PRAKATA :)

Rex dan Tia 11.

Monday, December 12, 2011

Rex dan Tia 10 (edited version)


            

Tia menutup buku di hadapannya lalu buku itu ditolak ke tepi. Jari-jarinya yang terasa lenguh dipatah-patahkan. Keletap keletup bunyinya. Habis sahaja rehat tadi, cikgu langsung tak masuk. Mungkin cikgu meeting kot sebab macam semua kelas je tak ada cikgu. Yelah, riuh-rendah sekolah itu dengan suara-suara pelajar yang datang dari pelbagai arah. Di koridor sekolah, beberapa pelajar duduk bertenggek. Ada yang mengusik beberapa pelajar perempuan yang lalu-lalang. Ada juga yang berlari macam kena kejar anjing.
           
School life. Benda normal. Tia menghela nafas panjang. Rambutnya yang diikat tocang kuda dikemaskan. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. 11.30. Sam sejak habis rehat tadi menghilang – entah pergi mana. Muka ceria je sewaktu dia keluar kelas tadi. Biarlah dia. Jumpa kawan dia kot.
            
Waktu itu juga telinganya menangkap bunyi kerusi ditarik dan dari ekor matanya dia perasan ada seseorang duduk di situ. Biarlah. Mungkin Azri. Tadi dia kata dia nak pergi kelas sebelah melepak. Dah puas lepaklah tu. Tia mengeluarkan buku teks Sejarah dari laci meja. Mengenangkan tahun itu dia bakal menduduki SPM, dia perlu mengulangkaji seawal mungkin. Yelah, abang-abangnya dah janji macam-macam jika dia mendapat keputusan cemerlang. Masa nilah nak demand bukan-bukan.
            
Tap! Tap! Hujung jari mengetuk meja Tia. Cuba mencuri perhatian. “Study?” Satu suara menyapa. Tia kerut dahi. Eh? Suara itu, macam kenal. Cepat-cepat dia angkat muka dari muka hadapan buku Sejarah ke arah suara yang menegur. EH?
           
Rex tarik senyum segaris. Tak seperti selalu. “Study?” Soalan yang sama ditanya kepada Tia. Tia angguk. Laju. Dia terkejut sebenarnya. Kenapa dia ada kat sini?
            
“Cari Sam? Dia keluar.” Wajah Rex dipandang lalu anak matanya dialihkan memandang kerusi kosong di sebelahnya. Kalau Sam yang dicari, dia memang tak ada kat sini. Entah menghilang ke mana. Dia tak ada pula cakap nak ke mana. Kalau dia bagi tahu at least, bolehlah jugak dia bagitahu kat Rex ni haa.
            
Geleng. “Aku datang cari kau.” Rex meletakkan kepalanya di atas meja beralaskan lengan memandang tepat wajah Tia yang berkerut. Pelik barangkali. Dia tahu Sam tiada di kelas. Kalau nak diikutkan dari dalam kelas dia boleh tahu Sam ada ke tidak. Dan dia tahu Sam ke mana. Dalam kelas tadi dia mendapat mesej dari Sam ‘aku takde kat kelas. Jumpa Darina sayang. Tapi, kalau kau nak jumpa Tia dia ada’. Begitulah mesej yang diterimanya. Sam memang mengada. Dah tak ada kerja sangat agaknya dia tu.
            
“Kenapa?”
           
Rex melarikan matanya dari terus memandang Tia. “Nak berborak. Mungkin.” Perlahan suaranya singgah di cuping telinga Tia. Mungkin? Rex, kau kenapa? Kenapa mesti ada mungkin kat hujung ayat tu? Dan mana datangnya keberanian untuk kau berjumpa dengan dia? Mana perginya rasa takut kau tu?
            
“Mungkin?”
            
Rex tunduk menekur permukaan meja Sam. “Kalau kau tak nak takpelah.” Tangan kanan mengurut-urut pangkal tengkuknya. Tak selesa. Dia jadi malu. Dia tak tahu macam mana nak pandang muka Tia. Mukanya dah berbahang. Panas! Dia mahu lari dari kelas itu, kembali ke kelasnya tapi apa yang dia dapat kalau dia buat macam tu?
            
I didn’t say that.” Tukas Tia laju. Aku tak cakap pun aku tak nak berborak dengan dia. Apasal buat spekulasi macam tu? Muka hadapan buku teks Sejarah di atas meja dipandang lama. Tembus “Aku tak cakap aku tak nak.” Perlahan suara Tia. Dia tak tau nak cakap apa sebenarnya. Otaknya terasa kosong tanpa mampu beroperasi. Bukannya tak mampu tapi seolah-olah macam tak nak beroperasi pun. Tia tarik nafas panjang – memenuhi ruang rongga di dada yang terasa sesak.
            
Jeda. Masing-masing kehilangan kata. Rex masih menekur permukaan meja Sam. Tia pula masih memandang muka hadapan buku teks itu. Otak memproses ayat tapi suara seolah-olah tak mahu keluar. Tersekat di celah kerongkong.
            
So.” Serentak Tia dan Rex bersuara. Masing-masing terkedu dan tak lama kemudian ketawa kecil meletus dari mulut mereka.    
            
“Kau cakap dulu.”      
            
Geleng. “Bagi perempuan cakap dulu.” Rex senyum. Tia jadi malu. Dia jarang dapat melihat Rex senyum. Lagipun, senyuman Rex kali ni nampak lebih natural. Tak macam selalu – macam dipaksa dan dibuat-buat. Macam senyuman yang dia nampak masa mereka sibuk berlawanan mata tempoh hari. Senyuman yang sama.
            
“Kenapa datang sini?”
            
“Bosan.” Pendek jawapan Rex.
            
“Tapi Sam takde.”
            
“Kau ada, kan?” Anak mata Rex tepat pada wajah Tia. Tenang. Wajah sama yang menemani tidurnya selama setahun lepas. Wajah yang sama menghiasi mejanya. Wajah yang sama ditenung selama setahun. Wajah yang sama juga yang selalu diharapkan bertemu dan dimiliki.
           
Tia gelak. “Aku bosan. Bukannya ada benda nak diborakkan pun.”
            
“Tak ada benda, kita buatlah ada benda.” Rex menyambut dengan nada bergurau. Tia sudah pun melentokkan kepalanya di atas meja juga beralaskan lengan. Kalau ada orang yang melihat mesti menyangka mereka sedang memadu kasih – konon manja dan mesra kalau begitu. Dan mungkin juga ada yang menyangka mereka tidur? Okay, mungkin itu adalah sangkaan paling bawah sekali.
            
So, nak borak pasal apa?”
            
“Kita start dengan introduction.”
           
“Contoh?”
            
Rex pandang luar kelas. Contoh eh? Nak cakap pasal apa? Aku pun tak terfikir nak cakap apa sebenarnya. Lagipun, dia masih tak selesa untuk bercakap berdua begitu dengan Tia. Mungkin dari luaran dia nampak macam biasa tapi dalam hati? Hanya dia dan DIA yang tahu macam mana.
           
“Kau ada berapa adik-beradik?”
           
“Tiga. Dua abang dan aku last.” Tia menyebak juntaian rambut yang menutupi dahinya ke belakang.  Oh, dua abang. Dua abang yang dijumpainya tempoh hari la kan? Zack dan Zafran right?
            
Those two yang aku jumpa tu?” Rex meminta kepastian. Tapi, rasanya memang mereka memperkenalkan diri sebagai abang Tia, kan? Hmm.
            
Angguk. “Yup. Dua orang mamat poyo yang kau jumpa tu.” Tia menambah. Rex ketawa. Dua mamat poyo, huh? Tia sengih kambing. Seronok dapat mengutuk abangnya yang berdua tu. Lagipun, memang hakikat yang diorang tu poyo. Poyo yang tegar!
            
“Kau? Berapa orang?”
            
“Aku? Lima orang. Sorang kakak, tiga orang adik. Dua perempuan sorang lelaki.” Rex menyandarkan tubuhnya ke belakang. Anak mata memandang bilah-bilah kipas yang sedang berpusing. Serentak wajah Alisya, Aisyah dan Izhar bermain di ruang mata. Adik-adik yang menjadi penyeri hidupnya selama 17 tahun ini.
            
“Angah la ni?”
            
Rex senyum. Tidak menjawab. Tia terpana. Dia senyum lagi. Senyuman yang bukan dibuat-buat. Senyuman tu, ikhlas. Tia rasa nak pergi lari capai microphone dan buat announcement biar satu sekolah ni dengar. Benda ajaib, okay! Selama seminggu lepas, Rex yang dikenalinya adalah orang yang paling stiff, kayu dan beku. Nak senyum pun macam payah je. Kalau senyum pun macam terpaksa.
         
So, angah. Adik-adik mesti manja, kan?”
            
“Adik-adik memang sangat manja.” Sengaja Rex menekankan perkataan adik-adik dan manja itu. Ditambah pula dengan nada hendak memerli. Tia mencebik. Ceh, nak kenakan aku la tu. “Tapi, diorang la penyeri hidup.” Rex menyambung perlahan. Seperti berbisik dengan diri sendiri. Tia sudah menukar posisi duduknya. Tangan kanan menongkat dagunya. Anak mata masih difokuskan pada seraut wajah Rex yang nampak redup.
            
“Kau sayang diorang ey?”
            
“Diorang harta karun.” Rex ketawa dengan ayatnya sendiri. Harta karun? Ya, diorang harta karun. Susah nak dijumpa dan dicari ganti. Kalau ada yang boleh mengganti pun, err…mungkin tak akan ada yang mampu mengganti. Dia ingat lagi ayat alongnya dulu. Adik-adik tu harta kita berdua yang memerlukan penjagaan rapi. Amanah untuk along dan angah. Angah kena sama-sama tolong along jaga harta dan amanah ni. Tiba-tiba dia jadi teringat pada alongnya itu. Apa khabar agaknya dia?
            
“Diorang tak kisah kau merokok?” Tia tekup mulut. Crap! Macam mana boleh terlepas ni? Sebenarnya dia tak sangka yan Rex merokok sebab kalau dilihat dari mata kasar, Rex memang tak ada gaya seorang perokok pun. Dia jadi terkejut bila dia dapat tau yang Rex ni perokok time malam Sam ajak dia lepak tu.
            
Rex perasan wajah Tia berubah. Serba-salah agaknya. Tapi, nak serba-salah kenapa? Rasanya dah lama sikapnya yang suka merokok tu ditegur. Tak makan hati pun. Rex menongkat dagu. “Diorang dah banyak kali suruh berhenti. Aku je yang degil.” Rex diam. Seolah-olah berfikir. Mencari ayat seterusnya. “Lagipun, aku tengah tunggu someone yang mampu buatkan aku berhenti merokok secara serius.”
            
Tia kerut dahi. Tunggu someone? Siapa? Apa maksud dia dengan someone? Kekasih hati ke? Dia ada kekasih hati?
            
Someone?”
            
Angguk. “Orang yang aku cherish.”
            
“Adik-adik kau bukan orang yang kau cherish?” Tia mula memprovokasi. Lagipun, dia tak faham sebenarnya. Dia tunggu someone yang mampu buatkan dia berhenti merokok. Then, dia cakap orang yang dia cherish. Bukan ke adik-adik dia tu dah cukup untuk buatkan dia berhenti merokok kalau dia fikirkan tentang orang sekeliling? Sepatutnyalah kan?
           
Good point. Tapi, entah. Aku tunggu gadis kot.”
           
“Gadis?”
            
“Yup. Gadis. Perempuan. Mungkin isteri?” Rex ketawa kecil. Isteri? Sesuai ke dalam usianya yang hanya 17 tahun nak berangan punya isteri? SPM pun tak habis lagi, bak kata umi. Lagipun, kalau ada isteri dalam usia sekarang nak bagi isteri tu makan apa? Kalaulah segala doa-doanya sebelum ini dimakbulkan dan Tia di hadapannya tu bakal menjadi isteri, nak bagi Tia tu makan apa? Takkan nak dilambakkan dengan pasir dan batu?
            
Tia mengetuk permukaan meja dengan hujung jarinya. “Kenapa nak kena tunggu selama tu nak berhenti merokok?”
            
Jungkit bahu. “Entah. I’ve tried to stop countless times. Tapi semuanya gagal. Aku pernah kurangkan tapi bila aku stress berkotak-kotak aku habiskan. Macam qada’ tempoh yang aku tak dapat merokok tu.” Rex meluahkan. Bukannya dia tak pernah cuba untuk berhenti tapi dah banyak kali sampai tak terkira berapa kali cubaannya itu. Semuanya tak pernah menjadi. Paling lama dia tak merokok adalah dua minggu dan selepas itu, mulalah berkotak-kotak dia habiskan semata-mata nak ganti balik tempoh dua minggu yang tak merokok tu.
           
“Sekarang? Tak pernah cuba berhenti lagi ke?”
            
“Pernah jugak. Tapi, buat masa ni aku kurangkan merokok. Untuk berhenti mungkin ambik masa.”
           
At least kau mencuba.”
            
Diam. Masing-masing kehilangan ayat. Tak tahu nak cakap apa lagi. Tia menukar lagi posisi duduknya dari menongkat dagu, dia duduk tegak di atas kerusi. Kedua-dua belah tangannya bertaut dan diletakkan di atas muka hadapan buku teks Sejarah. Sesekali ekor matanya menangkap setiap gerak-geri Rex. Dia nampak tak selesa.
            
“Err, Rex.”
            
“Hmm?”
           
“Disebabkan kau budak kelas elit, ajar aku boleh?” Tia telan air liur. Apalah yang susah sangat entah nak bercakap sekarang? Bukannya dia nak baham kau ke apa.
            
“Ajar apa?”
           
“Fizik?”
           
“Aku pun bukannya pandai sangat tapi okay je.”
            
Tia senyum. Laju tangannya menyimpan buku teks Sejarah dan mengeluarkan pula buku teks Fizik dari laci meja. Tanpa menunggu lama, tangannya terus membuka buku tersebut dan mencari topik yang tidak difahaminya. Rex statik di tempatnya, memandang setiap tingkah laku Tia. Jantungnya berdetak. Dia comel. Gadis dalam gambar yang dulunya menjadi mimpi kini berada di depan mata. Siapa kata ianya mustahil?
            
Tia mengunjukkan buku teks itu di hadapan Rex. “Ajar aku ni. Boleh?”
           
Rex menjatuhkan pandangannya pada buku teks yang terbuku di hadapannya. Hmm. Anak mata mula meneliti muka surat tersebut. Oh. Kepala diangkat menghadap Tia. Kepalanya dianggukkan. Tia senyum.
            
“Ajar sampai faham tau?”
            
“Okay. Bak kertas dengan pensel.”
           
Kertas dan pensel dihulurkan kepada Rex. Rex mengambil kertas dan pensel itu. Tangannya mula bergerak menulis sesuatu di atas kertas. Tia menongkat dagu dengan anak matanya pada kertas yang mulanya kosong sudah pun penuh dengan tulisan Rex. Tak berkelip anak mata Tia memandang. Rex melirik mencari wajah Tia yang sedang menongkat dagu. Benarlah apa orang kata, biar pun seseorang itu tak cantik di mata orang lain, kalau dah cantik di mata sendiri, orang yang lebih cantik pun dah tak nampak.
            
“Ehem.” Tia dan Rex tersentak. Masing-masing kelam-kabut tak menentu. Muka Rex dah berubah merah. Entah kenapa, dia tak tau. Dia seperti dapat merasakan dirinya tertangkap memandang Tia secara curi-curi tadi. Tak beberapa lama kemudian, telinga mereka menangkap suara seseorang sedang ketawa. Serentak mereka mencari empunya suara. SAM!
            
“Hoi, seronok berdating?”
            
Tia menundukkan mukanya memandang permukaan meja. Sam menarik kerusinya lalu punggungnya dilabuhkan. “Rex ada buat bukan-bukan kat kau tak?” Sam sengaja nak mengusik. Refleks Rex menendang kaki Sam dengan hujung kaki. Sam menyeringai. Eh, apa main tendang-tendang ni oi? “Sakit la ngok!” Sam tak puas hati. Kot ye pun segan tak payah nak main tendang kaki aku la.
            
“Aku balik kelas dulu la.”
            
“E’eleh, lepaklah. Tak nak jumpa aku ke?” Rex dah angkat punggung. Tak sanggup nak berlama-lama di situ sebab dia tahu makin lama dia kat situ makin seronok Sam menyakatnya. Kesian Tia yang tak tahu apa-apa tu terlibat sama. Sorry, Tia.
            
Rex buat muka bosan. “Bosanlah tengok muka kau.” Selamba Rex menutur ayat. Haha. Bosan? Sikitlah kot. Yelah, kalau dah pergi mana-mana asyik dengan Sam ni je, bosan jugak. Sam mencebik. Poodahhh! Bosan konon. “Lagipun, bukannya kau tak jumpa aku lepas ni.” Rex menjeling Tia di sebelah yang masih tak angkat muka.
           
“Kau tu bosan-bosan pun carik aku.”
            
Rex tak membalas. Malas nak lawan cakap dengan Sam sebab dia tahu setiap kata-katanya pasti dengan mudahnya dipatahkan oleh Sam. Jangan tak tahu kalau Sam ni pernah jadi juara debat tahun lepas. Dia join pun lepas dipaksa oleh ahli kelasnya. Kalau tak, jangan haraplah Sam ni nak masuk apa-apa pertandingan.
           
Rex pandang kertas yang sudah penuh dengan segala formula dan nota di atas meja Sam. Sam angkat kening. Rex menolak kertas itu dekat dengan Tia dengan hujung jari telunjuk. “Ni ada nota dengan formula. Tak tau la boleh tolong ke tak tapi harapnya bolehlah.” Rex sudah pun berdiri. Pensel di tangannya diletakkan bersebelahan dengan kertas itu.
            
Tia angkat muka. Memandang tepat anak mata Rex yang berwarna coklat. “Thanks.” Senyum. Dia tenggelam dalam renungan anak mata itu. Baru hari ni dia sedar Rex memiliki sepasang anak mata yang cantik. Brown color. Sam berdehem. Cepat-cepat Tia melarikan pandangannya ke arah lain.
           
Rex garu kepala. “Aku chow dulu.”
           
“Hati-hati jalan. Jangan langgar dinding.”
            
Rex ketuk kepala Sam. Mengarut! Sam gelak tak putus-putus. Seronok dapat mengusik Rex. Nasib kaulah Tia tak faham apa-apa. Maaf jugaklah sebab mengusik tanpa kau tahu sebab dan musababnya. Rex mengatur langkah dan menghilang di balik pintu.

6 comments:

ai chika_chan said...

wah ade p'kembangan baru..rex dah x malu..hahha..

pitak nk lgi...n thx 4 this nice en3 :D

arifuka kashirin said...

cpt2 smbg..best..tak sabo nak baca next entry

MaY_LiN said...

huhu..
makin mesra nampak..

Anonymous said...

assalamualaikum, nama saya nur, saya nak minta maaf dekat writer sebab saya pernah copy your story in this blog, tapi saya tak publish kat mana2 pun, i just did for my own sake, saya copy masuk kat m.word and baca your story, really i am so sorry. i regret for what i did, saya merayu tolong maafkan saya, kalau writer nak saya akan delete your story yang saya copy but please forgive me, saya rasa bersalah sangat2. but don't worry saya tak publish pun your karya kat mana2 tempat. again please forgive me..

Pitak said...

salam.
erm, saya tak tau nak taip apa tapi kalau awak copy with an intention to read it saya halalkan. mungkin susah untuk baca kat blog so you decide to copy it dalam word. it's okay (: thanks sebab bagitahu.

Anonymous said...

terima kasih sangat-sangat sbb maafkan saya.. sangat menghargainya.. hehe thanks again.. may allah bless you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers