianna dan Iqram tayang gigi. Hehehe...

“Haa...soalan papa tak berjawab.”

“Eh, pa semalam kan Ari jumpa pak ngah dengan mak ngah.” Arianna cuba menukar topik perbualan. Dah tak sanggup nak terus-menerus di soal selidik macam penjenayah paling bahaya. Cukup...cukup...

“Ari jumpa kat mana?” Que mengusap rambut Arianna.

“Masa Ari nak baliklah. Kat traffic light. Ari sempat lambai je.”

“Haa...papa dah lama tak nampak kawan Ari tu. Mana dia?”

“Sape pa?”

“Haziq.”

“Haziq? Rayyan Haziq?” Arianna bertanya dengan dahi berkerut. Yang papa pergi teringat kat mamat tu buat apa? Kawan? Sejak bila entah aku dengan dia berkawan pun aku tak tau. Takkan la sebab dia pernah datang rumah sekali dah consider kawan kot?

“Yelah. Ada yang lain ke?”

“Kitorang bukan kawanlah pa.”

“Dah tu? Pakwe?” Que menyakat.

“Papa...” Arianna mencebik. Eee...sukalah menyakat macam tu. Iqram dah Syah dah ketawa. Seronok. Arianna jelir lidah. Papa ni sukalah!

“Tulah...nak mengelak lagi. Soalan papa tak jawab lagi.”


“Takde sape-sapelah, pa. Betul...”

“Eh, semalamkan adik ada dengar ada orang menjerit yay. Sape eh?” Iqram masih hendak menyakat. Arianna ketap bibir.

“Adik...” Terus Arianna mengejar Iqram yang sudah pun membuka langkah hendak melarikan dirinya. Syah dan Que hanya mampu geleng kepala. Macam-macam punya perangai.



            Lisa0803 : hello, org sibuk.

Jejaka05 : hai org tak sibuk :D

Lisa0803 : buat apa?

Jejaka05 : teringat awk. Hahaha

Lisa0803 : tipuuuuuu

Jejaka05 : mmg la pun :3

Arianna rasa nak hentak laptop. Eee...janganlah bagi harapan palsu macam tu. Baru je nak berdebar-debar. Mengada tau! Arianna sengih lebar. Tapi, kalau dia ingat aku pun best jugakkan?

Lisa0803 : tak keluar?

Jejaka05 : assignment berlambak.

Lisa0803 : sama :( lecturer tak syg bg assignment byk

Jejaka05 : hahaha. Eh, sempat chat ni mesti dah siapkan?

Lisa0803 : tgh tggu part mmbe siap baru boleh buat part sy

Jejaka05 : sama la kita. Ni tgh tggu email tak masuk2 lagi.

Arianna gelak. Ala, comelnya mamat ni. Rasa macam nak makanlah pulak. Arianna pandang jam di dinding. 8.20 malam. Eh, dah malam. Arianna pandang skrin handphone. Takde orang nak message aku ke malam-malam macam ni? Bosan!

1 message received.

Arianna pandang skrin. Eh? Macam tau-tau je aku tengah tunggu message kan? Terus tangannya membuka keypad lock. Message dibuka.

From : 012675XXXX
Weh, aku nak email madam Darina.

Arianna kerut dahi. Ni manusia mana yang kurang ajar sangat tak reti nak bagi salam, kenalkan diri terus main serbu hah? No manners! Nak kena ajar adab-adab nak message strangers ke?

To : 012675XXXX
Kau siapa hah? Dah reti nak kenalkan diri ke?

Arianna senyum puas. Hambik kau! Lain kali belajar hormat orang lain. Aku baru je nak bersuka ria ada orang message aku, kau pulak merosakkan keseronokan aku tu. Hmph!

From : 012675XXXX
Ray. Bagi jelah email madam. Aku tak kacau dah.

Arianna baca message yang baru diterimanya berkali-kali. Ray? What the hell? Yang dia sibuk-sibuk nak message aku ni kenapa? Dah buang tebiat apa? Macamlah takde orang lain yang boleh nak ditanya. Eh, cop! Aku kan class rep, memanglah dia akan tanya aku. Normallah kan?

To : 012675XXXX
darinadawina@gmail.com

From : 012675XXXX
Thanks, Ari.

Arianna senyum sinis. Thanks, Ari? Hmph! Tak payah nak jadi baik tiba-tiba. Kat kelas kerja nak kenakan aku je. Handphone diletakkan semula di atas meja. Malas dah nak tengok. Bila fikir yang Ray atau nama sebenar mengikut kad pengenalan Rayyan Haziq tu message aku terus rasa nak buang handphone dalam tong sampah. Anti, okay! Eh, Jejaka05 la!

Jejaka05 : awk? R u there?

Lisa0803 : ada ni :)

Jejaka05 : pegi mana tadi?

Lisa0803 : mama panggil

Arianna gelak. Mama panggil. Penipu! Ala, dia bukannya tau pun kan? Lainlah kalau dia ada letak cctv kat rumah aku ni. Alahai...dia pun mesti ingat nama aku Lisa kan? Banyak benda yang dia tipu sebenarnya. Yelah, dekat laman sesawang kena berhati-hati sikit. Bahaya! Manalah tau dia tu orang jahat ke tapi...this guy, macam baik je. Ah, tak kisahlah. Hahaha.

Jejaka05 : awk...

Lisa0803 : hmm?

Jejaka05 : jumpa nak?

Hampir-hampir sahaja Arianna mencium mejanya. What? Jumpa? Cop...cop...jumpa yang bermaksud jumpa depan-depan. Pandang memandang, jalan sama-sama tu? Oh...kejap kejap. Tak boleh nak faham ayat tu. Arianna dah berpeluh-peluh. Biar betul mamat ni?

Lisa0803 : serius ke main2 ni?

Jejaka05 : saya serius.

Arianna telan air liur. Waaa...nak buat apa ni? Nak jawab apa ni? Papa! Tolong Ari. Eh, relaks relaks. Ari...tarik nafas. Cool cool. Okay, sekarang pergi ambik handphone call Awa. Sekarang! Tangan terus mencapai handphone dan nombor Awa didail. Menggeletar tangannya menunggu panggilannya berjawab.

“Hello...”

“Awa...kau kena tolong aku beb! Serius kena tolong.”

“Apasal kau? Kabut semacam je.”

“Mamat tu ajak jumpa siot.”

“Hah?”

Arianna pandang skrin laptop. “Aku nak jawab apa?”

“Cakap la kau kat overseas, habis cerita.”

“Nampak sangatlah aku tak nak jumpa dia.” Arianna dah tentu arah. Habis katilnya ditawaf dua-tiga kali. Serabut! Apasallah tiba-tiba nak ajak berjumpa pulak? Takde kerja sangat agaknya?

“Ala...cakap jelah okay.”

“Gila?”

“Dah tu?”

“Alaaa...macam ni?”

“Cakap je okay. Nanti pepandai la kita plan.”

“Hmm...okay.”

Talian dimatikan. Punggungnya kembali dilabuhkan di atas kerusi. Skrin laptop dipandang lama sebelum tangannya mula menaip. Harap-haraplah plan si Awa tu bernas. Aminnnn...

Lisa0803 : ermm...ok

Jejaka05 : betul ni?

Lisa0803 : betullah.

Jejaka05 : okay. Kita jumpa Ahad depan.

Lisa0803 : dekat?

Jejaka05 : saya bagitahu awk nanti :)

Lisa0803 : okay.

Arianna pandang skrin laptopnya. Lama. Apa aku buat ni? Oh my

8 comments:

fyda said...

aaaaaaaaaaaaaaaaa.......
best gler...
tersengih-sengih bace dpn lappy...
heee,....
sapela jejaka05 2ek??
jangan2,,ray x?

keSENGALan teserlah.. said...

perghhh.
anak que n syah dah besar??
alaah, cmne ak nak bayangkan que dah tua ni?
pakai specs?

eh jap, bape umur ari ni?
dan awa? awa bkn awek azar? hahaha

next2.

Aida Nadia said...

wahhh...best3...
xsbar nk 2gu dorg jmpe...

ihaaz said...

cerita ni best..
suke2

MaY_LiN said...

huhuhu..
wat come back ya sis..
nak lagi..

cik n.haliban said...

seriously, love it so much!!!
ada syah & Naqi!!! ah!!!!

hehe...saje je jadi fanatik. hahaha... lagi.lagi. :)

Anonymous said...

smbung-2 .

ayien said...

hee~ lame da xfollow..
besh2....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers