“Tia…”
Tak layan. Anak matanya masih pada buku. Tangan masih
juga menulis. Telinga buat-buat tak dengar namanya dipanggil.
“Tia…” Suara mengada. Sekali lagi memanggil. Dan sekali
lagi juga Tia buat-buat tak dengar atau lebih tepat buat-buat pekak. Malas nak
melayan.
“Tia…” Kali ketiga. Tia mengeluh. Pensel ditangan diletakkan
di atas buku dan terus kepalanya dipusing memandang Sam yang sudah pun
menongkat dagu memandang Tia dengan senyum tersungging di bibir. Tia angkat
kening dengan muka tak puas hati. Nak study
la oi!
“Tak payahlah buat homework
tu. Kat rumah kan boleh. Borak dengan aku la.” Suara mengada lagi. Tia buat
muka toya. Kadang-kadang aku jadi musykil si Sam ni perempuan ke lelaki.
Mengada mengalahkan perempuan. Nasib baiklah Ash tak macam ni. Kalau tak memang
selamat makan penyepak aku.
“Kau bosan sangat ke?”
“Kalau tak bosan takdelah aku ajak kau borak. Cukuplah
aku ada kawan ulat buku kat blok belah sana. Janganlah kau pun nak jadi macam
dia.” Rungut Sam dengan muka sedih. Tia geleng kepala. Serius perangai
mengalahkan perempuan. Atau lebih kepada kebudak-budakan? Ah, tak kisahlah.
Kombinasi pun boleh – perempuan dan kebudak-budakan.
“Kau nak borak apa je?”
“Apa yang kau nak dengar?”
Angkat bahu. “Entah. Apa-apa jelah. Kau jugak yang ajak
borak.”
Sam sengih. Dia pandang siling. Berkerut-kerut dahinya
memikir. Entah apa yang difikirkan Tia pun tak tau. Tengah fikir nak borak
pasal apalah kot. Tapi, perlu ke muka tu sampai macam tu sekali? Amatlah buruk,
okay!
“Aku cerita pasal sekolah ni dulu.”
“Okay, aku dengar.” Buku yang terbuka di atas meja ditutup
dan ditolak ke tepi. Tia tongkat dagu dengan tangan kiri memandang Sam. Sam
berdehem.
“Sekolah ni dulu all-boys
kalau kau tak tau la. Baru je tahun lepas ke dua tahun lepas jadi sekolah
campur. So, kalau kau ternampak ada aksi-aksi ganas terlampau tu kau
faham-fahamlah. Benda normallah kat sini. Kalau takut, aku ada.” Terang Sam
panjang lebar.
Tia mencebik. Nak harapkan dia ni? Entah selamat ke tak
aku nanti. Silap haribulan dia kena rembat, aku pun kena rembat sama. Sam yang
perasan akan reaksi Tia hanya gelak.
“Kat sekolah ni ada banyak group. Benda normal jugaklah. Sekolah lain pun ada jugak. Rex tu leader salah satu group ni.” Sambung Sam lagi.
Terus bulat mata Tia mendengarkan nama Rex. Sam senyum
penuh makna dengan reaksi yang seperti sudah diduga oleh Sam. Sam tarik sehelai
kertas dari bawah meja. Pensel dicapai dan tangannya terus mula melakar sesuatu
di atas kertas tersebut. Tia hanya memandang tanpa soal.
“Group Rex kira
macam taiko la. Rex tu selalu keluar masuk bilik guru disiplin dengan bilik
kaunseling sampai dah tak larat nak kira. Aku pun jadi rakan subahat.” Sam
gelak dengan kata-katanya sendiri. Tia hanya mendengar. Tak langsung memberi
reaksi. Beku. Dia semacam terkedu.
“Tapi, kau tak payah risau. Rex okay. Kau tak cari pasal
dengan dia, dia okay je.”
Tia masih diam. Tak tahu nak bagi respons macam mana. Sam
pandang muka Tia yang tak beriak. Senyum masih bergayut di bibirnya.
“Aku dengan Rex dah kawan dari kecik.”
“Dari kecik?” Barulah Tia memberi respons. Menyoal Sam.
Sam angguk kepala. “Dari kitorang tadika. Sampai aku dah
muak dengan dia.” Gurau Sam sambil ketawa. Muak? Tak pernah ada istilah muak
dalam hidupnya berkawan dengan Farish Ikhwan, Rex tu. Rex tulah teman ketawa,
teman menangis, teman merungut, teman sepak-menyepak tumbuk-menumbuk.
“Dia memang macam tu ke?” Perlahan nada suara Tia
menyoal. Dia bukannya berminat sangat dengan Rex tu cuma dia nak tahu Rex tu
macam mana. Sebab dia rasa Rex tu macam tak suka dengannya. Macam dia cuba
meletakkan jurang antara mereka. Macam nak bagi amaran ‘jangan dekat atau mati’
macam tu. Scary okay!
“Maksud kau?”
“Stiff macam
konkrit gitu. Cakap pun beku je.”
Sam ketawa besar. Serentak satu kelas yang sedang sibuk
dengan aktiviti masing-masing berpusing memandang Sam. Tia dah tunduk – malu.
Tak sangka Sam akan ketawa kuat macam tu. Dia ni memang tak tau istilah malu
ke? Sam sengih.
“Depends. Kalau
dah lama kenal dia okay je. Atau lebih tepat dia macam tu dengan perempuan je.
Rasanya. Tapi kau takkan percaya kalau kau tengok diri dia yang
sebenar-benarnya.” Sam pandang Tia dengan kening terangkat. Tia diam. Diri dia
yang sebenar-benarnya. Rex yang dia nampak ni, bukan diri dia yang sebenar ke?
Then, Rex yang dia jumpa dan nampak ni siapa? The other side of him?
Dan tika itu juga Rex melangkah masuk ke dalam kelas.
Kelas yang tadinya hiruk-pikuk terus jadi senyap-sunyi sebaik sahaja Rex masuk.
Semua mata tertumpu padanya. Begitu juga Tia dan Sam. Rex angkat tangan.
Mukanya tiada langsung segaris senyuman. Tangan menarik kerusi Azri dan
dipusingkan menghadap Sam. Punggung dilabuhkan. Tangan diletakkan di atas meja
dan kepala diletakkan di atas lengan itu. Dua saat kelas kembali bising macam
dalam pasar.
“Apasal kau?” Sam menegur.
“Bosan. Diorang semua study.
Nak tidur pun rasa tak sedap.” Rungut Rex. Sam ketuk kepala Rex. Rex
menyeringai. Dah kenapa nak main ketuk-ketuk kepala pulak ni?
“Budak kelas elit kan ulat buku.”
“Aku tak.” Laju Rex membalas tanpa menunggu sesaat pun.
“Kau tu exceptional.
Entah macam mana boleh tersesat masuk pun aku tak tau.” Sam mengejek. Rex
buat-buat tak dengar. Masih dengan posisi yang sama. Tia dah membuka kembali
buku yang tertutup tadi. Hanya ekor mata memerhati mereka berdua.
“Eh, cikgu semua pergi mana eh? Dah second period ni.” Rex bersuara bertanya.
“Meeting kot.
Aku bukan cikgu yang kau nak tanya.”
“Oh. Notes tu
kau dah bagi kat budak tu?”
“Dah. Kemain bahagia muka budak tu.”
“Kau cakap apa masa bagi?”
“Rex suruh study
elok-elok.” Sam gelak tak ingat dunia. Rex terus tending kerusi Sam tanpa
ragu-ragu. Sam masih ketawa.
“Bangang. Jangan cakap benda bukan-bukanlah.”
“Eh, kata-kata perangsang la.”
Rex dah malas nak layan. Kepalanya masih lagi di atas
lengannya. Aku nak tidur! Aku mengantuk. Takde ke tempat yang seronok nak
dibuat port tidur? Semua port aku
ponteng kelas untuk tidur dah di ambush.
Mana nak lepak buat tahi mata ni?
“Nak tidur balik kelas la woi.”
“Tak nak!”
“Syuh. Aku nak berdua-duaan dengan Tia. Dah lama aku
menduda.” Sam menghalau Rex macam gaya menghalau ayam. Siap tolak lengan dengan
kepala Rex.
Rex angkat kepala. Dia pandang Sam dengan muka toya.
Mengada sangatlah mamat ni kan? Rex pandang Tia yang sedang menulis. Menulis
apa dia tak tau. Nota mungkin? Mind map?
Ke peta dunia? Entah.
“Study?” Rex
menyoal. Langsung takde kata ganti nama diri. Soalan yang macam terlalu
general. Yang kalau sesiapa dengar pun boleh jawab. Sam tepuk dahi. Tia alih
pandang dari muka surat di hadapan ke wajah Rex yang sedang memandang buku di
atas mejanya.
“Err, haah.”
“Study apa?”
“Chemistry.”
Diam kembali. Rex masih lagi memandang buku di atas meja.
Tia mula jadi serba tak kena. Terasa macam pandangan Rex mampu menembusi setiap
inci dan ruang yang ada. Sam hanya menjadi pemerhati langsung tak mencelah.
Menanti apa lagi benda yang menarik bakal dilihat.
“Boleh jadi budak kelas elit.” Laju ayat itu meluncur
keluar dari mulut Rex. Tia dan Sam pandang Rex dengan dahi berkerut. Apa?
“Weh, ulang balik.”
Rex yang seakan-akan baru tersedar tayang muka blur.
Apakah?
“Kau cakap apa?”
“Cakap apa?” Rex menyoal balik. Aku tanya apa? Aku ada
cakap apa-apa ke tadi? Sam pandang Rex. Lama. Rex pandang Sam. Kening
terangkat. Serius, aku cakap apa tadi? Aku ada cakap benda yang aneh ke sampai
diorang pandang aku pelik semacam?
“Kau cakap kat siapa tadi?”
“Aku cakap apa?”
“Kau cakap boleh jadi budak kelas elit.”
“Oh.” Hanya itu hanya dibalas Rex.
“Oh je?”
“Eh, apa salahnya. Kalau dia rajin study boleh je apply
masuk kelas elit kan?” Rex membalas. Membela diri. Sam pandang Rex dengan muka
tak puas hati. Rex mengeluh. Lah, apa lagi yang tak puas hatinya? Betullah kan?
Kalau dah Tia ni minat sangat nak study,
apply la masuk kelas elit tu. Bolehlah aku masuk kelas biasa je. Bukannya
ada niat apa-apa pun. Takkanlah sebab aku cakap macam tu bagi maksud yang
sangat besar kot?
Tia kembali memandang bukunya. Sam menyandarkan tubuhnya
ke belakang. Rex garu kepala. Aku buat salah ke? Sam tarik Rex rapat kepadanya.
Bibirnya didekatkan ke telinga Rex.
“Kau nak cakap apa sebenarnya?” Bisik Sam.
“Mana ada apa-apalah.” Rex menjawab malas. Apa lagi yang
dia ni tak puas hati? Rex menjarakkan dirinya dari Sam. Dia turut sama
bersandar ke belakang. Anak mata memandang Tia.
“Erm, apa-apa pun. Sorry
sebab langgar hari tu.” Rex memegang lehernya. Anak mata dilarikan ke arah
lain. Memandang tiga orang lelaki yang duduk berhampiran dengan tingkap.
Tia angguk. “Takpe.”
“Sorry.” Kata
maaf dari Rex. Kali kedua.
Tia angguk lagi juga buat kali kedua. Sam sengih. I sense something. Kena siasat balik
nanti.
REX memusing-musingkan
pensel ditangannya. Tumpuannya langsung tidak pada cikgu dan papan putih di
hadapan. Anak mata ditala ke luar terus ke kelas Sam di blok sebelah sana. Dari
situ dia dapat menangkap sisi wajah Tia dan Sam tapi apa yang menjadi tumpuan
matanya adalah Tia. Gadis itu. Gadis yang dijumpai hampir setahun lalu. Gadis
yang menghiasi frame gambar di atas
mejanya. Gadis yang menjadi teman tidurnya selama setahun lalu. Tak sangka mereka
akan bertemu. Bertemu di sekolah itu. Sekelas dengan Sam. Duduk bersebelahan
Sam. Semuanya tak diduga. Dia langsung tak menjangka.
Kali pertama dia bertemu Tia adalah sewaktu dia dan Sam
sedang lepak mencari ilham dengan gitar kapok masing-masing di tepi tasik. Tempat
yang menjadi tempat lepak mereka berdua. Tempat yang tenang tanpa gangguan. Dan
di situlah dia bertemu gadis itu. Tapi, Tia tak perasan akan dirinya yang
terselindung di sebalik pokok besar yang ada di tasik itu. Ketika itu dia
berlima. Tiga perempuan, dua lelaki. Ada seorang lelaki yang selalu ada di
sisinya. Waktu tu, dia mengandaikan lelaki itu mungkin teman lelaki Tia. Mungkin.
Tapi, seboleh mungkin dia menidakkan. Dia tak nak! Dia berharap tika itu Tia
tak dimiliki sesiapa.
Dan entah kenapa, dia terasa hendak menangkap gambar Tia.
Dia mahukan gambar gadis itu. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Terus tangannya
menyeluk poket seluar yang dipakainya mengeluarkan telefon bimbitnya dan
sekelip mata gambar Tia sudah pun berada di dalam telefon bimbitnya. Bukan satu
tapi ada enam gambar semuanya. Dia tak sedar. Semuanya berlaku di bawah
kawalan. Aneh tapi itulah yang berlaku.
Tia Ameena. Itu nama dia rupanya. Selama setahun dia
memikirkan nama yang sesuai dengan gadis itu. Kalau diikutkan dia taklah cantik
mana. Serius, kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang cantik
yang bersepah kat luar tu, Tia boleh jatuh dalam kategori biasa-biasa. Tapi,
biasa-biasa itu ada sesuatu yang luar biasa. Luar biasa yang tak tahu nak
ditafsirkan macam mana.
“Rex…”
Rex masih memandang Tia.
“Rex…” Bahunya dicuit. Rex tersentak. Dia berpaling ke
kiri. Sarah memandangnya dengan dahi berlapis.
“Apasal kau?”
Geleng. “Takde apa-apa.”
“Okay.” Sarah kembali memandang depan. Rex tarik nafas
dalam-dalam. Kepalanya digaru-garu dengan hujung pensel. Aku dah kenapa? Anak
mata jatuh pada muka surat yang tak berganjak dari tadi kemudian beralih pula
pada buku tulis yang kosong tak bertulis apa-apa. Cikgu kat depan dah beberapa
kali padam whiteboard, tulis benda
baru. Rex pandang ke luar tingkap lagi. Tia tengah berborak rancak dengan Sam.
Rex tarik senyum segaris.
SEPERTI biasa mereka akan
menghabiskan masa mereka di tempat letak basikal itu sebelum balik. Berbaring di
atas motosikal masing-masing sambil memandang bumbung yang dah kelihatn uzur. Entah
zaman bila pihak sekolah nak tukar bumbung baru pun tak tau. Nak kata sekolah
miskin sangat, boleh je nak buat karnival la pertandingan la apa la tu semua.
Rex keluarkan handphone
dari dalam poket seluar. Sam hanya memandang dengan ekor mata. Tika itu dia
sedang membelek-belek nota yang diberikan oleh Tia kepadanya. Dia pun tak tau
kenapa Tia bagi nota tu padanya. Hadiah? Suruh study agaknya.
Rex memandang lama skrin handphone.
“Sam, kau percaya dengan kebetulan?”
“Contoh?”
“Kau ada terjumpa sorang ni dah lama dan kebetulan
sekarang dia jiran kau.”
Sam pandang bumbung. “Takde kebetulan dalam dunia. Semua dah
tertulis.” Balas Sam. Yakin. Rex angguk. Betul tu. Tak ada kebetulan dalam
dunia ni. Semuanya dah tertulis. Kita je yang menganggap setiap yang berlaku tu
satu kebetulan. Kebetulan bertemu si A, kebetulan jatuh suka kat si B dan
banyak lagi kebetulan.
“Kenapa?”
“Terfikir.” Balas Rex. Mudah. Sam diam. Turut sama
berfikir.
“Kau nak cakap pasal Tia ke?”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia ke perempuan setahun lepas?” Sam serkap jarang.
Hampir-hampir Rex jatuh dari motosikalnya mendengarkan soalan Sam yang tepat
mengena sasaran. Tak tersasar sikit pun dari range. Rex hanya angkat bahu.
“Sebab tu kau cakap muka dia familiar?”
“Hmm.”
“Sebab kau tenung gambar dia je setahun ni.” Sam sambung
lagi. Rex pandang muka Sam dengan riak penuh tanda tanya. Sam geleng kepala. Dia
tahu apa yang bermain di kepala Rex. Dia tahu apa yang Rex nak tanya.
“Aku perhatikan kau setahun ni, Rex.”
Rex senyum. Ye, dia tahu tu. Sam memang selalu dengannya.
Sam memang pemerhati yang bagus. Dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Tak
macam dirinya yang tak peduli langsung dengan keadaan sekeliling. Dia bertuah
sebab ada Sam. Sam yang selalu mengingatkan, Sam yang selalu ada bila
diperlukan.
“So?”
“Apanya?”
“Nak teruskan jadi pemerhati dari jauh sedangkan dia dah
dekat?” Sam menduga dengan soalan. Rex menyebak rambut ke belakang. Perlu ke
untuk dia mendekati sedangkan Tia tak tau apa-apa pun? Macam mana kalau dia dah
berpunya? Macam mana kalau lelaki yang dia jumpa setahun lepas dengan Tia tu someone special? Macam mana kalau Tia
tolak dia mentah-mentah? Macam mana nak recover
lepas tu? Soalan yang sama seperti soalan setahun yang lepas dan soalan itu
bertambah dari hari ke hari. Terlalu banyak persoalan yang mengasak.
“Biar jelah.”
“Kau takut dia dah berpunya?” Sekali lagi tekaan Sam
mengena. Rex gelak. Sam ni memang boleh baca fikiran orang lain ke hape? Rex
terus-terusan gelak. Tak tahu kenapa dia rasa kelakar dengan situasinya tika
itu. Rasa pelik bila berborak dengan Sam hati ke hati macam ni. Mana pernah
diorang buat selama ni. Oh, mungkin pernah. Lama dulu.
“Apasal gelak? Aku tanya ni.”
“Apa soalan kau?”
Sam mencebik. “Kau takut dia dah berpunya ke?”
“Dia mungkin nampak biasa-biasa tapi akan ada lelaki yang
pandang dia dengan luar biasa. Tak mustahil kan?” Rex senyum sambil mengangkat
tangannya ke udara. Kelima-lima jarinya dikuak, matanya memandang tangannya.
“Dan lelaki yang pandang dia dengan luar biasa tu kau. Kan?”
Rex angkat bahu. Tak membalas. Membiarkan Sam menjawab
sendiri soalan yang diajukan. Dia tahu Sam ada jawapannya. Saja nak suruh dia
yang menjawab. Itu namanya mengada!
“Kau nak buat apa?”
“Buat apa? Buat tak tahu jelah. Nak buat apa?”
“Berkawan. Get to
know her.”
“Hmm.”
“Hmm je?”
“Lepas ni aku rajin datang kelas kau okay?” Rex menjawab
geram. Tak suka terus diasak begitu. Bukannya dia tak pernah fikir setahun ni. Dia
selalu memikirkan kebarangkalian untuk mereka bertemu semula dan apa tindakannya.
Dia selalu membayangkan Tia ada dengannya tapi bila dah depan mata macam ni nak
buat apa? Takkan nak terus terkam cakap ‘hai, saya suka awak dah setahun’ macam
tu. Tak terkejut pulak dia dengar. Mahu dia ingat aku ni stalker atau mungkin pervert.
“Kadang-kadang cakap dengan kau boleh sakit otak.”
“Habis tu, cakap dengan kau tak la?”
Diam. Hanya bunyi ‘cip cip’ dari burung yang bertenggek
di atas besi penyokong bumbung kedengaran. Sesekali bunyi kereta dan motor yang
lalu-lalang menjadi halwa telinga mereka berdua.
“Sam.”
“Apa?”
“Budak yang jadi stalker
kau tu apa cerita?”
“Apasal kau ingatkan pasal dia weh? Aku dah lupa tau tak?”
Sam meraup mukanya mendengar soalan Rex. Rex sengih. Tadi bukan main seronok
nak duga hati aku. Sampai bab dia kerja nak mengelak je. Mana aci!
“Entah. Alang-alang dah cerita hati ke hati ni bukak
jelah semua cerita. So?”
“Tak tau. Dia dah tak cari aku.”
“Langsung?”
“Hmm.” Balas Sam endah tak endah. Dia malas nak menjawab
sebenarnya tapi kalau tak jawab kesian pulak.
“Putus asa?”
“Takdenya. Rehat kot.”
“Akan ada lagi la scene macam tahun lepas?”
“Mintak selisih la.”
Rex gelak. Sam mengeluh berat. Mengingatkan pasal Darina,
stalker tegarnya itu dia jadi kecut
perut. Meremang bulu romanya. Dia tak tahu kenapa Darina tu persistent sangat sampai dia jadi takut
nak ke sekolah. Nightmare!
“Kita nak lepak sini sampai esok ke?” Sam mengalihkan
arah perbualan mereka.
Rex tengok jam di pergelangan tangan. 5.30 petang.
“Nak gerak balik?”
“Nak singgah mana-mana ke?”
“Tak kot. Kau?”
“Tak. Eh, cop. Kau tak nak singgah ke?” Sam pandang Rex
pelik. Dia sudah pun duduk bersila di atas motosikalnya.
“Kenapa?”
“Rokok?”
“Aku bukan heavy
smoker la. Ada lagi.” Rex membalas acuh tak acuh. Dia tahu Sam sengaja
hendak memerlinya. Sudah beberapa kali Sam menyuruhnya berhenti merokok. Bukan dia
tak pernah cuba tapi dah banyak kali. Kira sekarang okaylah dari dulu. Dia dah
tak kuat merokok seperti sebelumnya. So, okay la tu kan?
“Berhenti jelah.”
“Nantilah. Dah, jom gerak.”
“Malam ni nak lepak ke?”
“Haah. Paan dengan Apek ajak lepak. Bawak gitar kau.”
Arah Rex sambil menyarung helmet ke kepala. Sam angguk. Turut sama menyarung
helmet. Enjin motosikal dihidupkan dan kedua-dua motosikal itu meluncur laju
meninggalkan sekolah itu.
2 comments:
thx writer...smbg lgi ek..
uh..terbaik..friend forever
Post a Comment