PRAKATA :)

Rex dan Tia 11.

Tuesday, December 6, 2011

Rex dan Tia 2 (edited version)




Tia memandang blok-blok yang tersergam di hadapannya. Hampir berpinar matanya. Gila! Mana aku nak carik pejabat? Dahlah satu manusia pun aku tak nampak kat sini. Tia menggaru kepalanya yang tak gatal. Masak…masak…Okay, Tia. Chill. Takat nak carik pejabat kacang putih je. Malaysia boleh, Tia boleh! Yeah. Tia melangkahkan kakinya – memulakan misi mencari pejabat sekolah yang entah kat ceruk mana letaknya.


Sesekali anak matanya memandang jam di pergelangan tangan. 7.30 pagi. Mak aih, semangat betul aku pergi mendaftar di awal pagi. Kalau tak sebab abang Zack kena pergi Petaling Jaya, jangan harap aku nak terpacak kat sekolah semata-mata nak mendaftar awal pagi macam ni. Tia mengomel di dalam hati. Langkah kaki masih diatur mencari pejabat sekolah. Anak mata memerhati setiap papan tanda yang tergantung di setiap lorong, kaki lima dan blok yang dilaluinya. Oi, mana pejabat sekolahnya? Nak suruh aku tawaf satu sekolah ke? Tia mengomel lagi. Mulut dah memuncung-muncung jadinya. Kalau orang tengok memang terus reject nak buat awek.
            
Tia garu kepala yang tak gatal. Macam mana aku nak carik pejabat sekolah kalau arah pejabat sekolah pun aku tak tahu? Agak-agak kalau aku panggil Doraemon ada gaya macam logik tak dikala aku memerlukan pertolongan seseorang untuk membawa aku ke arah yang sebenar-benarnya? Dan benda pelik sejak aku melangkah masuk ke kawasan sekolah ini adalah…hmm…mungkin firasat aku je. Entahlah. Sebab dari tadi macam tak nampak seorang perempuan pun. Mungkinkah budak perempuan terlalu malu sampai diorang tak nak tunjuk muka? Oh, sungguhlah merepek!
            
Okay, Tia! Time to find the office. Tia mula melangkah. Anak mata melilau mencari papan tanda yang mampu membawanya ke pejabat sekolah. Sesekali tangannya membetulkan lipatan pada lengan baju kurungnya. Rambutnya yang diikat tocang kuda beralun mengikut gerak langkahnya. Tia mengerutkan dahinya. Aku kat sekolah mana ni? Betul ke sekolah ni ke aku salah masuk sekolah ni?
            
Dalam pada dia sibuk mencari papan tanda menunjukkan arah ke pejabat bahunya dilanggar dari arah kanan. Hampir-hampir dia jatuh menyembah bumi tetapi nasib baik dia sempat mengimbangi tubuhnya. Tia terus mencari makhluk Allah yang bijak dan baik hati melanggarnya itu. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari macam dikejar dek hantu dan dibelakangnya diikuti oleh seorang lagi lelaki – turut sama berlari. Tetapi entah kenapa lelaki yang dibelakang itu berhenti dan berpaling memandangnya. Tia angkat kening. Ada apa-apa yang tak kena ke? Ke aku ada buat salah?
            
“Awak, sorry. Kawan saya tak sengaja langgar awak.”
            
Tia pandang kiri dan kanan. Takde orang pun. Takkan dia cakap dengan dinding?Takkan dia cakap dengan aku, kan? Ke dia memang cakap dengan aku? Tia pandang lelaki yang sedang tersenyum manis memandangnya. Tia menuding jari kepada dirinya dengan muka ragu-ragu. Lelaki itu gelak serentak menganggukkan kepalanya.
            
“Saya cakap dengan awaklah. Sorry tau. Kitorang nak cepat ni.” Lelaki itu angkat tangan kanan.
            
“Sam! Larilah gila. Tak payah nak jual minyak.” Jerit kawan kepada Sam yang sudah pun berhenti dari berlari macam kena kejar hantu tadi. Oh, nama dia Sam. Sam memandang tepat wajah Tia dengan pandangan tak puas hati. Tia kerut dahi. Aku buat salah apa? Ke aku yang patut mintak maaf sebenarnya ni? Confuse sekejap.
            
“Ngok! Kau dah langgar awek sikit punya cantik mintak maaf la gila.” Sam membalas. Senyuman masih dilemparkan buat Tia. Tia hanya senyum – sekadar membalas senyuman yang diberikan. Cantik? Wah, terus dipuji cantik tau! Jangan main-main. Tia dah kembang kuncup. Tak pernah-pernah ada yang memujinya cantik. First time okay. Senyuman makin lebar dilemparkannya. Yelah, nanti cakap dia sombong pulak. Tak naklah rosakkan imej di hari pertama sekolahkan? Ni bukan sebab dia puji tau. Takde kaitan.
            
“Esok-esoklah. ‘Anchor’ tu lagi penting. Soal hidup dan mati.” Balas si kawan tak nak mengalah. Macam besar sangat je masalah mereka sampai masuk soal hidup dan mati. Nak kena hukuman gantung ke?
            
“Kau pun satu, yang pergi buat misi gores dan menang kat kereta dia siapa suruh? Dah kantoi sibuklah nak lari bagai.” Sam membebel macam mak nenek sambik memandang kawannya yang masih lagi setia menunggu Sam untuk menyambung larian mereka yang tertangguh dek perlanggaran tak disengajakan tadi. Tia jadi serba salah tiba-tiba.
            
“Eh, korang sambunglah lari. Saya okay.”
            
“Haa…kau tengok. Awek cantik ni suruh sambung lari. Hahaha.” Sam gelak meriah. Kelakar! Tia turut sama gelak. Rex mendengus. Mahu sahaja kasut dikakinya dicabut dan dibaling ke kepala kawannya itu. Kalau dah peramah tu, semua orang nak ditegur. Dalam misi cemas dan mendebarkan ni pun sempat-sempat nak beramah-mesra.
            
“Kau nak jual minyak berapa lama lagi?”
            
“Kau cabut dulu. Aku follow nanti.”
            
“Aku tak nak korbankan kawan. Cepatlah gila!” Jerit kawan si Sam lagi.
            
“Haa..okay okay.”
            
Sam pandang Tia. Tia angkat kening. Ada apa lagi?
            
“Nama saya Sam. Tu kawan saya, Rex. Bila-bila kita jumpa lagi eh? Bye. Kitorang ada misi. Misi menyelamatkan diri.” Sempat Sam memperkenalkan dirinya dan kawannya itu. Tia tarik senyum segaris dan mengangguk.
            
“Okay, selamat untuk awak berdualah eh?”
            
“Doakan kitorang tak mati dalam pertempuran!” Sam menjerit sambil langkah kakinya dibuka selaju mungkin hendak menyaingi langkah kaki Rex. Tia gelak.
            
I will.” Tia turut sama menjerit. Anak matanya menyoroti langkah dua lelaki yang baru ditemuinya – Sam dan Rex. Dan pada dia ralit memerhati dia perasan, Rex berpaling ke belakang buat 2-3 saat – memandangnya dengan pandangan tajam. Tia telan air liur. Aku buat salah apa?


TIA melangkah beriringan dengan Cik Aznida  yang bakal menjadi guru kelasnya beberapa minit dari sekarang. Entah kenapa jantungnya tak berhenti-henti berdegup. Dah macam nak luruh jantungnya jadinya. Takut? Takkanlah. Bukannya kali pertama dia berpindah sekolah macam ni. Dah berkali-kali sampai dah bosan dengan hidupnya yang asyik berpindah sekolah.
            
“Okay, kita dah sampai depan kelas.” Tia pandang atas muka pintu – melihat papan tanda yang terlekat di atas pintu kelas itu. 5 Waja. Amboi, memang bersemangat waja aku lepas ni. Tia gelak dalam hati.
            
“Masuk sekali dengan saya.” Arah Cik Aznida dengan senyuman. Tia hanya menganggukkan kepalanya. Takkan nak bantah pulak? Dia cikgu weh. Lagipun, baru first day takkan dah nak buat perangai. Tak ingat pesan abang Zack yang panjang berjela boleh buat karangan tu? Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam kelas itu. Tia berjalan beriringan dengan Cik Aznida – langsung tak pandang kiri kanan. Entah kenapa, dia ada firasat yang sangat kuat dia akan bertemu dengan lelaki yang ditemui secara tidak sengaja tadi. Rex dan Sam kan?
           
“Okay, kelas. Hari ni kita ada classmate baru. Tia, kenalkan diri.”
            
Tia senyum antara jadi dengan tak. Kekok tiba-tiba. Dia terus berdiri di depan kelas. Nafas ditarik dalam-dalam. Kepalanya diangkat memandang setiap inci kelas sebelum anak matanya menangkap wajah yang dikenalinya. Err…Sam?
            
Sam semangat melambai-lambaikan tangannya ke arah Tia. Wajah Tia sudah pun berubah merah dengan reaksi Sam. Weh, tak payah nak over sangatlah! Malu la siot. Tia terus melarikan pandangannya dari memandang Sam.
            
“Nama saya Tia Ameena binti Abdullah Mursyid. Saya tinggal kat Kajang. Saya anak bongsu dari tiga adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan.” Tia menghela nafas. Lega. Cik Aznida mengangguk.
            
“Awak boleh duduk sebelah Sam. Sam, tempat sebelah tu kosongkan?”
            
“Kosong cikgu! Memang untuk cik Tia ni.”
            
“Woi, tak payah nak flirty sangatlah.” Satu suara dari hujung kelas melaung. Perempuan. Sam sengih.
            
“Cikgu, cikgu tak patut bagi Tia duduk sebelah Sam. Jadi apa-apa bahaya.” Sahut satu suara lagi. Juga perempuan.
            
Dan bermulalah sesi sahut-menyahut bahan-membahan di dalam kelas itu. Semuanya sebab Sam. Sam tu memang pemeriah suasana kelas ke? Tia hanya memerhati. Cik Aznida pun turut sama membahan. Apakah? Beberapa ketika, suasana kembali tenang dan reda. Tia masih juga berdiri statik di tempatnya. Tak berganjak.
            
“Tia, awak bolehlah duduk kat tempat awak.” Tia menganggukkan kepalanya dan terus mengatur langkah menuju ke barisan belakang – tempat duduknya yang bersebelahan dengan Sam. Sam menanti dengan senyuman manis. Tia tarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya. Sam tongkat dagu memandang Tia.
            
“Hai. Jumpa lagi. Tak sangka sekelas kan?”
            
“Err…hai. Tak sangka secepat ni.”
            
“Kita berjodoh tak?”
            
“Sam, tak payah nak jual minyak.” Suara di hadapan mereka menyampuk dengan gelak cover. Takut didengari cik Aznida yang comel lote tu. Sam menendang kerusi si penyampuk tadi.
            
Sorry. Mamat menyampuk ni namanya Azri. Tapi, jangan layan dia sangat sebab mereng.”
            
“Yang mereng tu kau, Sam.”
            
Dan sekali lagi kerusi Azri menjadi tendangan kaki Sam. Azri gelak cover. Tia tekup mulut menahan gelak. Kelakar!
            
So, saya Sam. Nama penuh Syahir Azam bin Musa. Pendek jadi Sam.”
            
“Tia Ameena. Panggil je Tia.”
            
“Oh, pasal pagi tadi. Sorry tau. Rex tu memang macam tu. Orang dah buat salah memang kalut sentiasa.”
            
“Oh. Dia tak sekelas dengan awak?”
            
“Dia budak pandai. Mana duduk kelas ni. Dia kelas Inspirasi. Memang berinspirasi sentiasa. Tu kelas elit untuk bebudak pandai macam dia tu. Kelas dia kat bangunan belah sana, tingkat dua. Kalau awak ke depan sikit boleh nampak dia sebab dia duduk tepi tingkap. Kitorang memang selalu berkomunikasi macam ni.” Panjang lebar Sam menerangkan. Tia tekun mendengar setiap butir bicara ayat Sam. Langsung tak menyampuk. Anak matanya dilirikkan mencari bangunan yang dimaksudkan. Oh, bangunan tu ke?
            
“Apa yang korang buat sampai lari macam tak cukup tanah tadi?” soal Tia sambil tangannya mengeluarkan pensel case dan buku dari beg sekolah.
            
“Kitorang buat pertandingan gores dan menang kat kereta cikgu disiplin. Bebudak sekolah ni panggil dia ‘Anchor’.”
            
What? Gores dan menang? Kereta guru disiplin? Amboi, kemain diorang ni. Adakah diorang ni boleh dibuat geng bermasalah? Macam best je nak dibuat member.
            
“Tu yang lari? Kantoi la ni?”
            
Sam gelak cover. Tia faham sendiri. Memang sahlah kantoi. Kalau tak kantoi, masakan lari macam kena kejar hantu tadi? Kalau kena cekup mau kena tindakan tatatertib tak pun gantung sekolah. Memang menarik.
            
“Kita sambung borak kejap lagi sebab cik Aznida dah sepuluh kali jugak pandang kita ni.” Sam terus buat-buat focus memandang papan putih di hadapan. Tia hanya menarik senyuman segaris. Saya dah buat kawan baru! Tapi, entah kenapa dia tertarik dengan Rex lelaki yang memandangnya macam ada hutang antara mereka. Rex huh? I wonder…


KRINGG! Loceng rehat berbunyi. Tia meregangkan segala otot-ototnya yang terasa kejang dek terlalu lama duduk statik memandang papan putih. Sam di sebelahnya sudah selamat lesap entah ke mana. Bukan main laju dia hilang. Lapar sangat agaknya? Tia mengeluarkan botol air dari begnya dan diteguk perlahan-lahan. Dia takde mood nak makan sebenarnya. Lagipun, dia menunggu habuan lebih besar sebaik sahaja dia balik nanti. Secret Recipe! Apalah agaknya abang-abang aku tu tengah buat sekarang ni? Dalam pada dia sibuk mengingati abang-abangnya itu, bahunya dicuti. Tia berpaling ke kanan. Wajah Sam menyapa pandangannya. Ceh! Dia ni ke?
            
“Tak makan?” Sam menyoal.
            
Geleng. “Kenyang.” Tipu. Tapi, memang dia tak lapar pun cuma kenyang tu taklah. Tapi, tak kisahlah kan? Bukannya dia tau pun.
            
“Pergi mana tadi?”
            
“Jemput putera raja.”
            
“Putera raja?”
            
“Haah. Tu…dah sampai pun.” Tia mengalihkan pandangannya dari Sam ke muka pintu dan tika itu pandangannya dan Rex bertembung buat lima saat. Dan cepat-cepat masing-masing melarikan pandangan ke arah lain. Rex melangkah menghampiri meja Sam – yang kebetulan bersebelahan dengan meja Tia. Haa…eloklah tu. Rex menarik kerusi Azri dan dipusingkan ke belakang, menghadap Sam. Sam membuka bungkusna roti di hadapannya.
            
“Eh, Rex. Kau ingat tak awek cantik yang kau langgar tadi? Ni haa…dia sekelas dengan aku weh! Nama dia Tia. Tia, ni Rex. Nama penuh Farish Ikhwan.” Bersemangat Sam memperkenalkan mereka berdua. Rex hanya angguk. Tia juga. Tak bersuara walau sepatah. Macam ada emas dalam mulut.
            
“E’eleh. Kau tak payah nak bajet macho la. Cakaplah hai ke apa.”
            
“Bisinglah kau ni. Bak roti.” Terus tangannya menyambar roti di tangan Sam dan menggigit roti itu. Roti itu dihulurkan semula kepada Sam. Sam menyambutnya dan terus menggigit roti itu.
            
“Kalau awak nak tau, kitorang kawan dari kecik.” Sam dah mula buka sejarah hidup mereka berdua. Rex sepak kaki Sam. Sam menyeringai. Pedih!
            
“Perlu ke nak buka semua cerita?”
            
“Tak payahlah marah.”
            
Tia hanya memandang dua kawan di hadapannya. Tapi, entah kenapa dia macam hendak terus memandang Rex. Macam ada aura penarik pada lelaki itu. Dia jatuh suka kat lelaki tu ke? Eh, takkanlah. Agak-agaklah pun nak suka kat mamat ni kan?
            
“Haa…si Rex ni ramai gila peminat cuma dia ni je jual mahal. Tapi, awak jangan risau. Dia jenis setia.” Sam gelak meriah. Seronok! Rex buat-buat pekak. Malas nak melayan kawannya tu.
            
“Err, Rex.” Satu suara menegur dari arah belakang. Tiga pasang mata memandang si empunya suara. Perempuan. Tia angkat kening. Siapakah?
            
“Hmm?”
            
“Nak pinjam notes Sejarah boleh?”
            
Angguk. “Nanti ambik kat Sam.” Datar. Beku. Macam orang takde perasaan. Rex ni orang ke robot? Gila stiff! Macam manalah diorang berdua ni boleh berkawan? Sorang peramah kemain. Yang sorang stiff macam kayu. Oh, mungkin batu. Err…konkrit?
            
Thanks.” Tersenyum lebar si cik adik tadi dan terus berlalu meninggalkan mereka bertiga di situ. Sam menyengih.
            
See? Saya dah cakap. Dia memang famous.”
            
“Dahlah. Aku balik kelas dulu. Notes Sejarah tu esok pagi aku bagi kat kau. Kau pass la kat budak perempuan tadi. Maya eh? Aku chow dulu.” Rex bingkas bangun dari duduknya. Tangan kanan menyebak juntaian rambut yang menutupi dahinya.
            
“Eh, Rex. Balik tunggu aku. Nak pergi stor sukan dulu.”
            
Rex angguk. Kerusi Azri diletakkan semula ke posisi. Kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar dan dia terus melangkah meninggalkan Sam dan Tia. Tia menghantar langkah Rex dengan ekor matanya. Farish Ikhwan…Rex. Dia aneh! 

p/s : Hope you like it (:

5 comments:

MaY_LiN said...

oho..mmg byk beza nya..
mmg besh..xbz smbg lg ya

cik n.haliban said...

sy suka editted version. sam & rex kawan! yay!
tapi yang 1st punya pun best gak sebenarnya... hurmm....x tau nak pilih~

dcna said...

dah lamaaa tunggu. tup" eh edited version? ;D okay", yg edited ni mcm ada kelainan sikit and tak boleh nak teka sgt hows the ending.sambunglah cepat....dec dh nk habis, tahun dpn spm heh, tak bnyk masa nak smbung baca...kalau publish jd novel best ni akak ! heh cadangan je pun.thanks, sambung eh ! ;D regards.

Anonymous said...

best lar..prubahan yg menarik.i like it!

kasih said...

dup dap dup dap~
cik pitak dah wt sy kena heart attack tau? hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers