PRAKATA :)

Rex dan Tia 11.

Friday, December 9, 2011

Rex dan Tia 8 (edited version)




SAM mencengkam kuat belakang baju Rex dengan jantung berdebar macam nak pergi jumpa mak mertua. “Rex, kena jugak ke jumpa dia?” Sam dah mula masuk mode mengada. Sam ketap gigi. Cuak. Jantung dah dup dap dup dap tanpa henti sejak tadi. Tak terkata cuak yang dirasainya ketika itu. Berpeluh-peluh juga dibuatnya. Rex beberapa kali cuba menepis tangan Sam yang memegang bajunya. Habislah kedut baju aku tu.
            
“Kau nak takut apa?” Rex bersuara malas. Tak pasal-pasal dia pun terheret sama kena jumpa si Darina tu. Dengan alasan si Sam, dia akan jadi kuat sikit nak lawan mulut dan menolak Darina kalau Rex ada. Apa-apa jelah. Macamlah bagi impak besar pun. Rex menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar sekolah. Anak mata meliar mencari kelibat Darina yang mahu berjumpa di belakang blok menempatkan kelas Sam – berhampiran dengan tempat letak basikal dan motosikal.
            
“Kau tak tahu dia macam mana Rex.” Lemah sahaja suara Sam. Cengkamannya pada baju sekolah Rex dilepaskan. Habis keronyot baju Rex dibuatnya. Sorry, la kawan. Sam mengheret kakinya menghampiri motosikal 135LC berwarna hitamnya. Rex pulak lebih senang berdiri sambil menyandar pada tiang yang ada.
            
Rex keluarkan sebatang rokok yang disimpannya di dalam poket seluar. Dia memerhatikan sekeliling. Tak ada orang! Cantik. Rokok itu disisipkan ke bibirnya, lighter dipetik dan dinyalakan. Tak lama kemudian, beberapa kepul asap keluar dari rokok yang dibakar. Sam hanya menggeleng. Tak menyudah dengan rokok.
            
“Apa yang Darina tu buat sampai kau takut macam ni?” Rex melepaskan asap-asap rokok yang berbaki di dalam mulutnya ke udara. Sam bermain-main dengan hujung rambutnya yang sudah panjang. Hmm, kena potong nampaknya.
            
Sam pandang jalan. “Aku rasa tak secure. Aku rasa macam 24/7 aku kena control. Dah macam awek aku pulak dia tu.” Sam mendengus. Kenapa mesti over sampai macam tu? Dia tak suka! Dia mahukan kehidupan yang dahulu. Sebelum adanya Darina, sebelum Darina tu tiba-tiba datang dan meluahkan perasaan. Dia mahu bebas ke mana sahaja tanpa ada rasa takut.
           
“Kenapa kau tak bagi peluang kat dia?”
            
“Maksud kau?” Sam kerut dahi. Dia seperti dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Rex. Takkanlah? “Kau nak suruh aku cuba suka dia?” Sam memandang tepat wajah Rex yang berdiri menyandar dengan kaki kanan disilangkan. Rex jungkit bahu – tidak memberi jawapan. Memberi ruang kepada Sam untuk berfikir sendiri. Sam menghela nafas.
           
“Tak salah pun mencuba.” Perlahan Rex menutur kata. Hampir-hampir tidak kedengaran pada pendengaran Sam. Sam bersiul kecil. Mencuba? Soal hati dan perasaan boleh ke nak dicuba dan dipaksa? Kalaulah semudah tu untuk menyukai seseorang, tak adalah dia larikan diri dari Darina macam sekarang ni.
           
Sam pejam mata rapat-rapat. Berfikir “Mana tau hati kau tu sebenarnya suka Darina tapi kau berkeras tak nak mengaku.” Rex menyambung kata. Otak Sam mula beroperasi mencerna segala ayat yang baru melantun keluar dari mulut Rex. Tiba-tiba Rex macam jadi pakar pula bab-bab hati dan perasaan ni. Takkan sebab unrequited love selama setahun tu merubah Rex jadi macam sekarang ni?
            
“Tapi, macam mana kalau sebaliknya?” Sam memprovok. Sengaja dia bertanyakan soalan sebegitu untuk mendengar pandangan Rex. Rex jarang memberikan pandangannya seperti yang dilakukan sekarang.
            
Rex memandang kepulan-kepulan asap rokok yang baru dilepaskan. “Kalau sebaliknya, kau kenalah cari jalan untuk terangkan semuanya secara baik.” Tenang Rex membalas. Matang. Sam terasa macam bercakap dengan orang lain, bukan Rex. Bukan Farish Ikhwan yang dikenalinya. “Mungkin ada sebab juga kenapa Darina tiba-tiba muncul macam ni.” Sambung Rex dan selepas itu tiada lagi kata-kata dari bibir itu. Sam diam. Ada benar apa yang dikatakan Rex. Mungkin ada sebab. Tak ada kebetulan dalam dunia ni. Semuanya dah tertulis, tersurat. Hanya manusia yang suka mencari alasan dengan mengatakan ianya kebetulan.
           
“Rex…”
           
“Apa?” Puntung rokok dilempar ke luar pagar sekolah. Dia menarik nafas lega.
            
“Gadis setahun lalu memang ubah kau 360 darjah ey?”
            
People change, bro.”
            
People change with reasons, bro.” Sam menambah ayat Rex. Rex menyebak rambutnya ke belakang. People change with reason, huh?
           
“Azam…” Serentak dua pasang mata mengalihkan pandangan ke arah datang puncanya suara. Darina! Sam terus turun dari motosikalnya. Berjalan menghampiri Darina yang turut sama berjalan menghampirinya. Rex berdiri statik ditempatnya. Tak mahu masuk campur. Biar dia uruskan sendiri.
            
“Ingatkan tak datang.” Darina tersenyum manis. Sam pandang Darina atas-bawah. Bukannya tak cantik gadis di hadapannya ni cuma entah. Dia tak ada hati. “I nak mintak maaf.” Darina pandang dalam anak mata Sam. Sam terkedu. Maaf? Untuk?
           
“Maaf menyusahkan you selama ni. I tau I macam budak kecik buat semua tu. Haha. Kelakar, kan? So, lepas ni you tak payah risau lagi. I takkan kacau you lagi.” Lemah suara itu kedengaran di cuping telinga Sam. Rex dah melangkah menuju ke motornya. Dia tak mahu pasang telinga. Dia tak mahu mendengar perbualan mereka.
            
Sam kelu. Dia memandang lama wajah Darina yang masih dengan senyuman. Macam tak ada sikit pun rasa sedih. Senangnya dia buang perasaan tu? Dia ingat senang ke aku nak sesuaikan diri setahun lepas dengan perangai dia yang gila tu? Ingat senang ke dia nak kumpulkan sejuta kekuatan untuk datang jugak ke sekolah despite of rasa takut? “Kenapa sekarang?” Sam tak kalih pandang dari raut wajah itu.
            
“Sebab I tak nak menyusahkan you lagi.” Darina tunduk menekur lantai. Tak berani nak angkat muka. Entah kenapa waktu itu Sam dirasakan sangat menakutkan. Pandangan matanya tajam macam belati.
            
“Setahun you susahkan I dan sekarang you cakap tak nak susahkan I? You rasa seronok ke buat macam ni?” Nada suara Sam dah naik seoktaf. Berombak sedikit dadanya. Sam, kenapa mesti kau marah? Darina berundur setapak ke belakang. Takut. Sam menolak kasar rambutnya ke belakang.
            
Darina gigit bibir bawah. “Sorry.” Seperti berbisik kata maaf itu diucapkan.
            
Sam sendiri pun tak tahu kenapa dia jadi marah. Waktu itu kata-kata Rex bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Mana tau hati kau tu sebenarnya suka Darina tapi kau berkeras tak nak mengaku. Sam mencangkung dengan kedua-dua belah tangannya dibawa ke belakang kepala. Aku suka dia?
            
“You tak nak susahkan I kan?” Sam menyoal. Darina mengangguk.
            
“Jangan berhenti susahkan I.” Sam tunduk menekur simen. Dia jadi malu. Mukanya terasa berbahang. Entah kenapa ayat itu yang bermain di kepalanya dan ayat itu juga yang terpacul dari mulutnya.
           
Berkelip-kelip mata Darina memandang Sam yang sedang mencangkung. Otak cuba memproses apa yang baru didengarinya. “Maksud you?” Darina inginkan kepastian. Takut tersalah dengar. Jangan berhenti susahkan dia? Maksudnya apa?
           
Stay by my side. Kita boleh mula dengan berkawan.” Sam dah terasa nak benam muka dalam tanah. Bertambah-tambah merah dan berbahang mukanya.
            
Darina tekup mulut. What? He say what? “You demam ke?”
            
Sam angkat muka. Memandang tepat wajah Darina yang tampak keliru. “Tak. Tak demam pun. Mungkin I memang suka you cuma I mengelak.” Sam garu kepala yang tak gatal. Rex di atas motosikal hanya memerhati dengan ekor mata. Senyum nipis bergayut di bibir. Dari gaya dia boleh agak apa yang sedang berlaku. Rex pandang bumbung. You made it, bro.
            
“I boleh kacau you lepas ni?”
            
Angguk. “I tak kisah.”
           
“I boleh kejar you lagi?”
           
Gelak. “You dah kejar I setahun ni.” Dia masih lagi mencangkung di hadapan Darina.
            
“I boleh text, call you lagi?”
            
“You buat apa setahun ni? I dah biasa.” Darina turut sama mencangkung. Dagunya disangkutkan pada kedua-dua belah lututnya.
           
“I boleh terus suka you?”
           
Angguk. “Tapi, kita mula dengan kawan dulu.”
           
Darina senyum. “Okay.”
            
Sam turut sama senyum. Tangan kanan disuakan ke hadapan Darina. Darina angkat kening dan lambat-lambat tangan Sam disambut. Sam berdiri, menarik tubuh Darina untuk turut sama berdiri. Sam berpusing ke belakang mencari kelibat Rex.
           
“Rex!” Sam menjerit memanggil.
            
“Apa?”
            
“Semua dah settle.” Menjerit lagi.
           
“Baguslah.” Rex membalas. Turut sama menjerit.
           
“Kau bila lagi?”
           
Rex diam. Aku bila lagi? Bila Rex? Takkan nak dibiarkan peluang berlalu macam tu. She’s there! Dia dah ada dekat depan mata. Bukan lagi dalam gambar. Soalan Sam dibiarkan tanpa jawapan. Dia tiada tahu bila dia akan berjaya mengumpul sejuta kekuatan untuk berdepan depan Tia dan perasannya. Biarlah. Dia tak mahu tahu.

3 comments:

ila said...

pndk la..x puas bca..nak lgi.plizz

checond said...

terbaik..
sam&darina :D

MaY_LiN said...

ya..love them

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers