“Kenapa kau bawak dia?” Rex menyoal. Tika itu mereka
berdua sedang duduk di atas sebatang kayu yang memang sedia ada di situ. Agak
jauh dari Tia, Paan dan Apek. Dia sengaja duduk jauh-jauh sebab dia nak
merokok. Dia tak naklah sebab dia merokok, orang lain yang dapat penyakit.
Tapi, Sam ni sibuk nak mengikut sama. Jangan salahkan aku sebab jadi perokok
pasif. Rex dan Sam memerhatikan Tia dari tempat duduk mereka. Entah apa yang
ditanya Paan dan Apek pada Tia mereka tak tau. Sampai naik merah muka Tia
jadinya. Janganlah diorang borak benda yang pelik-pelik. Memang aku rembat Paan
dengan Apek tu.
Sam petik tali gitar. “Saja. Nak tolong kau.” Mudah
jawapan Sam. Rex turut sama memetik tali gitarnya. Mulutnya menghembuskan asap
rokok yang telah disedut tadi. Lega. Malam itu sahaja sudah tiga batang rokok
disedut. Rokok ditangan kiri yang dah tinggal suku dicampak ke tanah. Kaki kiri
memijak saki baki puntung rokok yang masih menyala. Biar terpadam. Kang tak
memasal ada kebakaran pulak hanya
kerana puntung rokoknya. Wah wah.
Rex memandang sisi wajah Tia di hujung sana. Tia sedang
tergelak kecil dengan tangan ke bibirnya. Matanya yang tak berapa bulat tu
turut sama menyepet tiap kali dia gelak. Comel. Entah apa yang dibualkan dengan
Paan dengan Apek sampai gelak-gelak macam tu dia tak tahu. Timbul sedikit rasa
cemburu di hati. Cemburu? Kenapa mesti ada rasa cemburu? Sebab dia gadis
setahun lalu? Sebab kau tak berkesempatan nak berborak riang-ria macam tu
dengan dia? Entah. Tak tahu. Mungkin.
“Tak makan hati ke?” Provok Sam. Tangan masih lagi
memetik tali-tali gitar. Perlahan. Memainkan melodi ikut suka hati. Tak ada
tempo. Bedal jelah melodi apa pun.
Rex tarik nafas dalam-dalam. Dia menengadah langit malam
yang dihiasi bintang-bintang. Cantik tapi cantik lagi Tia di hujung sana. Ah,
sudahlah! Cukuplah nak berhati lara. Siap nak dibandingkan Tia dengan bintang
pula. Over! Rex mengeluh. Kenapa mesti
mengeluh? Diri sendiri juga yang macam tak nak mendekati, bukannya salah
sesiapa. Sam dah tolong pun tak nak terima pertolongan tu. Jual mahal. Macamlah
diri tu punya cara nak mendekati Tia tu.
Kotak Dunhill dikeluarkan dari poket seluar. Sebatang
lagi rokok ditarik keluar dari kotaknya. Tangan kanan memetik lighter, menyalakan puntung rokok
ditangan yang sudah selamat berada di bibirnya. Serabut pulak malam-malam cenggini.
Hai, hati. Kenapa tak nak mulakan langkah mendekati? Kenapa nak bermain secara
selamat – sekadar memerhati dari jauh, makan hati berulam jantung? Nanti bila
dah tak dapat mulalah nak meraung sini sana padahal diri sendiri yang mengalah
sebelum berperang. Mengada,mengada.
“Kalau aku tanya jangan marah.” Perlahan Sam menutur
ayat. Berhati-hati. Rex diam. Tak menyahut. Asap rokok disedut dalam-dalam dan
perlahan-lahan dia mengeluarkan kepulan-kepulan asap dari mulutnya. Mata
memandang arah asap itu dibawa angin.
“What so special
about her?”
Rex menyedut lagi asap rokok. Menghembuskannya keluar.
“Dia biasa-biasa. Tu yang special.” As simple as that. Tiada jawapan lain. Senyap. Sam menguis-nguis
tanah dengan hujung selipar. Biasa-biasa, huh? Hanya dengan menjadi biasa-biasa
dia dah jadi istimewa.
“Kalau dia tak biasa-biasa?”
“Then, dia
bukan Tia.” Laju Rex menukas. Dia tahu apa yang Sam cuba nak buat. Sam nak
menebak perasaannya. Sam nak dia jujur dengan perasaan sendiri tapi macam mana?
Perasaan takut tu lebih kuat menguasai dirinya ketika itu. Tiap kali bayangan
setahun lepas – Tia dan lelaki itu dia jadi lemah. Untuk apa menggapai benda
yang mustahil untuk digapai dan dicapai? Lagipun, perasaan tu dah setahun pun.
Apa yang Tia akan fikir kalau dia tahu Farish Ikhwan dah ada perasaan padanya
sejak setahun lalu? Sedangkan waktu tu dia dan Tia adalah dua entiti yang tidak
mengenali. Tak ke macam pelik?
Suasana kembali sunyi. Masing-masing memandang terus ke
langit malam. Rex menyedut lagi asap rokok entah untuk kali ke berapa.
Menghembuskannya keluar dan menghilang dibawa angin.
Deringan telefon mematikan suasana sunyi antara mereka.
Sam menyeluk poket seluarnya mengeluarkan telefon. Butang hijau ditekan dan
dilekapkan ke telinga. Rex tak ambil peduli. Masih dengan rokok, perasaannya
dan semua persoalan yang berlegar-legar di dalam otaknya. Gitar sudah pun
dibiarkan terbaring di sebelahnya bersandar pada batang pokok yang menjadi
tempat duduk mereka.
“Rex, aku kena balik.”
“Okay. Hati-hati.” Monotone.
“Nanti kau hantar Tia balik.”
Rex angguk. Tak dengar. Fikirannya menerawang jauh. Tak tahu
dah sampai ceruk mana. Yang pasti dia memang tak dengar pun apa yang Sam cakap
tu.
“Thanks.”
Eh? Rex tersedar. Dia cakap apa?
“Ulang balik.”
“Apa?” Sam kerut dahi. Ulang balik apa?
“Aku nak balik.”
“Bukan. Bukan. Selepas tu.” Rex gelabah. Dia macam cakap
sesuatu. Sesuatu…tapi apa? Macam ada kaitan dengan Tia. Rasanya dia macam ada
cakap suruh hantar Tia balik atau something.
Sam sengih. “Hantarkan Tia balik. Aku kena balik. Urgent.”
Uhuk. Uhuk. Uhuk.
Say what?
Hantar Tia balik? Terpejam celik mata Rex mendengar ayat yang baru keluar dari
mulut Sam. Oh, tidak! Aku dengan Tia atas motor berdua? Itu sangatlah tidak
kelakar. Tak kelakar. Kalau suruh dia panjat pokok ke gunung ke dia masih sanggup
tapi hantar Tia balik?
“Kerja gila. Kau la hantar dia.”
“Please. Aku
kena balik ni.”
“Sam…” Suara mintak
kesian. Mukanya turut berubah riak. Dia tak nak! Dia tak tahu nak bagi
reaksi macam mana. Dia belum bersedia. Tak. Tak. Sam ni pun, janganlah asyik
memanjang nak buat kerja gila gitu. Boleh mati terkejut tau tak?!
“Sorry. Esok
aku belanja waktu rehat.”
Rex mengeluh. Lemah. Pujukannya tak menjadi. Dia
mencuri-curi pandang wajah Tia yang masih lagi rancak berborak macam dah kenal
lama. Amboi, dengan aku tak nak pulak borak macam tu. Ni yang nak sedih ni.
“Hati-hati. Jangan nak laju.” Rex mengalah. Tak ada
gunanya nak suruh Sam tukar fikiran saat dia dah membuat keputusan.
“Thanks. Jomlah
gerak sana.”
Rex dan Sam sama-sama bangun dari duduk. Mencapai gitar
masing-masing yang tadinya disandarka pada batang pokok. Baki puntung rokok
ditangan dicampak ke tanah. Asap terakhir dihembuskan keluar dari mulut.
Langkah kaki diseret lemah menghampiri Tia, Paan dan Apek di hujung sana.
Sam menepuk bahu Paan dan Apek. Refleks mereka berdua
berpaling ke belakang. Gitar di tangan Rex beralih tangan – Paan menyambutnya
dan tangan mula memetik gitar itu. Tia tunduk menekur tanah. Tak berani nak
angkat muka. Entah kenapa tiap kali Rex ada berhampiran dia jadi tak keruan.
Kenapa? Dia sendiri pun tak tahu. Dia tak pernah rasa macam ni.
“Aku kena gerak balik ni. Pape roger jelah.” Sam bersuara. Tangan Paan dan Apek dicapai –
bersalaman.
Tia bangun dari duduk.
“Eh, Tia nak pergi mana?” Sam menegur. Tia kerut dahi.
Lah, tadi kata nak balik, kan? Takkan nak suruh aku jalan kaki balik rumah
pulak?
“Baliklah.”
“Oh, nanti Rex hantarkan. Aku kena balik cepat. Ada
benda.” Sam melirik pada Rex yang duduk tidak bersuara di hadapan Apek. Berubah
wajah Tia saat telinga menangkap ayat yang dituturkan. Rex hantarkan?
“Tapi…” Perlahan Tia menggumam.
“Sorry. Gerak
dulu.” Gitar dicapai dan dimasukkan ke dalam begnya. Tali beg ditarik melepasi
bahu. Langkah kakinya terus dibawa menghampiri motosikal. Kunci dicucuh ke
tempat kunci dan enjin dihidupkan. Sam garu leher. Err.
“Rex.”
Rex angkat muka. Sam menggamit Rex supaya datang
kepadanya. Rex bangun malas-malas, berjalan menghampiri Sam. Apa lagi dia ni?
“Apa?”
“Helmet. Kau tak bawak lebihkan?” Rex mengambil helmet
ditangan Sam. Sunyi. Rex memandang lama helmet di tangan.
“Mulakan langkah.” Bisik Sam ke telinga Rex. Rex
mendengus. Apa-apa jelah. Langkah apa je aku nak mulakan? Dahlah suruh hantar
Tia, sekarang nak suruhkan mulakan langkah. Mengarut karut-marut betul dia ni.
Sam tepuk bahu Rex. Seolah-olah memberi sedikit kekuatan
kepada Rex. Rex senyum acuh tak acuh. Dia tak tahu apa dalam fikirannya tika
itu. Kosong! Kalau nak diikutkan dia bukannya tak boleh nak cakap macam biasa
tapi suara macam tersekat di celah-celah kerongkang tiap kali Tia ada di depan
mata. Aneh kan?
“Hati-hati.” Sekali lagi pesanan itu diluahkan. Sam
angguk. Sekelip mata motosikal Sam hilang ditelan malam. Rex mengeluh lagi. Tak
tahulah dah berapa banyak kali dia mengeluh. Rex memalingkan tubuhnya. Tia
sedang berdiri tidak beberapa jauh darinya. Rex mengurut-urut pangkal
tengkuknya.
“Nak balik?”
Tia menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Rex
mengalihkan tumpuannya dari Tia kepada Paan dan Apek yang masih lagi berborak
entah apa. Dia berjalan mendekati mereka berdua.
“Aku balik jugaklah. Hantar Tia.”
“Okay. Bak rokok sebatang.” Gitar ditangan Paan bertukar tuan. Rex
menghulurkan dua batang rokok kepada Paan. Selesai bersalaman, Rex menggamit
Tia supaya mengikutnya. Tia akur. Mereka sama-sama berjalan menghampiri
motosikal Rex yang diparkir di bawah pokok.
“Helmet.” Ringkas Rex bersuara sambil menghulurkan helmet
ditangan kepada Tia. Wajah Tia langsung tak dipandang. Tia mengambil helmet itu
lambat-lambat. Kekok. Rex menghidupkan enjin motosikalnya. Rex sudah pun duduk
di atas motosikal. Tia masih lagi ragu-ragu. Lama dia memandang tempat di
belakang Rex.
“Naiklah.”
Tia telan air liur. Bahu Rex dipaut, kakinya memijak
tempat pemijak. Dia sudah pun duduk di atas motosikal itu. Rex tarik nafas
dalam-dalam. Jantungnya dah berdegup macam nak gila! Otak dah tak boleh nak
berfikir apa-apa. Yang dia tahu, dia mahu cepat sampai ke rumah Tia. Dia tak
sanggup nak berlama-lama di atas motosikal itu. Tia memandang belakang badan
Rex.
“Nanti bagi direction.”
“Hmm.” Gumam Tia.
Bibir Rex bergerak menyebut bismillah dan motosikalnya
laju meninggalkan tempat lepaknya membelah suasana malam.
TIA turun dari motosikal.
Helmet dikepala ditanggalkan lalu dihulurkan kepada Rex. Rex menyambut.
Masing-masing bisu. Tak bersuara langsung. Yang bersuara pun hanya Tia sebab
nak bagi arah ke rumahnya kalau tak memang senyap sunyi jelah sepanjang
perjalanan tu. Rex menanggalkan helmetnya. Rambutnya yang serabai disisir
dengan jari-jarinya.
Anak matanya memfokuskan pandangan pada rumah di
hadapannya. Oh, kat sini rumah dia. Tia jadi tak keruan dengan suasana sunyi
antara mereka. Hujung kaki menguis-nguis pasir di atas jalan itu. Dari arah
rumahnya kedengaran bunyi pintu dikuak dari arah dalam. Lampu di porch kereta terpasang. Terang-benderang
jadinya. Dua lelaki berjalan keluar ke arah mereka.
“Lambat balik?” Zack menyapa Tia sambil tangannya meraih
tubuh adiknya ke sisi dengan tangan kanannya. Tia jadi malu dengan tindakan
abangnya itu. Apa dia ni?
“Sorry. Saya
tak tahu jalan. Tu yang sesat dua-tiga kali tu.” Rex menundukkan kepalanya,
memohon maaf. Bukannya dia sengaja nak menghantar Tia lewat cuma tadi adalah
2-3 kali dia tersalah masuk lorong. Yelah, sibuk berkhayal. Orang tu cakap
lain, dia pulak dengar lain.
“Zack. Abang Tia.” Zack menghulur tangan kanan.
“Farish.” Huluran tangan Zack disambut. Sengaja dia tidak
memperkenalkan dirinya sebagai Rex. Takkan dia nak suruh abang si Tia ni
panggil dia Rex kot? Farish kan macam lagi sesuai.
“Zafran.” Zafran pula menghulur tangannya. Rex senyum.
Huluran tangan bersambut. Rex jadi tak selesa. Kekok dengan keadaan mereka.
Rasa bersalah pun ada sebab hantar anak dara orang lewat macam ni. Masa atas
motor tadi dia sudah merangka-rangka ayat jika ditakdirkan kedua-dua ibu bapa
Tia yang keluar menyambut anaknya di muka pintu tapi nampaknya ayat itu boleh
disimpan sahaja kemas-kemas.
“Maaf menyusahkan Farish kena hantar Meen balik.”
“Takpe. Salah kawan saya jugak bawak Tia.” Rex sekadar berbahasa. Dia tak tahu ayat apa yang perlu
dia cakap waktu itu. kalau diikutkan hati dia nak terus pergi dari situ tapi
macam tak hormatlah pulak.
“Err…saya mintak diri dulu.” Rex mengerling jam di
pergelangan tangannya. 10.45 malam. Zack dan Zafran serentak mengangguk. Tia
hanya kaku berdiri di sebelah abangnya. Tangan Zack masih lagi kemas di atas
bahunya.
Rex menyarung helmetnya. Tongkat motosikal ditolak naik.
Dia memandang Zack dan Zafran kemudian beralih pada Tia. Lama. Dan tak lama
kemudian, motosikalnya menderu laju meninggalkan perkarangan rumah Tia. Tia
memandang motosikal Rex sehingga hilang dari pandangan mata. Rex.
REX merebahkan badannya di
atas tilam empuknya. Terasa sakit badannya berlama-lama di atas motosikalnya
tadi. Selepas sahaja dia menghantar Tia pulang, dia tidak terus pulang ke rumah
tetapi dia membawa motosikalnya pusing-pusing meredah kota. Dia mahu
menenangkan fikirannya. Dia mahu pulang tanpa rasa bebanan di hati. Selama
setahun dia mampu menutup semua rasa dengan hanya beberapa keping gambar tetapi
bila dah depan mata, segala perasaan itu macam meledak keluar. Tak putus-putus.
Macam tiada noktah. Rex menghela nafas. Berat.
Tadi, sampai je
rumah umi dengan abah tengah menunggunya di ruang tamu sambil menonton
televisyen. Macam-macam soalan yang abah tanya tapi dia hanya menjawab dengan
satu ayat ‘entah’. Otaknya tak mampu nak memikirkan sebarang jawapan untuk
setiap persoalan abah. Selepas abah dah puas berleter panjang berjela dan umi
pun macam nak suruh abah sambung leterannya esok pagi, dia terus panjat tangga
naik ke bilik.
Bilah-bilah kipas diperhatikan macam baru pertama kali
bilah kipas itu dilihat. Segala macam persoalan kembali mengasak diri. Dia tahu
apa yang Sam lakukan untuk dia berasa selesa dengan Tia tapi siapa je yang akan
selesa tiap kali dia terpaksa berdepan dengan seseorang yang dia suka? Seseorang
yang disukai dalam diam dan dalam tempoh yang lama? Orang gila pun tau erti
putus asa!
Telefonnya bordering memenuhi setiap ruang biliknya yang
hanya ada sebuah katil, almari dan meja belajar. Tangan menyeluk poket seluar
dan terus butang hijau ditekan tanpa melihat skrin.
“Hello.”
“So, macam
mana?” Suara Sam ceria di hujung talian. Rex bangun dari baring dan bersandar
pada dinding memandang ke luar jendela yang dibiarkan terbuka luas.
Rex tarik gitar rapat ke dada. “Entah.” Sekali lagi
jawapan ‘entah’ menjadi pilihan hati. Macam dah tak ada jawapan lain yang boleh
diberikan. Yelah, jawapan entah tu adalah jawapan paling mudah dan ringkas.
Jawapan yang tak memerlukan ayat panjang-panjang. Hanya entah.
“Korang tak berborak langsung?”
“Tak.” Lemah. Hampi separuh berbisik suaranya tika itu.
“Setahun, Rex. Setahun kau suka dia. Sekarang ni dia dah
depan mata. Bukan lagi dalam gambar. She’s
there, Rex!” Sam makin hilang sabar dengan Rex. Apa yang dia takutkan
sangat? Takut kena reject? Come on la! Tolak tepi la bab-bab reject tu. Yang penting sekarang ni
berkawan. Kawan jelah dulu. Apa yang susahnya? Bukannya kena panjat gunung ke hape.
Rex meraup mukanya dengan tangan kanan. Kotak Dunhill di
dalam poket seluar dikeluarkan dan diletakkan di tepi. Ekor mata memandang
kotak Dunhill itu. “Susahlah, Sam. Sebab dia depan matalah jadi susah.” Rex
meluah. Kotak Dunhill itu dicapai dan penutupnya dibuka. Sebatang rokok
dikeluarkan dan dibawa ke bibir. Tangan mengagau mencari lighter dan pemetik api itu dinyalakan. Berkepul-kepul asap
memenuhi ruang biliknya.
“Apa yang susah? Habaq
mai.” Keluar terus loghat utara Sam. Rex ketawa. Dah lama dia tak dengar loghat
utara Sam tu.
“Susah sebab kau macam force aku buat sesuatu yang aku tak boleh buat.” Rex pandang langit
malam melalui jendela biliknya. Kedengaran keluhan dari Sam yang berada di
hujung talian. Rex tahu Sam buat semua tu untuknya.
Rex pejam mata rapat-rapat. “Aku bukan force kau. Aku nak kau berkawan je
dengan dia.” Suara Sam masuk ke corong telinga. Terus ke otak. Aku tahu, kau
nak aku berkawan dengan dia. Rex menyedut lagi asap rokok.
“Kawan yang macam mana?”
“Kau tak jealous
tengok dia dengan Paan? Dengan Apek?” Rex buka mata perlahan-lahan. Jealous? Ada. Tipu kalau dia tak cemburu
bila melihat Tia dengan Paan dan Apek tadi.
“Dah tu kau nak aku buat apa?”
“Act normal. Buat
macam takde apa-apa. Just kawan. Macam
kau dengan aku.”
“Hmm.” Gumam Rex. Habis sebatang rokok dihisap. Sebatang lagi
rokok dikeluarkan dari kotak. Bila otak serabut macam ni, satu kotak rokok pun
dia boleh habiskan dalam tempoh tak sampai 2 jam. Ah, kata nak berhenti
merokok!
“Dahlah beb. Jangan fikir. Jumpa kat sekolah esok.” Sam
dah malas nak mengasak fikiran kawannya itu. Biarlah dia fikir sendiri.
Perasaan dia, bukan perasaan aku. Pandai-pandailah dia handle semua tu.
“Thanks.”
“Kawankan?”
Rex senyum. Yup, kawan!
“Oh, lupa nak cakap. Darina text aku.” Kedengaran keluhan berat keluar dari mulut Sam. Rex gelak
mendengarkan nama itu. Darina…Darina.
“Dia nak apa?” Rex menyoal ingin tahu.
“Dia nak jumpa aku.”
“Jumpa jelah.”
“Teman aku esok. Kang dia buat apa-apa kat aku naya je.”
Rex gelak besar. Dalam otak tengah membayangkan Darina
membuat sesuatu yang bukan-bukan pada Sam. Alahai, Sam! Rokok kedua sudah habis
disedut. Lega. “Okay. Jangan lupa belanja waktu rehat.” Rex mengingatkan.
“Kau ingat ke?”
“Ingatlah! Kau jangan nak mengelat.”
“Yelah yelah. Okay. Jumpa kat sekolah esok.”
“Hmm.”
“Eh, Rex.”
Rex tarik bantal. “Apa lagi?” Tak habis-habislah dia ni.
“Ada gaya macam perempuan punya luahan hati ke hati tak?”
“Dah! Pergi tidur sana.” Merepeklah dia ni.
Sam ketawa. Rex geleng kepala. Talian ditamatkan. Dia melangkah
ke jendela untuk menutupnya. Kemudian beralih pula ke suis di dinding. Lampu dimatikan.
Tubuh direbahkan di atas tilam empuknya. Dengan baju yang tak bertukar,
perlahan-lahan matanya dikatup. Melayari mimpi.
4 comments:
best..nak lagi..post la byk2 lgi..x sbr nk tngu nie
uh..
memang kelu la jadi nya..
admire kan..?
thx...sgt2 best...xsaba tggu bile la 2 org nie nk cintan-cintun...hu3
Dengan ini, saya mengumumkan *ehem ehem* saya dah sangap dengan REX !
;D
Post a Comment