Rex memandang kosong tempat letak basikal juga motosikal
pelajar itu. Sunyi. Yelah, siapa je yang nak duduk berjam-jam kat sekolah lepas
habis sekolah pun? Rex melangkah menghampiri motosikalnya yang diparkir tidak
jauh dari tempatnya berdiri tadi. Beg sekolah dibahu ditarik dan diletakkan di
dalam bakul. Badannya terus direbahkan di atas motosikal. Kepala memandang
bumbung dengan tangan kanan di atas dahi. Perlahan-lahan bibirnya melagukan
melodi yang dia sendiri pun tak tau. Tiba-tiba ingatannya kembali pada gadis
yang dilanggarnya pagi tadi juga merupakan rakan sekelas Sam – Tia Ameena.
Wajah itu, terasa familiar.
Otak cuba memerah memikirkan di mana dia pernah terlihat
si Tia Ameena itu tapi kosong! Tiada jawapan yang ditemui. Seolah-olah otak
tidak mahu berkerjasama membantunya. Dia mengeluh hampa. Dari hujung tempat
letak basikal itu Sam hanya memandang setiap tingkah laku Rex. Perlahan-lahan
dia melangkah dan terus tangannya menepuk kuat bahu Rex. Rex tersentak. Terus
pandangannya dialihkan dari bumbung ke wajah Sam yang sudah pun berdiri di
sisinya – bersama dengan motosikalnya yang diparkir bersebelahan. Sam
melabuhkan punggungnya di atas motor. Kening terangkat. Rex pun. Sam senyum.
Rex pandang pelik. Dia ni dah kenapa? Senyum je hari ni.
“Apasal mengeluh?” Sam menegur sambil meletakkan beg
sekolahnya di dalam bakul motosikalnya. Rex gelak.
“Mana ada.” Balas Rex tenang. Cuba tidak mahu menunjukkan
reaksi yang bukan-bukan. Sam tu bukannya boleh dijangka apa yang dia nak buat.
“Jangan ingat aku tak nampak.” Sam turut sama berbaring
di atas motosikal memandang bumbung. Itulah yang selalu mereka lakukan sebelum
pulang. Lepak selama mungkin kat tempat letak basikal tu, boraklah apa-apa pun,
share everything sampailah dah tak
ada benda nak cerita baru mereka akan bergerak pulang. Macam dah jadi rutin
harian. Kadang-kadang takde benda yang nak diborakkan pun tapi entah kenapa
mereka mesti menghabiskan masa mereka di atas motosikal itu sambil memandang
bumbung tempat letak basikal itu. Hobi? Entah.
“Takdelah. Apasal pergi stor sukan?” Rex cuba mengubah
arah perbualan mereka. Kalau dibiarkan mahu dikorek sampai ke akar umbi. Sam ni
kalau dia nak tau something, sanggup
dia tanya benda yang bukan-bukan.
“Hancock nak tanya apa ntah. Aku tak dengar sangat pun.
Takde kaitan dengan aku saja nak menyusahkan aku.” Rungut Sam dengan bibir
terjuih. Rex senyum. Macam perempuan kalau merungut tu.
Suasana kembali senyap. Masing-masing memandang bumbung
macam baru pertama kali melihat bumbung. Tenang dengan keadaan sekolah yang
senyap-sunyi. Tak riuh macam waktu ada penghuni di dalamnya. Dah macam pasar.
Sana gaduh, sini sepak-terajang. Maklumlah, sekolah ini dulunya sekolah lelaki.
Entah kenapa tiba-tiba nak bertukar jadi sekolah campur pun tak tahu. Tapi
baguslah jugak. Bermotivasi la sikit students
lelaki kat sekolah ni sebab adanya perempuan. Kalau tak bosan je tengok kaum
sejenis tiap-tiap tahun. Sejak dah bertukar jadi sekolah campur ni, kuranglah
sikit sepak-terajang tu semua. Dan berkurang jugaklah aktiviti group mereka tu.
“Rex.”
“Apa?”
“Kau tak suka Tia ke?” Soalan tak diduga dari Sam. Rex
pandang Sam dengan muka pelik. Dah kenapa masuk bab Tia pulak ni? Ke memang dia
tengah tunggu masa nak tanya je?
“Soalan ke?” Rex menyoal kembali.
“Kemusykilan di hati yang perlukan jawapan.”
Diam. Lama Sam menantikan jawapan dari Rex tapi Rex macam
takde tanda-tanda hendak memberikan jawapan. Baru sahaja Sam hendak membuka
mulut Rex bersuara.
“Aku rasa macam pernah jumpa dia.”
“Kau dengan semua perempuan cakap macam tu.” Sam
menyakat. Rex garu kepala. Eh? Mana ada! Setahu aku yang selalu buat macam tu
si mangkuk ayun ni. Yelah, mesra alam terlebih dose.
“Serius! Aku rasa macam pernah jumpa dia.” Yakin Rex
menjawab. Ini serius! Bukan main-main. Muka dia memang familiar. Macam bukan hari ni aku jumpa dia. Memang bukan pertama
kali Tia Ameena itu dijumpainya.
“Soalan aku tu jawab dulu oi.”
Rex mengeluh. Perlu jugak ke jawab soalan tu? Rex pandang
Sam. Sam setia menunggu jawapan. Fine!
“Ada aku cakap aku tak
suka dia?” Rex masih dengan soalan. Jawapan yang memang takde siapa yang boleh
jawab. Sam garu kepala. Memanglah Rex tak pernah cakap dia tak suka Tia tapi the way dia treat Tia tu tak ke macam tak suka? Atau perasaan je?
“Ke kau suka dia?”
“Ah, kau! Memandai.”
“Tak ke?”
Rex geleng kepala. “Tak!” Laju Rex menafikan. Apa ke aneh
sangatlah nak suka seseorang yang baru jumpa tak sampai 24 jam? Dalam sejarah
betul! Tapi, kalau aneh takdelah wujudnya perkataan ‘cinta pandang pertama’
kan? Apa-apa jelah.
Rex bingkas bangun dari pembaringan – terus meregangkan
otot-ototnya yang terasa kejang. Tangan kanan menyebak rambutnya ke belakang.
Helmet dicapai dan terus disarung ke kepala. Kunci dikeluarkan dari kocek
seluarnya dan terus dicucuh ke tempat kunci. Enjin dihidupkan.
“Balik jom.”
“Hmm.”
Sam pun terus bangun, capai helmet dan menyarungkannya ke
kepala. Enjin dihidupkan.
“Eh, Rex.”
“Apa lagi?”
“Kalau kau suka Tia tu aku boleh tolong.”
“Dah-dah la weh. Balik!”
Dan laju motorsikal Rex bergerak meninggalkan Sam makan
asap di belakang. Sam geleng kepala. Rex…Rex…
SEJAK dari pintu sekolah
tidak langsung kedengaran suara adiknya yang suka berceloteh itu. Kalau tak,
ada je yang nak diceritakan. Tak pun adiknya tu akan turut sama menyanyi
mengikut melodi dan lirik-lirik di radio tapi entah kenapa hari ni adiknya
diam. Aneh. Pagi tadi rasanya elok je dia borak-borak. Zack pandang Tia.
Sesekali kedengaran keluhan dari bibir Tia yang sedari tadi lebih senang
memandang ke luar tingkap.
Zack berdehem cuba menarik perhatian Tia. Tia yang sedar
terus memandang Zack dengan kening terangkat. Zack pandang sekilas wajah
adiknya sebelum dia kembali menumpukan fokusnya pada pemanduan.
“Meen kenapa? Mengeluh je dari tadi.” Zack menegur. Gaya
abang prihatin. Eh, memang abang yang prihatin ye! Harap maklum.
“Takde apa-apa.” Cuba bersuara seperti biasa. Tapi, entah
kenapa terasa kekok antara suara dan kata-katanya. Tak synchronize! Tia rasa nak hentak kepala kat dashboard. Kenapa akal selalu tak menurut perintah hati? Eh, apa
kaitannya?
“Cuba cerita dengan saya. Awak kenapa?”
“Takde apa-apalah abang Zack.”
“Sure takde
apa-apa?”
“Sure takde
apa-apa.”
“Sangat-sangat sure?”
Tia ketap bibir. Dah mulalah tu taktik psycho dia tu.
Macamlah dia tak tau aku tak boleh kalau orang psycho aku dengan tunjuk caring terlebih macam yang abang dia
tengah buat sekarang ni. Sangat amat nian tak boleh. Tia Ameena mudah lemah
dengan orang yang terlalu caring dan
pujuk rayu.
“Awak nak dengar ke?”
“Saya ada telinga untuk mendengar dan saya adik sorang je
adik perempuan nak dilayan. So, I’m on!”
Lembut Zack membalas. Cuba membeli hati adiknya. Tia senyum. Okay, taktik
abangnya berjaya. Tahniah!
Tia tarik nafas panjang. Sepanjang mungkin sebelum dia
memulakan ceritanya. Wajahnya tunduk memandang jari-jarinya.
“Tadi masa nak daftar, saya terlanggar this one guy. Lepas tu kebetulan dia
dengan kawan dia. Kawan dia mintak maaf kat saya bagi pihak that guy yang langgar saya tu. Tapi,
cara that guy pandang saya macam saya
ada buat salah besar. Macam saya dah bunuh orang! Lepas tu, masa masuk kelas
saya kebetulan jugak satu kelas dengan mamat yang mintak maaf kat saya tu. Siap
duduk sebelah dia tu. Nama dia Sam. Dan kebetulan jugak kawan dia yang namanya
Rex tu selalu lepak kelas si Sam ni sebab diorang ni lain-lain kelas. Si Rex ni
kelas elit bak kata Sam. Masa rehat tadi, Sam introducekan saya kat Rex ni tapi Rex ni macam nak tak nak je.
Bengang pulak saya! Kecik hati tau.”
“Tu je?”
“Tu je awak cakap? Eh, saya sedih tau tak? Saya bukannya
nak buat musuh tapi tak pasal-pasal dah dapat musuh.” Tia menyandar ke belakang
dengan kedua-dua tangannya disilangkan dan dibawa rapat ke dada. Terjuih
bibirnya. Zack senyum segaris.
“He mean no harm
kot. Entah-entah dia tak biasa dengan perempuan? Atau memang nature dia macam tu. Awak mana tau?”
Zack cuba bersikap rasional. Yelah, kalau nak ikut kepala budak ni memang kerja
nak fikir benda yang negatif memanjang. Tia terdiam – memikir.
“Tapi, tak perlu la sampai macam tu.”
“Takpelah. Awak buat biasalah. Mana tau lama-lama okay
ke?”
“Hmm.” Hanya itu yang dibalas Tia. Dia tidak tahu apa
yang perlu dibalasnya. Pandangannya kembali ditala ke luar tingkap. Zack geleng
kepala. Tangan kirinya mengusap lembut rambut Tia dengan harapan adiknya
tenang. Tia hanya tersenyum dengan perbuatan abangnya. Thanks, abang Zack.
MOTOSIKALNYA diparkir
seperti selalu. Helmet ditanggalkan dari kepala dan diletakkan di atas rak
kasut. Beg sekolah di dalam bakul motosikal dicapai dan terus disandang ke
bahu. Anak matanya meliar mencari kot-kot adiknya ada yang sedang menunggunya
di laman seperti selalu tapi kosong! Mana diorang ni? Selalu kalau aku balik
riuh macam nak bagitahu satu taman ni dengar. Tapi, hari ni sunyi bukan main.
Pintu kayu itu ditolak. Perkataan pertama yang menjengah ke telinganya adalah…
“Angah!!!” Jerit tiga orang adiknya serentak sambil
berlari-lari mendapatkannya. Rex geleng kepala. Baru je cakap sunyi tadi. Belum
pun sempat dia hendak membuka kasut tubuhnya dipeluk oleh adik bongsunya yang
baru berusia empat tahun. Rex sengih dan tubuh si kecil itu didukung.
“Tak aci! Asyik adik je angah dukung.” Pekik adiknya yang
berusia tujuh tahun. Rex gelak dengan kata-kata tak puas hati dari adiknya itu.
Tangan kiri mengusap-usap mesra kepala adiknya itu. Dia mencangkung supaya
ketinggian dia dan adiknya sama.
“Izhar kan dah besar. Angah mana larat nak dukung. Alisya
kan kecik lagi. Kan Alisya?” Pipi Alisya dicubit. Alisya gelak manja. Farish
Izhar memuncung tak puas hati. Rex senyum. Tubuh Izhar ditarik merapatinya dan
sebuah ciuman hinggap di dahi Izhar. Izhar senyum malu-malu. Mengada!
“Haa…angah pun sayang Izhar.”
“Angah, Izhar dengan Alisya je? Aisyah pun nak jugak.”
“Haa…yang ni budak mengada namanya. Dah tua bangka ke
layan adik bukan mengada macam adik. Along mana?” Rex menyoal sambil melangkah
masuk ke dalam rumah dengan Alisya masih dalam dukungannya. Izhar di kanan Rex
hanya mengikut ke mana sahaja langkah kaki Rex.
“Along kat atas dengan abang Farid.”
“Eh, abang Farid pun ada? Fina pun adalah?” Rex pandang
tingkat atas. Aisyah mencebik.
“Angah, jangan sebab Fina kami adik-adik angah ni terus
terabai.” Aisyah memberi amaran. Rex gelak mendengar amaran Aisyah. Fina atau
nama penuhnya Nur Afina merupakan cahaya mata kakaknya, Nur Atiyah bersama
abang Farid. Menjadikan Nur Afina adalah anak buah kesayangannya sampaikan
adik-adiknya sangat mencemburui anak kakaknya itu.
Rex melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Alisya yang
tadinya di dalam dukungan diletakkan di atas riba. Susah betul dapat adik-adik
yang manja macam ni. Jenuh nak melayan. Cop, diorang yang manja atau aku yang
memanjakan? Hahaha. Tak kisahlah yang pasti penat dan lelah. Tapi,
adik-adiknyalah penyeri hari. Tapi, hari ni manja mereka macam terlebih-lebihlah
pulak. Ni mesti sebab ada si Fina kan? Gasak kaulah Fina dapat pak cik – mak
cik yang cemburu dengan Fina.
“Aisyah, tolong angah boleh?”
“Tolong apa?” Aisyah yang baru hendak melabuhkan
punggungnya angkat kening.
“Ambikkan angah air. Haus.”
“Nak air sejuk ke suam ke air berperisa?”
“Amboi, bukan main special
hari ni?” Rex menyakat. Aisyah jelir lidah.
“Sebab nanti angah sibuk dengan Fina.”
“Jealous!”
“Takkkkkk”
“Ambikkan air, please.
Anything will do.”
“2 minit.”
“Terima kasih.”
Berdesup Aisyah berlari ke dapur mengambil air untuk
angahnya itu. Rex geleng kepala. Macam-macam punya perangai. Izhar yang tadi
tak berenggang dengannya sudah hilang entah ke mana. Alisya pulak lepas dah
nampak segala mainan yang bersepah atas lantai terus lupa angahnya itu. Haa…elok
sangatlah tu. Waktu itu jugalah kakak dan abang iparnya turun dengan Nur Afina,
buah hati mereka.
“Baru balik?”
“Taklah, dah sampai semalam.”
“Loyar buruk.”
“Lain kali bagi soalan logik. Tanyalah dah makan ke apa
ke.” Rex menghulurkan tangan kepada abang iparnya untuk bersalaman. Huluran tangan
Rex disambut. Kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas sofa.
“Along, nak dukung Fina.”
“Kau tak nampak si Alisya tu pandang macam nak telan anak
along ni?”
Rex gelak meriah. Apa punya ayatlah akak aku ni. Over! Takdenyalah si Alisya nak telan si
Fina tu.
“Tadi angah tanya pasal along. Si Aisyah cakap abang
Farid ada sekali.”
“Saja datang melawat tengok kau macam mana.” Ujar Atiyah.
Fina di tangannya dihulurkan kepada Rex. Rex menyambut Fina dan tak menunggu
lama pipi Fina yang montel menjadi sasaran bibirnya.
“Dah jumpa umi belum?”
“Dah. Along dah sejam kat sini.”
“Eh, umi mana?”
“Umi keluar tadi jumpa cikgu Siti. Biasalah umi dengan
cikgu Siti tu kan macam belangkas.”
Rex angguk. Faham benar kalau dah umi dengan cikgu Siti
tu macam mana. Di mana ada umi, di situlah ada cikgu Siti dan sebaliknya. Kawan
baik la katakan. Silap haribulan umi nak jodohkan aku dengan anak cikgu Siti
tu. Tak nak!!!
“Eh, along balik dulu. Kirim salam kat umi tau.”
“Angah baru balik ni.”
“Bosanlah tengok kau.”
Rex ketawa mendengarkan kata-kata kakaknya itu. Kejam!
“Tak nak tunggu umi ke?”
“Nanti along call
umi je. Kirim salam kat umi.”
“Yelah along. Hati-hati balik tu. Bye Fina. Nanti kita jumpa lagi ye.” Fina ditangannya dihulurkan
semula kepada kakaknya itu. Susah betul dah jumpa anak buah ni. Hahaha.
“Kau tu jaga diri jugak.”
“Angah tau, along.”
“Aisyah, along balik dulu.”
Terkocoh-kocoh Aisyah berlari dari dapur ke muka pintu. Tangan
alongnya disalam dan kedua-dua belah pipi kakaknya dicium. Begitu juga dengan
Alisya dan Izhar.
“Kirim salam kat umi.”
“Okay, along.”
Pintu kayu itu ditutup rapat. Rex tarik senyum nipis.
“Air angah?” soal Rex pada Aisyah yang berdiri di
sebelahnya. Aisyah terus menghulurkan gelas yang berisi air kepada angahnya
itu. Rex meneguk air yang dihulur dan gelas diberikan semula kepada Aisyah.
“Angah naik atas tau. Apa-apa ketuk pintu bilik.”
Terus kakinya mendaki
tangga menuju ke biliknya. Apa yang ada difikirannya tika itu hanyalah katil. Tombol
pintu dipulas dan pintu bilik dikuak sebelum dia meloloskan diri masuk ke dalam
bilik. Suis kipas dihidupkan. Langkah kaki dibawa menghampiri radio dan
tangannya menekan butang ‘on’. Tanpa menunggu
sesaat terus tubuhnya direbahkan di atas katil – secara meniarap. Heaven!
Tika itu juga dia seperti teringatkan sesuatu. Tia! That girl! The one. Anak mata liar mencari frame
gambar yang terletak di atas mejanya. Rex ketuk kepala. Damn it! Dia menyumpah dirinya sendiri. Macam mana aku boleh terlupa?
Tangan terus mencapai frame gambar di
atas meja itu. Tia! This girl. Gadis di
dalam gambar itu. Gadis yang ditemui di tasik tempat dia dan Sam selalu lepak
mencari ilham sambil memetik gitar. Gambar yang diambil secara curi-curi. Gambar
Tia dan kawan-kawannya. Tia adalah gadis di dalam gambar itu. Patutlah macam familiar. Perempuan yang mencuri
hatinya. Okay, memang betullah ayat tu. Cinta pandang pertama.
4 comments:
hehehe...rex sweet gila kalau dngn adik2 dia.
adoi! nak inhaler ventolin.. hehehe.. nak lagiii~
whoaaaa,1st luv never last!..hehehee..
woooo..akak suka..!!!
jalan cite makin tersusun..
baru tau sibling c rex ni..
menarik..
Post a Comment