“SURPRISE!!!” Serentak suara mereka
bertiga berteriak sebaik sahaja pintu kayu rumah mereka dikuak dari luar. Tak
berkelip mata Puan Salina dan Encik Mursyid melihat anak-anak mereka yang
sedang berdiri tegak di hadapan mereka dengan senyuman di bibir. Hilang terus
rasa penat yang bermaharajalela sebentar tadi. Yelah, mana tak penat kalau dah
berjam-jam dalam kapal terbang tu? Kemudian, mata mereka beralih pula melihat
keadaan rumah yang sudah dihias cantik. Bagasi-bagasi ditangan diletakkan di
atas lantai.
Tia
mencapai tangan Puan Salina, disalami lalu dikucup lembut. Perkara yang sama
dilakukan Zack dan Zafran. Kemudian, beralih pula kepada Encik Mursyid. “Welcome home.” Tia merangkul tubuh Encik
Mursyid mesra. Kehangatan Encik Mursyid terasa menular ke seluruh sistem
sarafnya. Aaa, bau daddy! Rindunya. Encik Mursyid mengusap lembut ubun-ubun Tia
lalu dikucup penuh kasih.
Zack
dan Zafran mengambil bagasi-bagasi dilantai lalu dibawa ke tengah ruang tamu.
Diletakkan di situ sebelum mereka sama-sama melangkah menuju ke meja makan yang
terletak di antara ruang tamu dan dapur mereka.
“So, anak-anak daddy sihat?” Soal Encik
Mursyid sambil mengatur langkah menuju ke meja makan yang sudah terhidang
pelbagai makanan. Tia masih memeluk tubuh daddynya. Mummy hanya mampu geleng
kepala. Dah faham sangat dengan perangai manja anak perempuannya itu. Dari
kecik sampai ke besar tak hilang-hilang perangai manjanya itu.
“Sihat,
daddy. How’s the vacation?” Zafran
menjawab sambil menarik kerusi di meja makan itu. Punggungnya dilabuhkan. Zack
di sebelah sudah pun duduk sambil menongkat dagu. Memandang makanan yang
terhidang di hadapannya. Zack ni pantang nampak makanan. Nak harapkan dia
masak, tak payahlah. Daripada elok memasak, habis licin terus makanan yang ada
tu nanti. Tia pula sudah mengambil tempat duduknya bersebelahan dengan mummy.
Encik
Mursyid sengih. “Tanya mummy. Dia yang bervacation
bukannya daddy.” Dia menjeling sisi wajah isterinya yang sudah menarik kerusi
berhadapan Zafran. Nada suaranya mahu mengusik isterinya itu. Puan Salina
buat-buat tak dengar. Malas nak melayan usikan suaminya yang tak sudah itu.
Nanti, dia juga yang terkena balik.
Tia
membetulkan rambutnya. “Ada souvenirs
untuk Meen tak?” Tia pandang wajah daddy berselang-seli dengan wajah mummy.
Penuh berharap mukanya ketika itu. Encik Mursyid hampir-hampir menghamburkan
tawanya melihatkan riak wajah anak perempuannya itu.
“Daddy
tak sure ada ke tak.” Sengaja Encik
Mursyid membalas begitu. Dia mahu melihat reaksi macam mana yang bakal
ditunjukkan anak daranya itu.
Terbeliak
biji matanya mendengarkan jawapan balas Encik Mursyid. Terus dia menarik
muncung itik. “Daddy lupa ke anak-anak daddy sampai tak beli apa-apa?” Lirih
nada suara Tia. Dia menundukkan wajahnya menekur pinggan kosong di hadapan. Tak
berapa lama kemudian, telinganya menangkap suara daddy yang sedang galak
ketawa. Tia angkat muka memandang tepat wajah Encik Mursyid yang sudah merona
merah.
“Daddy
ni…ketawa pulak. Meen sedih ni.” Tia mencebik sambil berpeluk tubuh. Zafran dan
Zack hanya menggelengkan kepala. Manja tak sudah. Puan Salina menepuk bahu
Encik Mursyid.
“Janganlah
sakat dia lagi. Buruk dah muka anak awak tu.”
Encik
Mursyid mengesat matanya yang berair dengan jari telunjuk. “Sorry, sayang.
Souvenirs ada dalam beg besar tu.” Bibirnya dijuihkan ke arah bagasi besar di
ruang tamu. Bersinar-sinar mata Tia mendengarkan ayat Encik Mursyid. Yay!
“I love you, daddy.”
Encik
Mursyid senyum. Macam-macam. “Haa, ni siapa yang masak?” Encik Mursyid
memanjangkan leher melihat makanan yang terhidang di atas meja. Ada spaghetti,
lasagna, tomyam campur dengan kalian ikan masin. Dah macam kat restoran
gamaknya.
Tia
dan Zack berpandangan sesame sendiri. Masing-masing melirik senyuman segaris.
Mereka berdehem. “Our professional chef,
Daniel Zafran.” Serentak Tia dan Zack menyahut. Zafran mengerdipkan matanya
beberapa kali dengan senyuman bongkak terlakar di bibir. Daddy dengan mummy
menghamburkan tawa. Geli hati dengan telatah anak-anak mereka.
“Meen
dan Zack pun tolong jugak.” Zafran menambah. Sengaja ayat itu dituturkan. Tak
naklah ambil all the credit sorang
diri. Humble la kononnya. Zack dengan
Tia mencebik. Poodahhh!
Encik
Mursyid senyum. Tangan mula mencapai spaghetti dan lasagna. Sudu dan garfu
ditepi pinggan dipegang dan tangan mula menjalankan tugas. Perlahan-lahan garfu
itu dibawa ke dalam mulut. Zafran menunggu reaksi dan jawapan Encik Mursyid
dengan penuh debaran. Bukannya dia tak yakin dengan masakannya tapi dia jadi
takut bila daddy macam tak nak cakap apa-apa pun. Tak sedap ke?
Encik Mursyid angkat muka dari pinggan
memandang wajah Zafran yang tampak risau. Dia mengesat mulutnya dengan tisu.
Diam. Zafran telan air liur. “Well…”
Encik Mursyid tidak menghabiskan ayatnya. Anak mata kembali dialihkan dari
wajah Zafran ke pinggan di hadapannya. “Sedap.” Sepatah perkataan yang meluncur
keluar dari celah bibir Encik Mursyid. Hampir-hampir Zafran mati dek sesak
nafas menunggu jawapan dari daddynya.
“Daddy
saja je kan?” Gumam Zafran separuh tak puas hati. Tapi dalam hati dia lega
sebab daddy dah puji sedap. Ingat senang ke nak dapat pujian daripada daddy?
Rasa terjerut jugaklah lehernya dalam nak menunggu ayat yang bakal keluar dari
mulut Encik Abdullah Mursyid itu.
“Daddy
saja nak test. Zaf kan memang professional chef dalam rumah ni cuma
tak boleh nak beat mummy la.” Encik
Mursyid mengenyitkan matanya. Puan Salina tersenyum malu. Merona merah wajah
Puan Salina dibuatnya. Tia dan Zack dah berdehem-dehem. Mengusik.
“So, Meen. Sekolah macam mana?” Encik
Mursyid beralih pula dari Zafran ke Tia. Tia terkedu. Eh? Apasal tiba-tiba aku
pulak jadi topik ni?
Tia
menggaru-garu kepalanya. “Sekolah okay je.” Tia sengh. Yup, sekolah okay je. Selama
seminggu ni dia dah berjaya buat dua orang kawan – Sam dan Rex. Okay, Rex tu
boleh dikira sebagai kawan jugak ke? Bolehlah kot memandangkan mereka berdua
pun dah tak kekok, kayu, beku macam waktu mula-mula jumpa dulu, kan? Kalau dah
boleh nak borak-borak tanpa rasa janggal tu boleh dianggap kawanlah, kan? Kan?
“Dah
ada kawan?”
Angguk.
“Ada.” Zafran dan Zack buat-buat batuk. Sengaja. Tia ketap bibir. Dah mulalah
tu datang gila nak menyakat. Tia menjeling tajam kedua-dua abangnya. Jangan nak
mengada bukak cerita yang bukan-bukan depan daddy dengan mummy. Tak pasal-pasal
ada esok jadi tajuk utama surat khabar ‘Seorang Adik Mencampak Abang-abangnya
ke dalam Longkang’. Tolonglah jangan nak cari penyakit.
“Yang
kamu berdua kenapa? Sakit?” Puan Salina menegur dengan dahi berkerut. Laju Zack
dan Zafran menggelengkan kepalanya. “Taklah, mummy. Tekak tiba-tiba sakit.” Senyuman
tersungging di bibir Zack. Sinis. Zafran tahan gelak. Tia di hadapannya hanya
mampu menggenggam buku lima di bawah meja. Amboi, seronoknya korang!
“Kawan-kawan
okay?”
“Okay
je.”
Sekali
lagi Zack dan Zafran pura-pura batuk. Tia dah rasa nak baling pinggan dengan
cawan yang sempat dicapai ke muka abang-abangnya itu. Mengada sangat kenapa ni?
Daddy dan mummy saling berpandangan. Muka curious.
“Ada
apa-apa yang mummy dengan daddy terlepas ke?”
“Takde
takde!” Laju Tia menidakkan. Tegas. Jangan bagi peluang kat diorang berdua ni
nak cakap apa-apa. No! Never! Zack
dan Zafran sengih dah serupa kambing. Tia malas nak ambil peduli. Makin dilayan,
makin menjadi-jadi diorang ni.
“Sure?”
“100% sure!” Tia sedaya upaya tidak mahu
membangkitkan sebarang cerita tentang Rex dan Sam. Sebab kalau cerita tu keluar
dari mulut abang-abangnya dia tak tahu apa yang bakal dimanipulasikan oleh
mereka. Bukannya dia tak tahu yang kedua-dua abangnya tu sangat pandai
memanipulasi cerita. Cerita yang tak wujud pun diorang boleh wujud dan adakan
cerita tu.
“Okay.
Dah, jom makan.”
Keadaan di meja makan itu kembali sunyi. Tia menarik nafas lega. Nasib baik! Tia memandang tajam wajah Zack dan Zafran yang tampak seronok dapat mempermainkannya. Lagi-lagi abang Zack. Kejam!
3 comments:
waaaaaaahhh..
kejam sungguh abang3 tia ni..
pendeknyer kali ni ?
takpe , teruskan ;)
best laa , teruskan . tak sabar tunggu next entry .
*Ain
Post a Comment