Tia menolak juntaian
rambut di dahinya ke belakang. Rambutnya yang diikat tocang kuda dikemaskan
dengan tangan kanan. Sesekali anak matanya akan mencuri pandang pada blok
sebelah sana – blok terletaknya kelas Rex. Mengingati wajah Rex dan sebaris
nama itu membuatkan dia jadi tak keruan. Tia tarik nafas panjang. Yang aku ni
pun, dok sibuk nak fikir pasal Rex tu kenapa entah?
Langkah kaki diatur kemas menuju ke kelas. Anak matanya
tertumpah pada jam dipergelangan tangan. 10.30 pagi. Waktu rehat. Ingatkan
sekejap je urusan kat pejabat tu. Sekali hambik
kau lama nak mampus. Tangan dah naik sakit mengisi entah borang apa yang kerani
tu bagi. Tia tarik nafas panjang sekali lagi. Penat. Dalam pada dia hendak ke
kelas tu, jalannya dihalang oleh dua orang perempuan. Tia kerut dahi. Dah kenapa?
Kat sini pun ada kes buli ke? Eh, road
block ke?
Tia pandang kedua-dua perempuan di hadapannya bersilih
ganti. Yang sorang rambut panjang – perm
hair dengan eyeliner dibawah
matanya. Tebal. Yang sorang lagi rambut pendek – bob cut dengan lip gloss
di bibir. Juga tebal. Tak tau berapa inci. Err. Diorang ni ada masuk apa-apa magazine ke?
“Ikut kitorang kejap.”
Dahi Tia bertambah lagi selapis. Ikut diorang? Nak buat
apa? “Pergi mana? Mak aku cakap jangan ikut strangers.”
Tia membalas. Kerek. Dua perempuan di hadapannya mencebik. Mereka sudah pun
bercekak pinggang. Tia nak tergelak pun ada. Ni nak tunjuk samseng ke hape? Ingat
aku takutlah? Nak tunjuk samseng tapi make
up tebal nak mampus.
“Ikut jelah. Jangan banyak soal.” Yang berambut perm tu
menjawab separuh menjerit. Marah barangkali. Tia hanya mengagak. Marahlah kot.
Ke memang marah. Bengang mungkin.
“Kenapa mesti aku ikut korang?” Tia masih lagi ingin
bersoal jawab. Tak nak mengalah. Jangan harap aku nak ikut korang selagi aku
tak dapat jawapan yang aku nak. Lagipun, aku nak pergi rehat. Aku lapar. Tau
tak aku lapar? Ada juga yang aku makan nanti.
Si perempuan bob cut mendengus. “Aku tak nak buat kecoh.
Ikut je.” Ujarnya sambil mengetap gigi. Bengang. Tia senyum sinis.
“Dan aku pun tak nak buat kecoh.” Seolah-olah berbisik
Tia menutur ayat. Sinis. Memandang tajam dua perempuan di hadapannya. Lama
mereka bertiga di situ bertegang urat. Masing-masing tak mahu mengalah. Nasib
baiklah mereka berada di tempat yang agak tersorok dari pandangan orang. Kalau
tak, mahu jadi tontonan umum.
“Dah dah. Tak payah bawak dia.” Muncul lagi seorang
perempuan dari arah belakang dua perempuan di hadapan Tia. Tia mengalihkan
tumpuannya dari dua perempuan tadi ke arah perempuan yang tiba-tiba muncul.
Perempuan itu sudah pun berada di depan matanya. Dah,
sudah! Siapa pulak ni? Baru beberapa hari masuk sekolah aku dah buat musuh ke? Great, Tia! Tia scan perempuan di hadapannya dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Rambut lurus, panjang separas pinggang diikat tocang kuda dengan fringe yang
menutupi hampir seluruh dahinya. Barbie
doll? Apasal aku rasa macam Barbie doll
ada kat depan mata aku? Pffhhh.
Senyum. “Fasha.” Dia menghulurkan tangan. Tia angkat
kening. Mesti ke sambut? Boleh tak kalau nak biarkan je? Ada tak macam kurang
ajar? Tapi mummy tak ajar berkurang ajar dengan orang tapi kalau berkurang ajar
dengan orang yang kurang ajar dengan kita takpe, kan? Lambat-lambat huluran
tangan itu disambut. Acuh tak acuh.
“Tia.”
“Well, I just want
to warn you. Jangan rapat dengan Sam atau pun Rex.” Serius wajah itu
memandang tepat wajah Tia yang tampak bingung. Say that again? Kurang dengarlah.
“Sebab? Your
boyfriend?”
“Dia bukan boyfriend
aku cuma aku tak suka kau rapat dengan diorang.”
“Oh, tu je. Excuse
me.” Tia menarik senyuman segaris dan terus melangkah meninggalkan Fasha
dan dua orang perempuan lagi di situ. Fasha ketap bibir. Bengang.
“Aku dah bagi amaran.”
“I don’t care.”
Tia terus melangkah tidak mempedulikan Fasha yang dah
terjerit-jerit macam kena sampuk tu. Lantak kaulah. Perlu ke nak bagi warning macam budak kecik gitu? Tak
matang langsung. What? Dia tu secret admirer Sam dengan Rex ke sampai
nak warning orang lain jangan rapat
dengan diorang berdua? Bukan salah aku. Sam yang start baik dengan aku dulu, aku pun okay jelah. Aku baik dengan
orang yang baik dengan aku. Tia mengeluh. Aku baik dengan orang yang baik
dengan aku, huh? Rex tu jatuh dalam kategori yang mana? Orang yang baik dengan
aku? Atau orang yang dingin dengan aku? Dingin tu kiranya tak baik dengan aku? Cenggitu?
“Tia?” Tia berpaling ke belakang. Susuk tubuh Rex menyapa
mata. Eh?
“Rex.” Perlahan separuh berbisik.
“Kenapa tadi?” Rex menyoal. Cuba menjadi normal seperti
yang disuruh Sam. Tapi, dia sedar ada nada kekok dan beku dalam suaranya. Dia
tahu dia tak mampu jadi normal macam yang Sam nakkan. Sam ni pun satu.
Tadi diorang berdua atau lebih tepat mereka berempat –
dia, Sam, Joe dan Fadil sedang duduk lepak-lepak borak kosong di salah satu
gazebo yang ada di sekolah mereka sambil menikmati waktu rehat mereka. Tengah
syok-syok berborak Joe yang menegur, cakap dia macam nampak Tia dengan tiga
orang budak perempuan tengah berborak tapi macam nak bergaduh. Terus tiga
pasang mata beralih ke arah yang Joe cakap tu. Sam pulak waktu tu dah
sibuk-sibuk tolak Rex suruh pergi kejar Tia. Dan di sinilah dia berdiri
sekarang, berhadapan dengan Tia Ameena selepas didesak macam nak gila oleh Sam.
Sam ni memang nak kena lepas ni.
“Kenapa dengan tadi?” Tia menyoal balik. Dia tahu apa
yang dimaksudkan Rex tapi sengaja buat-buat tak tahu.
Rex mengurut pangkal tengkuknya. Kenapa dengan tadi? Erm.
“Tadi…tiga orang perempuan tu?” Ayat Rex dah jadi tak tersusun. Payah betul dia
nak menyusun ayat dan mengeluarkannya. Macam ni ke susahnya nak bercakap dengan
orang yang kau suka? Atau pun aku je yang rasa macam ni?
Tia gelak. Perlahan. “Oh, tadi tu? Takde apa pun.” Rex
terkesima. Dia gelak Rex. Dia gelak. Depan kau. Dia gelak. Hatinya terasa
berbunga. Perasaan yang dibendung selama setahun macam luruh dari tempat
takungannya. Macam daun kering yang gugur dari dahan. Meledak dan terus meledak
dalam hati. Rex ketap bibir bawah. Dia perlu beredar dari situ dengan cepat.
Dia tak tahu apa yang perlu dibuat.
“Baguslah.” Itu yang terpacul dari mulutnya.
“Kenapa?”
Geleng. “Err, Joe cakap dia nampak korang macam nak
gaduh.” Rex menolak hujung rambut di belakang. Eh, jangan kacau pandangan mata
akulah rambut oi! Rex, sabar Rex. Tenang tenang. She’s there. Dia bukan gambar yang kau tatap setahun lepas. Setahun
lepas dia hanya bayangan dan mimpi kau. Tapi sekarang dia realiti. Dia ada kat
situ. Terpisah hanya tiga-empat tapak je dari tempat kau berdiri.
“Taklah.” Tukas Tia. Laju. Dia tak nak Rex fikir yang
tidak-tidak. Dan sekarang ni pun dia macam tak kekok seperti awal-awal dulu.
Rex pun nampak macam lebih relax. Dah
tak stiff macam masa awal perkenalan
mereka. Tak kerek macam masa mereka bertemu buat kali pertama.
“Dari mana tadi?” Rex bertanya lagi. Dia tahu tak jauh
dari tempat dia dan Tia berdiri tiga pasang mata sedang memerhati. Dan pastinya
Samlah yang tengah bersemangat waja memerhati.
“Dari pejabat. Ada urusan sikit.”
“Oh. Sekarang ni?”
“Balik kelas.” Tia pelik. Banyak pulak soalan dia hari
ni. Kalau dulu nak dengar suara dia pun susah. Macam ada emas je dalam mulut
tu. Sekarang bukan main lagi.
“Dah makan?”
Tia mengerling jam di pergelangan tangan. Waktu rehat
hanya tinggal lagi 15 minit. Tak tahulah sempat ke tak nak lari pergi kantin.
Macam tak sempat je. Nampak gayanya tak makanlah aku ni. Hmm.
“Err, jomlah lepak dengan kitorang. Adalah roti kalau nak
makan. Sam belanja.” Rex offer. Tia
pandang Rex dengan muka pelik. Eh, eh? Ni ke Farish Ikhwan yang dia kenal masa
awal-awal dulu? Apasal macam lain je ni? Dia ni kena sampuk hantu
saya-jadi-peramah-hari-ni ke hape?
Rex yang perasan pada perubahan riak wajah Tia terus jadi tak tentu arah. Dia
tak tahu nak deal dengan perempuan.
Tak termasuk adik-adiknya tu. Yang tu cerita lain.
“Tapi, kalau kau tak nak takpe.”
“Takpe. Aku join
korang.”
“Okay.”
Mereka sama-sama melangkah
beriringan menuju ke gazebo tempat yang menjadi port lepak mereka tiap kali waktu rehat. Sam sedang mengunyah roti
yang dibelinya dari koperasi sekolah. Joe dengan Fadil pulak masih lagi rancak
berbual. Tak tahulah tentang apa. Mungkin pasal budak kelas mereka. Yelah,
mereka berempat berlainan kelas. Hanya Joe dan Fadil yang berjodoh untuk
sekelas. Cikgu semua takut agaknya nak tempatkan mereka dalam satu kelas. Takut
mereka buat kecoh.
“Eh, Tialah.” Sam buat-buat terkejut. Tia senyum. Rex
buat muka jengkel. Kalau bab berlakon dia memang juara. “Nak makan?” Sam
menghulurkan bungkusan roti yang masih belum berbuka. Tia mengambil bungkusan
roti itu dari tangan Sam.
Rex sudah pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu
berhadapan Sam. Tia pulak mengambil tempat di atas kerusi bersebelahan Sam. Sam
hantar isyarat mata kepada Rex tentang jarak dia dan Tia. Rex buat-buat tak
peduli. Kisah pulak aku? Takat duduk sebelah-menyebelah macam tu sikit pun aku
tak heran. Atau, mungkin aku heran sikit?
Tia membuka plastik yang membungkus roti di tangannya.
Roti yang sudah dibuka digigit lalu dikunyah perlahan-lahan. Rex memerhati
dengan ekor mata setiap tingkah laku Tia. Setiap kelakuan Tia dirasakan
menarik. Tak jemu untuk dilihat. Dan dia juga seperti tidak sedar yang dirinya
sedang diperhatikan oleh tiga pasang mata – Sam, Joe dan Fadil.
Sam berdehem. Rex tersentak. Terus dia buat-buat menyelak
majalah yang dibawa Fadil yang diletakkan di atas kerusi batu bersebelahan
dengannya. Majalah itu diangkat menutupi wajahnya yang dah mula memerah. Panas.
“Terima kasih Sam untuk roti ni.”
“Sama-sama. Terima kasih untuk kau jugak.” Sam senyum.
Sengaja dia menekankan perkataan ‘terima kasih’ itu supaya sampai ke corong
telinga Rex. Lagipun, Rex tentu faham untuk apa terima kasih itu.
“Kenapa?”
“Takde apa-apa. Saja nak cakap terima kasih.”
Tia angguk lantas menarik senyuman manis. Rex masih lagi
dengan majalah di tangan. Tak sanggup nak memandang Tia lagi. Dia tak nak tertangkap
pandang Tia macam tadi. Malu. Malu.
Loceng berbunyi. Tia pandang jam ditangan. 11 pagi. Waktu
rehat dah tamat. Tia bangun dari duduknya. Kedua-dua belah tangan membetulkan
baju kurung. Empat lelaki di hadapannya masih lagi duduk – tak berganjak dari
tempat mereka.
“Tak nak balik kelas?”
“Kau balik dulu. Kitorang nak lepak lagi kat sini.”
“Okay, jumpa kat kelas.” Tia terus melangkah meninggalkan
mereka berempat di situ. Rex menghantar langkah Tia dengan ekor matanya
disebalik majalah yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya.
Sam berdehem.
Majalah ditangan ditutup dan diletakkan di tepi. Rex
pandang Sam macam nak telan hidup-hidup. Sam tahu Rex bengang dengannya. Yelah,
siapa je tak bengang kalau jadi Rex kan? Tapi, dia patut berterima kasih sebab
dengan pertolongannya dapat jugak bercakap dengan Tia tu. Siap cakap berdepan
lagi.
“So? Resolution?”
“Apanya lagi?” Rex dah penat. Tak larat nak bermain dalam
permainan yang diatur oleh Sam. Letihlah jadi pemain. Tia yang tak tahu apa-apa
tu tak pasal-pasal terbabit sama dalam permainan ni. Permainan mengenal hati
sendiri. Cehh!
“Kau suka awek tadi ke Rex?” Fadil angkat kening.
“Boleh tahan.” Joe memberi komen. Rex menghela nafas.
“Taklah. Sam ni haa. Suka buat benda bukan-bukan.” Rex
cuba menafikan. Dia mengelak sebenarnya. Dia tak nak ada yang tahu. Cukuplah Sam
seorang yang tahu. Dia tidak mahu menambah lagi bilangan orang yang tahu akan
perasaannya.
Setahun. Setahun tu tempoh
yang terlalu lama. Dahlah jatuh suka kat orang yang dia tak kenal. Terjumpa kat
tepi tasik tempat dia lepak dengan Sam. Siap ambil gambar curi-curi lagi. Bukan
je satu gambar tapi ada enam gambar semuanya. Cuba bayangkan kalau Tia tahu? Apa
yang dia fikir? Mesti dia ingat aku pervert.
Mesti dia ingat aku teruk gila. Siapa je yang simpan gambar orang yang tak
dikenali selama setahun? Siap cuci gambar letak dalam frame lagi.
“Tak payah nak berdalihlah. They saw it.”
“Ala, Rex. Kalau dah suka go ahead jelah. Aku tak nampak sebab apa yang kau kena simpan
perasaan tu sorang-sorang.” Fadil dah masuk mode ceramah. Fadil ni kalau bab
bagi nasihat dia memang pakar. Semua nasihat dia tu berguna juga. Tapi adakalanya
nasihat dia tu boleh campak masuk tong sampah. Tak boleh pakai.
“Betul cakap Fadil. Bukannya kau bunuh orang ke apa.” Joe
menyokong. Sam angguk. Bila dah tiga lawan satu, takkan ada chance untuk Rex berdalih dan mengelak
lagi. Rex, nak dengan tak nak kena terima setiap apa yang Sam lakukan untuk
kebaikan dia jugak.
“Dahlah. Aku gerak balik kelas. Balik nanti macam biasa.”
Rex terus bangun. Dia menggeliat. Matanya yang terasa gatal digosok-gosok
dengan tangan kanan. Tanpa pamitan, dia mengatur langkah meninggalkan tiga
orang kawannya di gazebo itu. Tiga keluhan dilepaskan serentak.
SUASANA di dalam kelas
ketika itu riuh-rendah dengan suara seisi ahli kelas itu. Masing-masing macam
tengah beradu siapa yang paling bising dalam kelas. Sam di tempat duduknya –
melentokkan kepala di atas meja beralaskan lengan. Dia malas nak turut serta
membuat bising. Tak ada mood. Sesekali anak mata mencari Rex di blok sebelah
sana. Sam tarik nafas dan menghelanya keluar. Entah bilalah Rex ni nak ada
keberanian? Kemudian, pandangannya beralih pula pada Tia yang sedang menyelak
helaian buku di hadapan.
Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Nak cuba? Tak salahkan
kalau mencuba? Semua ni demi kawan. Kesian kawan aku tu dok kemaruk selama
setahun ni sebab cik Tia kita ni. Sam masih lagi dengan kepalanya di atas meja
beralas lengan.
“Tia.”
“Hmm?” Matanya tak beralih dari muka surat di hadapan.
“Nak tanya boleh?” Sam mengetuk-ngetuk mejanya melagukan
melodi yang tak ada tempo dengan hujung jari. Tia pandang Sam dengan muka
pelik.
“Apanya?”
“Apa pendapat kau tentang Rex?”
“Pendapat aku?”
Sam angguk. Matanya memandang Tia yang sedang berfikir. Tia
pandang siling kelas. Pendapat aku tentang Rex, huh?
“Dia dingin.” Itu yang keluar dari mulutnya. Ya, dia
dingin. Dia macam tak nak ada orang dekat dengan dia. Ke dia macam tu bila
dengan aku je? Tapi, dia dengan Sam macam okay je. Hmm. Tapi, rasanya dia macam
tu dengan semua orang kecuali Sam. Mungkin sebab mereka dah berkawan dari kecik
kot. So, macam tak ada masalahlah untuk dia tunjukkan his true color kan?
“Lagi?”
“Dia macam banyak sangat benda yang dia fikirkan. Aku rasalah.”
Masih memandang siling dengan jari telunjuk di dagu. Senyuman nipis bergayut di
bibir Sam.
“Lagi?”
“Lagi? Erm, akan ada satu masa dia jadi lain macam. Macam
tadi.” Tia memusing-musingkan pen di tangan sambil menongkat dagu. Ya, macam
tadi. Sangat lain macam. Langsung tak macam Rex yang dikenalinya awal-awal
dulu. Tiba-tiba je dia jadi macam banyak cakap. Banyak betul soalan. Walaupun dia
perasaan masih ada nada kekok dalam percakapannya tapi kira okaylah kalau dia
nak bercakap, kan? Tia memandang terus ke papan putih di hadapan kelas. Sam angguk.
Dia macam faham apa yang cuba Tia sampaikan.
Rex boleh jadi dua orang yang berbeza dalam situasi yang
tertentu. Dia boleh jadi sangat dingin dengan orang dan dia boleh jadi
peramah - banyak cakap dengan orang. Itu
Farish Ikhwan, Rex. Tapi, akan ada masa dia jadi tak pasti dengan diri dia
sendiri. Macam keadaan dia sekarang ni.
“Kenapa tiba-tiba tanya?” Tia kembali menjatuhkan
fokusnya pada buku yang terbuka luas di hadapannya. Sam diam. Kenapa eh? Sebab aku
nak tau.
Sam menyandarkan tubuhnya ke belakang dengan tangan
bersilang. “Random.” Ringkas jawapan
dari Rex. Tia tak bertanya lagi. Suasana kembali sepi antara mereka. Hanya kedengaran
bunyi helaian buku diselak.
“Kau tak nak apply
masuk kelas elit?” Soalan Sam menarik perhatian Tia.
“Boleh ke?”
Angguk. “Orang macam kau takkan ada masalah masuk kelas
tu. Lagipun…” Sam tidak menghabiskan ayatnya. Sengaja dibiarkan tergantung
begitu. Sebenarnya dia tak tahu perlu atau tidak dia memberitahu. Dia nak cakap
‘Rex ada kat kelas tu’ tapi biarlah.
Tia menunggu Sam untuk menghabiskan ayatnya yang
tergantung sebentar tadi tapi Sam macam tak menunjukkan tanda-tanda hendak
menyambung ayat itu. Akhirnya, Tia membiarkan sahaja.
“Kalau kau nak apply,
mintak application form kat cik
Aznida.”
“Kelas elit tu memang kena apply?”
Geleng. “Diorang tu dipilih tapi kalau ada yang nak masuk
boleh je.” Sam bermain-main dengan hujung rambutnya. Tia gigit belakang pen. Kalau
masuk kelas elit tu maknanya aku sekelas dengan Rex kan?
“Rex tu macam mana orangnya?” Perlahan sahaja soalan itu
meniti di bibirnya. Hampir-hampir tidak kedengaran. Sam mengetuk dagunya. Macam
mana eh?
“Complicated.”
Satu perkataan yang cukup untuk describe
seorang Farish Ikhwan. Ya. Dia sangat complicated.
Susah untuk difahami. Susah untuk disuruh membuat keputusan. Susah nak bergaul
dengan orang. Segalanya susah. Dingin. Macam yang Tia cakap tadi. Rex macam
dengan dunianya. Cold person. Tapi,
kalau ada yang ternampak dia di rumah mesti tak akan ada sesiapa yang percaya
itu Rex. Kontra. Macam langit dengan bumi. Lain sungguh bila dia di rumah dan
luar rumah.
“Mesti penat jadi kau.”
“Sangat.” Sam menghela nafas panjang.
“Tapi dia bertuah sebab ada kawan macam kau.”
Sam angkat kening.
“Kawan yang akan ada di sisi dia susah dan senang.” Sambung
Tia dengan senyuman ditarik melepasi bibir. Sam mengalih pandang ke arah lain. Dia
jadi malu tiba-tiba mendengar ayat itu. Kawan yang aka nada di sisi dia susah
dan senang, Kata-kata Tia terngiang-ngiang di telinganya. Sam memandang blok
sebelah sana. Rex sedang tekun belajar. Belajar ke? Anak matanya terus pada
whiteboard di hadapan. Serius.
“Kau rasa akan ada ke perempuan suka dia?”
“Siapa?”
“Rex.”
“Dia akan jumpa orang yang dia akan cherish sepanjang hayat dia. Kena tunggu sikitlah. Perempuan tu,
aku takkan kata dia malang tapi dia bertuah sebab berjaya tawan hati Rex. Err,
mungkin malang jugaklah sebab dia suka Rex.”
Serentak mereka berdua ketawa. Tia mencuri pandang Rex di
blok sebelah sana. Senang betul nak cari sebab dia duduk betul-betul tepi tingkap.
Sampaikan dia sendiri dah tau angle
mana yang terbaik nak tengok Rex dengan jelas – sejelas-jelasnya.
Tengah mereka ralit memerhatikan Rex, tiba-tiba kelas
jadi sunyi. Sam dan Tia jadi pelik. Anak mata terus beralih memandang seluruh
kelas. Kenapa senyap tiba-tiba? Sam pandang muka pintu. Dia telan air liur. Eh?
“Azam!!” Suara perempuan di muka pintu menarik perhatian
setiap ahli di dalam kelas itu. Sam dan angkat punggung bersedia untuk lari. Kenapa
dia datang waktu-waktu macam ni?
Sam merapatkan bibirnya ke telinga Tia. “Aku nak pergi
selamatkan diri.” Tanpa menunggu sesaat berdesup dia lari meninggalkan tempat
duduknya dan kelas. Lari lintang pukang. Si cantik manis yang berdiri terpacak
di muka pintu tadi turut sama lari mengejar Sam. Tia kerut dahi. Apakah?
Suasana kembali riuh dengan gelak ketawa. “Sam! Selamatkan
diri. Jangan tertangkap.” Suara Ijat – duduk selang dua meja darinya menjerit
ke luar kelas kepada Sam.
“Darina! Go get him.”
Firdaus pula menjerit. Tapi buat si gadis manis itu barangkali. Yelah, Darina
tu kan nama perempuan. Takkan untuk Sam pulak.
Tia yang tak tahu apa-apa hanya mampu melihat adegan
kejar-mengejar itu sehinggalah mereka berdua hilang dari pandangan. Tak tahu
pergi mana. Azri yang duduk di hadapan Sam berpusing ke belakang. “Tu stalker Sam. Darina.” Azri menerangkan
seolah-olah faham Tia memerlukan penjelasan. Yelah, kalau dah tiba-tiba Sam
lari lintang-pukang macam tak cukup tanah mestilah Tia pelikkan?
“Stalker?”
Azri gelak. “Macam secret
admirer. Tapi dah tak secret. Darina
tu betul-betul syok kat Sam. Sampai Sam jadi takut.” Azri sambung gelak lagi sebaik
sahaja dia selesai menerangkan. Tia pandang ke luar semula. Macam ni pun ada?
Biarlah. Pandai-pandailah dia bawak diri. Lagipun, dari
gaya Azri bercakap macam bukan pertama kali jadi macam ni. Mesti dah
berkali-kali jugakkan? Tia mengalihkan anak matanya dari luar kelas kembali ke
dalam dan ketika itu anak matanya bertembung pandang dengan sepasang anak mata
milik Rex.
Rex sedang menongkat dagu, memandang terus ke kelasnya. Atau
lebih tepat lagi memandang dirinya. Ye ke? Atau dia yang perasan? Pandangannya tampak
redup. Tak seperti selalunya. Tajam dan beku. Macam nak telan orang pun ada
gayanya. Tia tak mengalihkan pandangan sebaliknya dia memberanikan diri
berlawanan mata dengan Rex. Rex juga tidak beralih. Lama mereka begitu
sehinggalah cik Aznida masuk menggantikan Puan Salina. Suara ketua kelas mereka
memberi arahan untuk bangun memaksa Tia mengalihkan pandangannya dan tika itu
juga dia perasaan Rex mengukirkan senyuman. Senyuman yang tidak pernah
dilihatnya. Farish Ikhwan tersenyum padanya.
4 comments:
suka3!!!.
bila rex nak tunjuk dy punya true color nih???
best la wirter...thx pitak
dah sling b'tatapan...rex bile nk confess nie...sian kt Tia x thu cite yg sbenarnya...
apep0n keep writing ya...saya suka!!
Homaigodddddddddd serious, I'm in love REX !!
alahai..dari mata turun ke ati..
Post a Comment