Rex duduk bersendirian di laman rumahnya
memerhati pokok-pokok bunga yang ditanam umi, Puan Haslah. Umi memang suka
bunga sampaikan kalau boleh laman rumah mereka ni nak dijadikan taman bunga.
Nasib baik abah, Encik Fazli sempat menegah. Berkeras abah cakap yang abah dah
okay dengan keadaan laman rumah mereka yang sekarang. Abah tak nak rumah penuh
bunga sebab abah cakap macam nursery.
Rex hanya ketawa mendengar jawapan abah. Boleh pulak abah nak compare dengan nursery.
Kotak
Marlboro dikeluarkan dari poket seluar pendek yang dipakainya. Penutup dibuka
dan sebatang rokok ditarik dari kotak terus disisip ke bibir. Lighter dinyalakan. Rex bersandar ke
belakang sambil memandang langit petang yang redup. Bunyi-bunyi burung menyapa
telinganya. Damai. Angin petang bertiup lembut ke tubuh. Umi tengah sibuk
mengajar Izhar mengaji kat dalam. Abah pergi jumpa kawan entah kat mana. Dia
tak pulak tahu.
“Angah.”
Aisyah memanggil. Rex pandang kanan. Aisyah sedang berdiri tersenyum dengan sketch book ditangan. Rex menarik lagi
asap rokok masuk ke dalam mulut – memenuhi rongga tubuhnya yang kekurangan
nikotin.
“Kenapa?”
Rex bertanya malas. Dia melepaskan asap yang baru disedut ke udara.
Aisyah
garu kepala. “Nak ke sana boleh?” Aisyah meminta izin. Dia tahu angahnya tak
suka dia datang dekat tiap kali angahnya merokok. Dan tiap kali dia cuba untuk
datang dekat angahnya akan cakap macam ni ‘angah tak nak adik angah sakit. Biar
angah sakit sorang’. Dan tiap kali itu juga dia akan melawan ‘Aisyah tak nak
angah sakit. Kalau angah nak sakit, biarlah sakit sama-sama’. Lepas tu mesti
angahnya akan balas ‘angah sayang Aisyah’. Tiga patah perkataan yang cukup
untuk membuatkan dia tak cakap apa-apa dah. Angah selalu macam tu. Selalu
pentingkan orang lain sebelum diri sendiri.
“Bagi
angah habiskan dulu. Dua minit.”
“Okay.
Aisyah tunggu kat sini.” Aisyah akur. Dia tak nak angah marah. Dia tak nak
angah cakap benda bukan-bukan lagi. Pernah sekali Rex menengkingnya sampai dia
menangis hanya sebab dia duduk sebelah Rex sewaktu Rex sedang merokok. Sudahnya
Rex terus buang rokok yang tak sampai pun separuh dan memujuknya. Angah baik.
Angah sayangkan semua orang. Tapi, angah selalu abaikan diri sendiri. Angah tak
sayangkan diri sendiri. Angah buat orang lain risau.
Aisyah
hanya memandang Rex dari tempatnya berdiri. Rex masih dengan rokoknya. Pernah
beberapa kali dia menyuruh angahnya berhenti merokok tapi alasan yang selalu
diberikan ‘tunggu angah kahwin, baru angah berhenti merokok.’ Titik. Tak ada siapa
yang berjaya membuatkan angah membuang tabiatnya yang satu itu. Angah memang
degil. Keras kepala. Sama perangai dengan abah. Dua-dua pun keras kepala.
Aisyah
tarik nafas dalam-dalam. “Angah.” Aisyah melaung dari tempatnya berdiri. Rex
kalih pandang dari langit ke wajah adiknya. Kening terangkat.
“Tak
tau la ni Aisyah yang rasa atau apa but
angah nampak miserable gila.” Aisyah
meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Betul. Seminggu ni dia selalu perhatikan
angahnya. Tiap kali balik sekolah, muka angahnya tak macam selalu. Teruk! Macam
orang mati bini. Kali terakhir dia tengok angahnya macam tu adalah setahun
lepas. Setahun lepas angahnya memang macam orang baru lepas mati bini.
“Kenapa
cakap macam tu?”
“Entah.
Instinct seorang adik kot.”
Rex
gelak. Puntung rokok ditangan dipandang lama. Miserable? Puntung rokok itu dicampak melepasi pagar rumahnya,
terus masuk ke longkang. Rex melepaskan asap rokok di dalam mulut. Senangnya
jadi asap rokok tu. Lepas sedut, dilepaskan. Tapi, asap rokok tu merosakkan manusia.
Tak tahu ke?
Rex
mengeluh. Wajah adiknya dipandang dengan senyuman di bibir. Lantas adiknya
digamit mendekatinya. Aisyah membuka langkah menghampiri Rex lantas duduk
bersebelahan Rex di atas buaian yang terletak di laman itu. Berkeriut buaian
itu berbunyi.
“Aisyah
berat sangat sampai berbunyi buaian ni.” Rex menyakat. Aisyah melibas badan Rex
dengan sketch book ditangan. Kejam!
“Angah
la berat. Boo!” Aisyah jelir lidah. Tak nak mengalah. Suka-suka cakap aku
berat. Taulah aku berisi tapi takkanlah sampai nak berbunyi buaian ni. Buaian
ni pun satu, mengada! Nak bunyi-bunyi pulak.
Rex
ketawa besar. Amboi, tak nak mengalah tu. Rex mendepakan tangannya. Tangan
kanannya dibawa melingkari bahu adiknya itu lalu ditarik rapat ke tubuhnya.
“Angah busuk! Bau rokok.” Rex buat-buat tak dengar. Aisyah sengih. Dia sengaja
cakap macam tu. taktik nak suruh angah berhenti merokok. Aisyah melentokkan
kepalanya. Manja. Bau rokok pun bau rokoklah. Rex pandang depan. Terus ke
tengah jalan di hadapan rumah. Sesekali matanya menangkap beberapa motosikal
yang lalu-lalang.
“Kenapa
cari angah?”
“Bosan.
Umi tengah ajar Izhar mengaji. Alisya tidur. TV bosan.” Rungut Aisyah dengan
memuncungkan bibirnya. Rex sengih. Dia tahu sangat adiknya tu. Kalau dah bosan
takde kerja lain asyik nak merungut je dengan muncung itik tu. Tarik muncung tu
taulah.
Kepala
adiknya diusap lembut. “Kenapa tak mengaji sekali dengan Izhar?” Tangannya
beralih pula pada hujung rambut adiknya lalu dipintal-pintal. Aisyah menepis
tangan Rex. Rex sengih lagi. Dia tahu sangat Aisyah tak suka sesiapa pun
memintal rambutnya. Dia cakap nanti rambut jadi kerinting. Yelah tu.
“Aisyah mengaji malam dengan umi. Abah sekali.”
Rex
diam.
“Angah.”
“Hmm?”
“Angah
okay ke?”
“Kenapa
tanya?” Rex tak memandang wajah adiknya. Aisyah membuka sketch book ditangan.
Tangan kiri dah sedia dengan pensel.
Tangan
mula melakar. “Entah. Angah tak pernah merokok banyak macam tu.” Mudah jawapan
Aisyah. Bukan niat untuk menyindir. Tiada nada sinis dalam kata-kata Aisyah.
Rex rasa terpukul. See? Kalau dah
adik sendiri pun perasan, apa maksudnya tu Rex? Sehari kau boleh habiskan
sekotak. Dalam sehari jugak 10 ringgit kau bakar macam tu je. Sia-sia. 10
ringgit tu boleh buat makan untuk 2 hari tau tak? So, apa maknanya tu?
“Mana
ada.”
“Angah,
seminggu Aisyah perhatikan angah.” Mendatar suara Aisyah. Tangan masih lagi
melakar. Rex memandang dengan ekor mata.
“Yelah,
Aisyah.” Rex membalas dengan nada bergurau. Aisyah menyiku rusuk kanan Rex. “Orang
serius dia main-main.” Bentak Aisyah bengang. Mengada! Rex menyeringai. Eh,
main kasar! Sakit tau tak? Rex tarik tocang kuda Aisyah. Terjerit-jerit Aisyah
dibuatnya. Rex buat-buat pekak. Padan muka. Siapa suruh siku angah tadi?
“Angah,
Aisyah apa yang terjerit-jerit tu?” Umi menegur dari muka pintu. Kaki menyarung
selipar dan mengatur langkah menghampiri Rex dan Aisyah. Aisyah menepis-nepis
tangan Rex cuba meloloskan diri. Umi geleng kepala.
“Angah,
apa buat adik macam tu?”
“Aisyah
start dulu, umi.” Aisyah berjaya
melepaskan diri dan berdesup dia lari menyorok di belakang Puan Haslah. Rex
gelak besar. Padan muka! Aisyah jelir lidah. Kedua-dua belah tangan memegang
erat pinggang uminya. Selamatkanlah anak umi ni.
“Dah,
Aisyah masuk dalam. Umi nak cakap dengan angah.”
“Haa,
marah angah umi. Jahat!” Aisyah jelir lidah lagi dan terus berlari masuk ke
dalam rumah. Rex geleng kepala. Perangai. Puan Haslah melabuhkan punggungnya
bersebelahan Rex. Rex melentokkan kepalanya di atas bahu Puan Haslah. Waktu
nilah nak bermanja dengan umi. Time
ada abah susah sikit sebab abah dah memonopoli hampir 100%. Abah kedekut!
“Rindunya
angah kat umi.”
Puan
Haslah menepuk peha Rex. “Mengadalah tu.” Tukas Puan Haslah. Rex sengih.
Kedua-dua belah pipi uminya dikucup mesra. Rindu! Serius rindu.
“Angah
merokok?”
Rex
diam. Dia tahu umi tak suka dia merokok. Bukannya umi tak pernah menyuruhnya
berhenti. Dah banyak kali tapi dia yang selalunya buat pekak. Nasib baik umi
tak bagitahu abah. Sampai ke hari ni, abah tak tahu yang dia merokok. Kalau
abah tau mahu abah hadiahkan sedozen rokok suruh habiskan malam tu jugak. Oh,
tidak!
“Bila
nak berhenti? Hari tu janji nak berhenti.” Nada risau. Kepala Rex masih lagi di
atas bahu Puan Haslah. Tangan kanan sudah pun melingkari pinggang uminya.
“Umi
carikan angah isteri then angah
berhenti.” Rex tayang gigi. Nasib baik giginya masih elok. Yelah, kebanyakan
perokok, gigi diorang kan buruk gila! Fuhhh. Gigi ni asset utama. Kena jaga
elok-elok. Hihi.
“Ada
hati nak kahwin. SPM pun tak habis lagi.”
“Persediaan
awal la umi. Umi carikan sekarang, habis je angah belajar dah boleh terus
kahwin. Umi pun boleh dapat menantu perempuan.”
“Banyaklah
angah punya persediaan awal.”
Rex
gelak meriah. Umi ni comellah. Patutlah abah terpikat. Pandai betul abah cari
isteri. Tahniah abah. Tahniah! Rex dah kembali bersandar. Kesian bahu umi.
Dahlah anak teruna dia ni berat. Haha.
“Umi.”
“Hmm?”
“Normal
ke untuk suka seseorang yang kita tak kenal?” Tiba-tiba.
Puan
Haslah pandang Rex. “Kenapa?”
“Saja,
nak tau.”
“Perasaan
suka tu kan anugerah. Tak penting pun kan kita suka siapa. Kenal atau tak
kenal. Mungkin ada sebab kenapa kita suka dia walaupun kita tak kenal dia.”
Lembut kata-kata umi menampar cuping telinganya. Sebab?
“Sebab
yang macam mana?”
Puan
Haslah mengusap rambut Rex. “Mungkin dia jodoh kita. Mungkin juga Allah nak
tunjukkan kita jalan.”
“Jalan?”
“Jalan
untuk berubah mungkin?”
Rex
terdiam. Jalan untuk berubah? Berubah yang macam mana? Makin banyak soalan yang
datang mengasak ruang fikirannya sampaikan dia tak tau apa yang perlu dia
lakukan. Setiap soalan perlukan jawapan tapi satu jawapan pun dia tak jumpa.
Dia macam dibiarkan terkapai-kapai dalam kegelapan mencari jawapan yang dia tak
tahu dan tak pasti. Rex menghela nafas berat.
“Kenapa
dengan anak umi ni?”
“Takde
apa-apa.” Rex mengelak. Dia tiba-tiba jadi malu nak meluahkan perasaan pada
umi. Entah apa pulak tanggapan umi. Mesti umi fikir anak umi dah tak betul suka
anak dara orang yang entah siapa tu. Cuma hari tu dia berkesempatan berjumpa
dengan dua orang abang Tia. Itu pun sebab Sam ada hal tak boleh nak hantar Tia
balik rumah.
“Cerita
dengan umi.”
“Tak
naklah.”
“Haa,
ada apa-apa la ni?”
Kantoi.
Rex ketuk kepalanya sendiri. Kantoi busuk dengan umi. Baguslah.
“Cerita
dengan umi. Mana tau ada penyelesaian?”
“Umi
nak dengar ke?”
“Anak
umi yang banyak sangat masalah kamu sorang je. Seminggu umi tengok kamu dok
kelek kotak rokok tu. Dulu tak teruk macam ni.”
Rex
sedar. Rex tahu. Seminggu, huh? Dah seminggu rupanya. Bayangan wajah Tia
menari-nari di ruang mata. Setahun dia menyimpan perasaan dengan menatap
gambar-gambar yang diambil secara curi-curi. Sekarang, dah seminggu Tia berada
di sekolah itu – dekat dengannya cuma dia yang tak pernah nak ambil peluang.
Lembab sangat ke aku ni? Ini bukan soal lembab tapi soal takut. Aku takut tiap
kali teringat wajah lelaki yang turut ada dengan Tia di tepi tasik itu. Dari
gerak-geri lelaki itu, dia tahu lelaki itu istimewa. Mungkin.
“Anak
umi dah kempunan nak kahwin ni.” Rex berseloroh. Laju tangan Puan Haslah
menepuk kuat peha Rex. Rex tersentak. Ouch! Itu sangat sakit. Amboi, umi
sekarang. Bukan main lagi main tepuk-tepuk peha. Kalau dulu piat telinga. Nasib
baik tak capang telinga aku ni.
“Main-main
pulak. Umi tanya ni.”
“Takde
papelah umi. Ini serius.” Rex pandang
Puan Haslah dengan muka serius. Nak tunjuk kat umi yang dia memang serius. “Umi
jangan risau okay?” Tambahnya lagi. Belum sampai masanya dia nak bercerita
dengan umi. Dia malu sebenarnya. Yelah, anak umi yang sorang ni nak bergaul
dengan perempuan pun tak reti. Beku. Kayu. Kaku. Tiba-tiba ada hati dengan
perempuan. Tak ke macam cerita kelakar tu?
Puan
Haslah mengalah. “Suka hati kamulah. Kalau rasa nak bercerita, umi boleh
dengar.” Penuh keibuan Puan Haslah menenangkan Rex. Rex angguk dengan senyuman.
Lantas tubuh ibunya didakap erat. Umi, anak umi ada konflik.
“HOI! Buat apa hah?” Zack menepuk kuat bahu
adiknya yang sedang leka dengan laptop. Tia tersentak. Hampir-hampir sahaja dia
melompat dek terkejut. Bagus punya abang! Dah tak reti nak tegur elok-elok ke?
Kalau aku sakit jantung, mati sebab terkejut macam mana? Baru nak menggelabah
waktu tu. Urgh.
“Nak
apa? Menyibuk je. Dahlah masuk bilik tak bagi salam. Tau tak, tak elok masuk
bilik anak dara?” Bebel Tia sambil menjeling tajam Zack yang tersengih macam
kerang busuk. Zack sudah pun merebahkan tubuhnya di atas katil Tia tanpa segan
silu. Tia hanya membiarkan. Malas nak menegah sebab abangnya tu tak faham
bahasa. Nak cakap bahasa apa entah baru dia faham.
“Buat
apa?”
“Tulis
surat cinta.” Acuh tak acuh Tia membalas. Sibuk nak tau aku buat apa tu apasal?
Pergilah duduk dalam bilik dia tu diam-diam. Aku tak pernah pun nak kacau waktu
dia dalam bilik. Penyibuk.
Zack
tarik Stitch yang bersandar di kepala katil dan dibawa ke dada. Telinga Stitch
ditarik-tarik dengan kedua-dua tangan. “Untuk Ash ke?” Sakat Zack tanpa
memandang wajah Tia. Tia kerut dahi. Dah kenapa tiba-tiba masuk pasal Ash
pulak?
“Kenapa
Ash?”
“Bukan
awak dengan dia together?”
“Bila
masa? Suka buat gosip tau dia ni.” Tia angkat kedua-dua belah kakinya ke atas
kerusi yang diduduknya. Dagu disangkutkan di atas lutut. Tangan menekan
keyboard laptopnya. Mata menala skrin.
“Bukan
ke?”
Tia
menghela nafas pendek. “Bukanlah.” Tegas Tia menidakkan. Memandai-mandai je.
Entah bila masa aku dengan Ash pun aku tak tau. Memanglah ada Ash confess kat dia tapi rasanya dia dah
cakap dengan Ash elok-elok yang dia anggap Ash tak lebih dari kawan. Dah
setahun pun. Ash pun boleh terima. Abang Zack suka reka cerita bukan-bukan.
“Ingatkan
awak dengan dia.”
“Tak.”
Pendek Tia membalas. Keras. Dia nak abangnya membuang sejauh mungkin
tanggapannya tentang hubungan dia dan Ash. Dia tak nak bagi harapan kat Ash.
“Habis
tu, awak suka siapa?”
Tia
garu kepala. “Apa awak merepek ni?” Dia berhenti menaip. Tubuhnya dipusingkan
menghadap Zack yang masih berbaring dengan Stitch ditangan.
“Awak
okay?”
“Saya
okaylah.”
“Betul?”
“Betul.”
“Korang
buat apa kat sini?” Suara Zafran pula menyapa telinganya. Dua pasang mata terus
memandang ke muka pintu. Zafran dengan tee putih dan seluar pendek angkat
tangan kiri. Tubuhnya bersandar pada batang kayu.
Zack
menggamit Zafran untuk masuk. “Tengah buat luahan hati ke hati.”
“Mana
ada!” Tia menafikan. Dia ni sukalah buat semak. Zafran muka teruja. Luahan hati
ke hati? Pintu bilik Tia dibuka luas dan dia memboloskan dirinya masuk. Tia
tepuk dahi. Bala, bala. Kalau dah dua-dua abangnya ada kat depan mata memang
dia tak boleh nak buat apalah ceritanya. Laptop dibiarkan terpasang di atas
meja.
Zafran
melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan Zack. Zack sudah pun duduk
bersila di atas katil Tia. Masih dengan Stitch di tangan. “So, apa luahan
hatinya?” Zafran membuka kata dengan kening terangkat memandang wajah Tia dan
Zack silih berganti. Tia menggaru pangkal tengkuk.
“Mana
ada apa-apalah.”
“Meen
suka Ash.”
“I’m not! Jangan buat ceritalah abang
Zack.”
“Abang
Zaf tau Meen tak suka Ash.”
Tia
menarik nafas lega. Nasib baiklah Abang Zafran tak macam Abang Zack. Dia ni
sangat amat mengada. Suka buat cerita tipu. “But, Tia suka that guy,
kan?” Tia blank. That guy? Siapa? Ada guy lain
ke selain Ash yang abang Zafran pernah jumpa?
“Siapa?”
“Farish.”
Serentak Zack dan Zafran menyebut. Hampir-hampir Tia jatuh dari kerusinya. What the? Apasal tiba-tiba Rex pulak
jadi topik perbualan ni? Tukar, tukar! Tak naklah pasal Rex.
“Merepek.”
“Merepek-repek
makan kerepek.” Zack menyanyi tak tau guna melodi apa. Zafran sepak kaki Zack.
Mulalah tu nak mengarut. Tia gelak. Dia angkat thumbs up. Good job!
“Berbalik
kepada perbincangan kita.” Zafran bersuara serius. Anak matanya difokuskan pada
wajah Tia. Tia telan air liur. I don’t
like that look. Bila abang Zafran dah mula serius bermakna setiap soalan
perlukan jawapan dan aku takkan dibiarkan lepas tanpa jawapan yang dimahukan.
Mampus!
“Wait! Kita tak ada buat perbincangan kat
bilik ni. Both of you, get out.” Tia
bangun. Dia melangkah ke arah pintu dan pintu itu dibuka seluas-luasnya.
“Eh,
halau pulak.”
“Bilik
Meen, suka hatilah. Abang Zack tu yang masuk tak berjemput lepas tu ajak abang
Zaf. Apa kes?” Tia buat suara marah. Dia takdelah marah mana pun tapi dia nak
mengelak. Itu lebih tepat. Ya, mengelak. Bila mereka tiba-tiba sebut nama Rex
dia terus jadi tak keruan. Tak nak tak nak! Dia tak nak fikir apa-apa.
“Meen
nak mengelak?”
“Takde
nak elak-elak kat sini. Keluar. Atau Meen yang keluar. Duduklah korang dalam
ni.” Tia mengugut. Macamlah bagi efek kat abang-abangnya itu. Zack buat-buat
tak peduli. Masih tak nak angkat punggung. Zafran garu kepala.
“Okay
okay.” Zafran bangun. Tangannya menarik Zack yang dah kembali berbaring.
Sajalah tu. Zack buat-buat tidur dengan Stitch dipeluk erat. Ni memang dasar
mengada. Nak kena seret hape?
“Weh,
dahlah. Nanti dia marah lagi teruk.”
“Tak
nak.” Gumam Zack.
Zafran
pandang Tia. “Dia tak nak berganjak.” Tia hentak kaki. Pintu ditutup semula.
Langkah kaki kembali diheret ke kerusi. Dia duduk. Memandang kedua-dua
abangnya. Yang sorang tu mengada – bajet tidur. Poodah! Nasib baik abang Zafran
tak macam dia ni.
“So? Berbalik kepada soalan.”
“Soalan
apanya?”
“Siapa
Farish?”
“Kawan
classmate.”
“Yang
langgar Meen tu?” Tiba-tiba Zack jadi bersemangat. Bercahaya mukanya. Sila
ditarik dan dia duduk menghadap Tia. Tia angguk lambat-lambat. “Haah.” Pendek
dia menjawab. Juga lambat-lambat.
“Apa
ni? Apasal saya tak tahu apa-apa?” Zafran lost.
“Nanti
saya cerita kat awak.” Zack tepuk bahu Zafran. “Okay, sambung.” Zack bersuara.
Semangat. Tia menghela nafas. Tangan mencapai getah rambut lalu rambutnya
diikat kemas. Rimas.
“Tu
jelah. Abang Zaf tanya siapa Farish.”
“Okay,
soalan seterusnya. Kenapa dia yang hantar awak balik?” Zafran angguk. Yelah,
siapa je tak pelik. Pergi orang lain ambil, balik orang lain hantar. Kan ke
pelik tu. So, naklah jugak tahu
kenapa kan?
“Sam
ada hal. Tak boleh hantar.” Malas. Dia sememangnya malas nak menjawab apa-apa
soalan yang diajukan. Kenapa mesti sekarang diorang sibuk-sibuk nak tanya?
Kenapa tak tanya malam tu je? Sajalah tu kan?
“Lepas
tu dia suruh Farish hantar?”
Angguk.
“Hmm.
Something fishy.”
“Mana
ada apa-apalah.”
Zafran
mengurut dagunya. “Kenapa korang macam awkward
je malam tu?” Tia tercekik. Pulak dah? Kenapa mesti soalan itu yang ditanya?
Bagilah soalan senang sikit. Soalan ni susah! Lagi susah dari soalan past year SPM tu.
“Yelah,
saya kawan dengan Sam tu bukan dengan dia.”
“Awak
tak kawan dengan dia ke?” Zack bertanya pelik.
“Kawanlah
jugak. Kot.” Perlahan sahaja kot dihujung ayatnya itu. Kawan ke kitorang ni?
Boleh ke Rex tu dianggap kawan? Kawan sepatutnya lagi lively kan? Macam dia dengan Sam. Macam jugak dia dengan Ash dan
kawan-kawannya yang lain. Tapi dengan Rex diorang tak banyak bercakap.
Masing-masing beku. Kaku.
“Kenapa
ada kot?”
“Entah.”
Dia jungkit bahu. Kenapa eh ada kot?
“Awak
tak sure dia kawan awak?”
“Sort of.”
“Hmm.
Pelik.”
“Tak
ada yang peliklah. Normallah kan. It’s
been a week not a year. Normallah kalau awal-awal macam ni.” Tia cuba
membuang apa-apa yang abangnya tengah fikirkan saat itu. Jangan nak come out dengan idea bukan-bukan.
“Okay.”
Zack kembali berbaring. Zafran pandang siling bilik adiknya.
“Esok
mummy dengan daddy balik.”
“Tau.”
“Zack,
esok jangan keluar. Nak buat surprise
party untuk mummy dengan daddy.”
“Roger!”
“Dah,
abang Zaf balik bilik.”
Tia
angguk. Zafran bingkas bangun. Rambut adiknya diusap lembut dan bibirnya
didaratkan pada ubun-ubun Tia. “Don’t hesitate.
Ikut naluri hati.” Bisik Zafran lembut. Tia kerut dahi. Dah kenapa? Tiba-tiba
cakap macam tu.
“Zack,
pukul 6.00 gerak futsal.” Zack memandang jam di dinding bilik Tia. 5.45 petang. Hmm.
“Okay.”
Zafran
melangkah meninggalkan Tia dan Zack berdua di dalam bilik itu. Tia memegang
ubun-ubunnya dengan tangan kanan. Apa maksud abang Zaf? Don’t hesitate? Ikut naluri hati? Untuk apa? Zack memandang Tia
dengan ekor mata. Dia mengiringkan tubuhnya.
“Naluri
hati tu, ikut.”
“Huh?”
Zack
bangkit dari pembaringannya. Stitch disandarkan semula ke kepala katil. Tangan
kanan mengusap-usap ubun-ubun Tia. Tia membiarkan. Tidak menepis. Tidak pulak
memarahi. Dia senang dimanjakan begitu. Zack mengatur langkah ke muka pintu. Tombol
pintu dipulas. Sebelum melangkah keluar dia berpaling ke belakang.
“Kalau
nak share apa-apa kitorang ada.”
Dan
susuk tubuh Zack hilang dibalik pintu. Tia kerut dahi. Again, what’s that all about?
6 comments:
nak lagi..malm nie ada lgi kn..nak part sam tia dgn rex plak..
love them more..
famili first
thx..best! smbg lgi..
nak lagi!
nak lgi
assalamualaikum, saya nur, boleh saya minta e-mail awak?
Post a Comment