Tangan mencapai getah rambut di atas meja. Rambutnya yang
panjang melepasi bahu diikat kemas. Tia menarik nafas dalam-dalam. Segala homework yang diberi sudah pun berjaya
disiapkan. Yelah, disebabkan meeting
tadi semua cikgu macam berlumba-lumba nak bagi homework. Macam ada pertandingan siapa bagi homework kat pelajar dia menang. Sudahnya, yang merana
pelajar-pelajar yang berdedikasi sekalian.
Tia pandang jam di dinding. Sudah pukul 5.30 petang.
Balik sahaja dari sekolah tadi dia tukar baju, solat dan bertapa dimeja
belajarnya menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Tak tengok pun jam.
Sekaranglah baru berkesempatan nak tengok jam sudah pukul berapa. Melampau
sungguh! Tia mencapai laptop yang sengaja diletakkan di atas katil supaya
tumpuannya tak terganggu dengan godaan dari laptop kesayangannya itu. Tanpa
menunggu sesaat dia menghidupkan laptop itu. Sekali lagi dia memandang jam. Dia
dah sampai rumah agaknya.
Setelah selesai dia memasukkan password laptopnya, dia menunggu dua saat untuk laptopnya
benar-benar bersedia untuk digunakan. Jari telunjuk bergerak di atas touch pad, menekan icon Skype yang tertera di bahagian kiri desktopnya. Anak mata meneliti mencari seseorang di ruangan contactsnya. Orang yang diharapkan akan online ketika itu dan bibirnya melirik
segaris senyuman saat matanya terpandangkan icon
berwarna hijau di sebelah namanya itu.
Tia comel : Ehem
Tia menaip. Senyuman masih
bergayut di bibir. Dia berharap sangat orang itu membalasnya.
Ash kacak : Ye
saya?
Tia menjerit suka. Yay!
Dia balas. Dia balas. Okay, kenapa teruja sangat ni? Ashraf Aiman je pun.
Bukannya artis ke hape.
Tia comel : Abang
kacak sihat?
Ash kacak :
Abang kacak sihat sangat-sangat. Adik comel?
Tia tergelak membaca apa
yang ditaip Ash. Bengong! Perangai tak berubah. Ingatkan aku pindah sekolah ni
bolehlah nak tengok perangai dia berubah tapi sama je. Tia geleng kepala.
Seronok. Rindunya kat dia ni.
Tia comel : Adik
comel sihat je. Abang kacak baru balik ke dah lama sampai?
Ash kacak :
Baru la jugak. Tadi kena tahan dengan gadis-gadis. Malas nak layan.
Tia ketap bibir. Say what? Kena tahan dengan gadis-gadis?
Apa yang aku ketinggalan ni? Apa maksud dia kena tahan dengan gadis-gadis?
Jangan nak mengada sangatlah kan Encik Ashraf Aiman. Serius jangan nak bermain
dengan api. Saya cemburu di sini.
Tia comel : Gadis?
Ash kacak :
Susah la taip. Video call boleh? Ke tak boleh?
Tia tak balas. Nak video call? Hmm…okay jugak. Dah lama tak
tengok Encik Ashraf Aiman ni. Entah apalah jadi kat dia kan?
Tia comel : Okay.
Tak sampai pun dua saat
Ash membuat panggilan video. Amboi, bukan main laju kau ye. Tia sengih. Accept! Dan wajah Ash terpampang di skrin
laptopnya. Tia tekup mulut. Aaa…kelakarnya muka dia!
“Haa…gelak gelak. Nak kena ke?” Ash buat muka garang.
Muka garang yang tak menjadi.
Terhambur juga tawa yang disimpan melihatkan wajah Ash di
skrin laptopnya ketika itu. Sumpah comel! Err…comel ke? Atau lebih tepat lawak.
Kelakar! Tia pandang skrin laptop.
“Eh, kenapa kau nampak lawak?”
“Diamlah.”
“Apasal dengan rambut kau weh?” Tia menyoal sambil
menilik wajah Ash yang terpampang di skrin laptopnya. Macam ada yang lain pada
Ash selain rambut dia yang dah pendek tu. Pendek? Haha. Sah, kena potong dengan
cikgu disiplin sebab rambut panjang. Bukannya dia tak tau Ash tu tak suka
potong rambut. Kalau tak kena paksa, jangan harap dia nak jejakkan kaki kat
kedai gunting rambut. Tapi, kalau bab nak bergaya bukan main rajin pulak siap
pergi salon. Nampak tak mengada tu? Tapi, apa yang lain eh? Bukan rambut tu.
Hmm.
“Biasalah. Kau macam tak faham.” Ash membalas sambil
lewa. Bukannya Tia tak tahu tapi sajalah buat-buat tak tahu tu. Saja nak
sakitkan hatinya yang sedia membara berapi tu.
“Cantik rambut kau.” Perli.
“Not a word.”
Tia jelir lidah. Eleh, ingat aku takut? Boo!
“Eh, apasal kau nampak lain eh?”
“Kau nak kata aku makin berisi ke?”
Haa! Tulah. Dia makin berisi. Betul tu. Tia angguk. Ash
mendengus. Haha. Mesti dia tak suka orang cakap dia berisi. Gasak kaulah. Dah
memang kau berisi.
“Meen, miss you!”
“Hahaha…baru sekarang nak hargai aku kan?” Tia mengejek
dengan ketawa dibuat-buat saja nak bagi Ash sakit hati. Ash mendengus. Tia
sengih. Selain ahli keluarganya, hanya Ash yang memanggilnya Meen. Dari mula
perkenalan memang Ash dah memanggilnya begitu sampaikan dia pun dah tak kisah.
Mula-mula tu dia macam tak selesa juga tapi bila dah lama-lama macam dah tak
ada yang pelik.
“Aku memang sayang kau kan?”
“Kau sayang semua gadis-gadis kan? Bukan aku sorang.” Tia
perli lagi. Sengaja juga dia menekankan perkataan gadis-gadis itu. Ash ni
memang ramai sangat yang minat sampai dia dah tak larat nak rasa cemburu.
Biarlah. Ash berhak nak pilih sesiapa pun. Siapa dia untuk menghalang? Sekadar
kawan baik. Kawan baik yang tak beri apa-apa makna pun. Ah, sedihlah pulak!
“Jealous?”
“Tak.”
“Jealous la
tu.”
“Apa-apa jelah.” Tia malas nak layan. Ash senyum. Dia
sudah pun menongkat dagu. Tia juga turut sama menongkat dagu memandang Ash.
“Aku dah cakap banyak kali kat kau. Aku sayang kau.
Diorang tu lain.”
“Aku pun sayang kau. Apa bezanya?”
“Banyak. Sangat banyak.”
“Apa yang banyak sangat beza tu?” Tia angkat kening.
Menduga.
“Pertama, diorang semua bukan Tia Ameena Abdullah
Mursyid.”
Tia sengih. Eleh, tu je ke bezanya? Takat itu, aku pun
boleh jawab. Poodah! Ayat manis sekarang tak main la brader. Pergi bertapa
seratus tahun lagi la kat gunung air terjun sana. Lepas tu baru test balik ayat manis tu.
“Kedua, diorang takde semua yang kau ada.”
“Diorang cantik Ash.”
Ash geleng kepala dengan jari telunjuk digawang-gawangkan
ke kiri dan ke kanan. Muka serius.
“Ketiga, diorang tak dapat gelang macam kau dapat.”
Tia mencebik. “Eleh, entah-entah gelang kau bagi tu
gelang tikam yang 20 sen tu.”
Ash gelak. Gelang tikam? Apa ke hina sangat gelang tu?
Aku beli mahal oi! Mahal okay. Gelang tu silver
tau. SILVER! Tapi, takkan nak canang
harga gelang yang dia beli tu kat orang kot? Tu namanya menunjuk. Dia beli untuk
Tia bukan untuk menunjuk. Nasib kaulah Ashraf Aiman dia boleh cakap tu gelang
tikam siap letak harga 20 sen pulak tu. Murah betul gelang tu. Tsk.
“Murah sangat ke nilai gelang tu?”
“Eh, gurau jelah. Haa…ada lagi tak? Baru tiga.”
“Keempat, aku tak sayang diorang macam aku sayang kau.”
“Tapi, sayang jugakkan?”
“Deh, tambi. Siapa je cukup gila nak sayang gadis
ramai-ramai? Kau sorang pun dah serabut kepala otak tau tak?” Ash buat muka
sedih. Tia ketawa. Comel je.
“Okay okay. Diorang yang lain sihat?”
“Sihat semuanya. Tak nak tanya aku?”
“Kau memang aku dah nampak sihat. Tak tanya pun takpe.”
“Ceh, aku ditigakan oleh diorang.” Balas Ash tak puas
hati. Bantal di atas katilnya dicapai dan dipeluk erat. Tia dah angkat
kedua-dua belah kakinya di atas kerusi dan memeluknya.
“Ala, tapi kau tetap teratas.”
Ash senyum. “Jangan buat aku cairlah.”
Tia gelak meriah. Muka Ash dah memerah menahan malu. Dia
malu dengan ayat yang baru didengarinya. Bukannya Tia tak tahu dia ada perasaan
lebih dari seorang kawan terhadap gadis itu. Cuma gadis itu telah menolaknya
dengan elok. Dia tahu, Tia tak pernah menganggapnya lebih dari seorang kawan.
Dia tahu itu, tapi tak salah rasanya mencuba. Tak kisahlah. Asalkan Tia
bahagia, dia turut sama bahagia. Okaylah tu kan?
“Sayang.”
“Apa?”
“Nak tanya ni tapi jangan mengelak.”
Tia angkat kedua-dua belah keningnya. Nak tanya apa
sampai kena cakap macam tu? Macam serius je. Tia tongkat dagu dengan kedua-dua
belah lututnya.
“Tanya apa?”
“Kenapa tukar sekolah? Kau tak cakap kat sesiapa pun yang
kau nak tukar sekolah.” Tia pandang wajah Ash yang nampak betul rasa ingin
tahunya. Tia telan air liur. Dia tak tau nak balas apa. Sebab dia tukar
sekolah? Sebab apa? Entah, dia sendiri pun tak tau. Atau sebenarnya dia tak tau
salah dia ke sampai dia perlu bertukar sekolah?
“Erm…suka-suka.”
“Tak menyakinkan langsung jawapan tu.”
Tia hanya ketawa. Malas nak mengulas lebih-lebih. Dia
seboleh mungkin tidak mahu menjawab soalan itu. Dia sendiri pun tak tahu apa
yang membuatkan daddy mengambil keputusan untuk menukarnya ke sekolah lain. Dia
juga tak tahu apa yang berlaku antara daddy dengan pengetua sekolahnya.
Rasanya, dia tak ada buat salah apa-apa pun. Kot. Kalau setakat dia pernah
pecah masuk bilik guru curi kertas soalan tu bukan ke benda normal? Err, normal
ke? Atau pun dia pernah pecah masuk bilik pengawas ambil balik segala barang
rampasan? Itu pun kita normal? Entah. Normallah kot. Atau sebab kes dia tolong cover salah seorang rakan sekelasnya yang
dituduh mencuri duit sekolah dengan mengaku yang sebenarnya dia yang mencuri? Sebab
tu ke?
Ash yang sedar Tia tidak selesa dengan soalan itu
mengambil keputusan untuk tidak terus bertanya. Dia tahu macam mana reaksi
wajah Tia bila dia tidak mahu menjawab soalan yang tidak mahu dijawab. Yang
tidak punya jawapan. Takpelah. Mana tahu suatu hari nanti Tia akan memberinya
jawapan? Kan?
“So, sekolah baru macam mana? Okay?”
Angguk. “Okay.” Tia senyum. Manis. Ash turut sama senyum.
“Baguslah. Nanti kirim salam kat kawan-kawan baru kat
sana.”
Angguk lagi. “Okay. Tak nak kirim salam kat gadis-gadis?”
Geleng. “Kau sorang dah cukup.” Ash kenyit mata. Tia
gelak sahaja. Dalam pada mereka sedang rancak berbual telefon bimbitnya
bordering. Anak mata terus beralih dari skrin laptop ke telefon bimbit di
sebelah. Nombor tak dikenali. Siapa?
“Ash, kejap. Ada orang call.”
Ash angguk. Menunggu.
Tia capai telefon bimbit, tekan butang hijau dan
melekapkannya ke telinga. Dalam otak masih memikirkan siapa yang menelefonnya.
Dia ada bagi nombor kat sesiapa ke? Hmm.
“Hello.”
“Tia. Tia. Tia.” Sahut suara dihujung sana. Tia kerut
dahi. Dah, siapa pulak ni? Angkat call terus panggil nama aku macam tu.
“Hello?”
“Tia! Ni Sam.”
“Hah?” Tia pelik. Sam? Bilanya aku bagi nombor kat dia?
Ada ke? Ada eh? Eh, ye ke ada? Tia keliru. Otak cuba mengingati jika dia ada
memberi nombor telefonnya kepada Sam. Ada ke ada ke? Oh, ada! Dia teringat.
Sebelum nak balik mereka ada bertukar nombor telefon. Cis! Aku yang tak save nombor dia. Haha.
“Sam la. Sam.”
“Ha…ye. Kenapa?”
“Keluar jom.”
Kerut di dahi bertambah lagi selapis. Keluar? Pergi mana?
Anak mata memandang jam yang terlekat di dinding. Lagi beberapa minit hendak
pukul 6.30 petang. Dan dia juga baru
teringat dia belum pun solat Asar. Tulah, ralit sangat berborak dengan Ash
sampai tak tengok jam. Elok sangatlah tu.
“Pergi mana?”
“Adalah. Lepak-lepak. Jomlah. Aku ambik kau.”
“Eh, tak naklah.”
“Jomlah Tia. Kawankan? Aku ambik kau kat rumah pukul 8
malam.”
“Cakap dulu pergi mana?”
“Lepak-lepak je. Ala, nanti kau taulah. Tau tau.” Sam
masih cuba memujuk. Tia garu kepala. Nak lepak? Mana je? Lepas je daddy decide suruh aku tukar sekolah, satu family pindah masuk rumah yang daddy
beli kat Kajang tu. Rumah lama terus daddy sewakan entah pada siapa. So, dia tak berapa tahu sangat
selok-belok kawasan itu.
“Erm…”
“Jomlah.”
“Okay. Pukul berapa?”
“8 malam aku ambik kau. Nanti text aku alamat rumah kau. Bye.”
Belum pun sempat Tia membalas, Sam terlebih dahulu
menamatkan panggilan. Cis! Macam tau-tau je aku ada banyak soalan lagi. Bukan
main cepat dia end call. Bagus punya
orang. Tia memandang kosong skrin telefon bimbitnya. Lepak? Kat mana? Dia tak
cakap pun nak lepak dengan siapa. Rex ada sekali ke? Eh, kenapa mesti Rex? Oh,
diorang kan kawan. Normallah kalau Rex pun ada sekali, kan?
“Tia.”
Tia terlupa Ash masih lagi di talian. Telefon bimbit
ditangan diletakkan semula di atas meja – bersebelahan laptop. Anak mata
kembali pada skrin laptopnya.
“Sorry, kawan.”
Senyum.
“Kawan baru?”
Angguk.
“Kenapa?”
“Ajak lepak.”
“Wah, baguslah. Dah ada kawan. Taklah aku risau kat
sini.”
“Poodah kau nak risau. Geli.” Ash gelak. Tia juga.
“Okaylah, dah nak pukul 7. Bila-bila aku call lagi. Bye sayang.”
“Bye busuk.
Jaga diri.”
Ash angguk sambil mengukir senyuman yang sentiasa berjaya
menenangkan hati Tia. Senyuman Ash yang sentiasa menemaninya dahulu. Tapi, Ash
dah jauh. Ash dah tak ada depan mata. Ash dah tak boleh nak gembirakan dia
macam dulu. Takpelah, buat kawan baru. Mana tahu boleh jumpa seseorang macam
Ash ke? Haha. Kalau ada. Talian dimatikan. Tia memandang sepi skrin laptop.
Anak mata memandang lagi jam di dinding. 6.45. Okay, jom solat!
TIA pandang Sam yang
sedang duduk bertenggek di atas motosikalnya. Helmet dipangku di atas peha. Sam
angkat tangan kanan dengan senyum di bibir. Tia membalas. Langkah diatur
menghampiri Sam. Selepas sahaja dia meminta izin daripada abang-abangnya untuk
keluar, dia terus menyarung selipar dan keluar. Abang-abangnya pun macam tak
cakap apa. Hanya menghantarnya sehingga ke muka pintu.
“Lama tunggu?”
Geleng. “Baru sampai.” Balas Sam sambil menghulurkan
helmet kepada Tia. Tia mencapai helmet yang dihulurkan dan terus
menyarungkannya ke kepala.
“Naiklah. Kita gerak.”
Tia angguk. Motosikal Sam dibonceng dengan tangan kanan
berpaut pada bahu Sam. Tia pandang muka pintu. Abang-abangnya masih berdiri di
situ. Tak berganjak. Tia melambai-lambaikan tangannya. Mereka hanya senyum. Over protective sangat. Bukannya aku nak
pergi buat benda jahat pun.
“Okay?”
“Hmm.”
“Kita gerak.” Terus motosikal Sam memecut laju membelah
malam.
“MANA Sam?” Apek memandang
Rex yang sedang ralit memetik gitar ditangannya. Rex angkat muka dari gitar ke
wajah Apek. Dia melihat sekeliling. Haah. Mana Sam? Tadi kata dah nak gerak
tapi batang hidung pun tak nampak.
“Entah. On the way
kot.” Rex menjawab tapi anak matanya masih meliar mencari tubuh Sam. Kot-kotlah
dia tengah main hide and seek ke. Dia
tu bukannya boleh diduga apa yang dia nak buat. Mereng. Dalam pada dia sibuk
mencari telinga menangkap bunyi deruan enjin motosikal. Sam. Rex kenal bunyi
motosikal itu. Anak mata terus mencari arah datangnya bunyi itu. Eh?
“Yo.” Sam melangkah menghampiri dengan gitar di tangan.
“Hoi, apa cerita bawak gadis?” Paan menyakat dengan mata
dikenyitkan. Sam tepuk bahu Apek dengan Rex. Apek sengih penuh makna. Rex
pandang Tia tak lepas. Dah kenapa Tia ada kat sini? Dengan Sam pulak tu. Sam
ajak? Tapi kenapa Sam mesti ajak Tia sekali?
“Budak kelas aku.”
“Bukan main kau sekarang. Kenalkan la.” Apek pandang Tia.
Sebuah senyuman dihulurkan kepada Tia. Tia angguk turut sama membalas senyuman
itu. Dia terkejut sebenarnya. Sangat terkejut. Turun dari motosikal tadi, benda
pertama yang menyapa matanya adalah Rex yang sedang memetik gitar. Sedap! Tu
sahaja yang mampu dia katakan. Rex pandai main gitar. Dan dia juga tahu Sam
pandai main gitar sebab masa atas motor tadi dia perasan ada beg gitar melepasi
bahu Sam.
“Ni Tia. Yang kat hujung sana tu Paan. Sebelah Rex tu
Apek. Yang tu, tak payah kenalkanlah.”
“Kau dah kenal, Rex?” Apek soal Rex. Rex hanya
mengangguk. Tak bersuara. Atau lebih tepat suaranya macam tak terkeluar. Dia
masih terkejut. Gadis setahun lalu dah ada betul-betul depan mata. Hanya
terpisah dengan beberapa tapak sahaja.
“Sorry lambat.
Tadi aku ambik Tia kat rumah.”
“Takpe. Kau bawak awek cantik kira maaflah.” Paan gelak
meriah. Tia dah malu-malu. Dia sudah pun melabuhkan punggungnya di atas tunggul
kayu yang ada di situ. Berdepan dengan Rex. Sam di sebelahnya. Gitar dibahu
ditarik ke depan.
“Ada lagu best?”
Geleng. “Takde ilham.”
“Dah ada depan mata takkan takde ilham lagi.” Sam mula
masuk jarum. Tia yang tak tahu apa-apa hanya pasang telinga. Tak menyampuk. Rex
pandang Sam. Tajam. Macam nak telan pun ada gayanya. Sam menyengih.
“Eh, Rex. Tadi Joe call.”
“Apasal?”
“Budak sekolah sebelah rembat budak kau.”
Rex terus berhenti dari memetik gitar di tangan. Suasana
diam untuk lima saat. Tak ada seorang pun yang berani bersuara. Rex menyepak
perlahan batu di hadapannya.
“Bila?”
“Semalam.”
Rex menyebak rambutnya ke belakang. Dia menarik nafas
dalam-dalam. Budak sekolah sebelah? Siapa? Zarul? Takkanlah. Tak habis-habis
lagi ke nak cari masalah?
“Siapa budak sekolah sebelah tu? Zarul?”
Angguk. Rex mengeluh. Dia lagi. Ingatkan dah settle. Bukan ke hari tu dah settle semua benda? Dia sendiri cakap
takkan sentuh bebudak aku. Dia sendiri yang cakap dia tak nak cari pasal. Dah
tu kenapa?
“Kenapa?”
“Dia cakap ada budak kau cari pasal dengan budak dia.”
“Hmm.” Rex dah malas nak cakap apa-apa. Apa punya
jawapanlah.
“Biarlah dia.”
“Kau nak biarkan ke?”
“Aku dah nak SPM. Aku tak nak buat hal.”
“Dah tu?’
“Pandai-pandailah aku buat nanti.”
Perbualan mereka terhenti setakat di situ. Malas nak
dipanjang-panjangkan lagi. Nak dipanjang-panjangkan buat apa? Bukannya mereka
boleh buat apa-apa pun. Hanya mampu melihat. Nak balas balik? Dah teringin nak
kena gantung sekolah? Okay, sejak bila kisah kena gantung sekolah pulak ni?
Sejak dah nak SPM ni kot.
“Okay okay. Jangan cakap pasal benda ni time ada gadis.” Sam tepuk tangan cuba
mencuri perhatian mereka bertiga.
“Sorry, Tia.”
“Eh, takpe takpe.” Tia membalas. Kaku. Kekok. Dia rasa
macam dia menganggu pulak. Yelah, diorang nak lepak aku pun ada sekali. Tak ke
macam menyibuk. Sam la ni pergi angkut aku sekali. Bengong! Kalau tahu macam ni
tak adanya aku nak ikut. Memang aku tolak sungguh-sungguh.
“Okay, jom nyanyi.” Sam mula petik gitar. Melodi lagu
Your Call – Secondhand Serenade memenuhi ruang udara. Rex turut sama memetik
gitarnya. Memainkan melodi yang sama. Paan dan Apek test vokal melagukan lirik lagu itu. Tia senyum. Favourite song! Perlahan-lahan dia turut
ikut menyanyi. Mulanya perlahan. Kemudian entah kenapa dia jadi seronok
sehingga tak sedar dia turut sama menyanyi dengan Paan dan Apek. Dan entah bila
Paan dan Apek berhenti – hanya dia yang menyanyi dia pun tak sedar. Apa yang
dia tahu sebaik sahaja Sam dan Rex berhenti memetik gitar mereka bertiga tepuk
tangan. Kecuali Rex. Rex hanya memandang tepat ke arahnya.
“Sedapnya suara.” Paan memuji.
“Cair weh. Cair.” Apek menggiat. Tia ketap bibir. Malu.
“ENCORE! Lagu
lain weh.” Sam bersorak.
“Bisinglah kau.” Rex bersuara. Perlahan. Mereka bertiga
ketawa serentak.
Meriah. Tia jadi malu sendiri. Entah macam mana dia boleh
lupa diri. Seronok sangat agaknya. Dah lama tak rasa tenang dan seseronok
sekarang. Dah lama tak karaoke kot. Tia pandang Rex. Rex masih memandang
wajahnya dan dalam sekali imbas dia seperti ternampak ada segaris senyuman di
bibir itu. Rex senyum. Senyum? Tia mengelipkan matanya berkali-kali. Rex masih
juga senyum. Tia terpana.
2 comments:
best2..! thx writer...smbg lgi...x sabo dah nie
wahhh
jatuh cinta
Post a Comment